Thursday, October 15, 2015

Masak Lemak Rebung Dengan Perut



Saya mmg tak pernah masak rebung sebelum ini. Perut lembu pon jarang2. Sebab ini bukan masakan yg familiar dalam keluarga saya, Mak saya tak pernah masak benda2 camni. Mak saya asal utara jadi masak lemak cili api bukan territory dia, apalagi rebung dan perut2 tu. Tapi over the years bila dah pegi belajar dan bekerja banyak makanan baru yg diperkenalkan pada saya oleh org sekeliling termasuk la jenis2 masak lemak cili api ni.

La ni masak lemak rebung dengan perut mmg kegemaran saya - kalau jumpa kat kedai la...hahaha. Susah jugak nak jumpa masakan ni kat kedai2 nasi campur. Ada satu kedai makan kat Masjid Tanah, namanya Kedai Makan Omak Den pada saya masakan lemak rebung + perutnya adalah tersedap saya pernah makan. Tapi tu la, kedainya kat Masjid Tanah which is agak jauh la jugak dengan tempat tinggal saya.

Hari tu saya puasa dan bila puasa tekak ni mula la mereka nak makan mcm2. Dok la teringat kat masak lemak rebung+perut tu. Balik keje, saya singgah Mydin and so happy bila tgk dua2 bahan utama ni ada dijual. 

Balik rumah, google resepi and I decided guna resepi Cik Mat Gebu. Cuma cik mat sbb dia org Johor diorg panggil perut lembu tu babat. Jadi jgn la confuse kalau tgk dia dok sebut babat2 ye...hehehe.

Walllaaaaa....sedap sungguh la berbuka puasa makan nasi panas2 dengan masak lemak rebung + perut ni. Yang bahayanya makan nasi mmg bertambah2 la...huhuhu.

Anyway, utk siapa2 yang nak mencuba, saya cut & paste resepinya utk rujukan.


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram babat lembu @ perut tuala
500 gram rebung jeruk
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus babat hingga lembut, toskan dan potong kecil. Rebung jeruk dicuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama2 babat tadi. Tambah bahan2 kisar halus dan serai titik. Gaul rata dan masak sekejap
  2. Tuang santan cair, dan masukkan asam gelugor. Masak hingga rebung lembut, kalau perlu tambah sedikit air. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasankan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau selalu dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Wednesday, October 14, 2015

Rendang Ayam Simple dan Sedap!


Dulu saya rasa buat rendang adalah masakan yang leceh sbb mcm2 nak kena blend. Sampai la baru2 ni saya cuba resepi rendang ayam dr blog Azie Kitchen, saya terus jatuh cinta dengan resepi ni. Sebab resepi tak payah nak kisar2, bawang2nya semua pakat2 hiris aje. Cuma cili kering tu still kena kisar la. Halia, lengkuas, kunyit masih perlu ditumbuk. But somehow mmg saya suka la resepi ni sbb ternyata mmg sedap. Dan 2-3 kali jugak saya masak rendang ayam guna resepi ni termasuk la masa raya haji baru2 ni. Mak saya cukup suka walaupun sebenarnya dia x suka makan ayam. Tapi dia dok puji sedap.....hehehe. 2-3 kali dah buat mmg licin sekejap aje.

So pada siapa yg nak cuba, kat sini saya cut & paste resepi dari blog Azie Kitchen. Terima kasih ye kak azie sbb sudi berkongsi resepi yg marvellous!



Rendang Ayam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.



Bihun Sup Utara



Dah lama saya tak update blog ni. Rindu nak main masak2 dengan resepi baru ataupun makanan2 yang belum pernah dimasak. 

Tapi mcm biasa, rutin kehidupan yang sibuk mmg susah la nak masak benda2 baru. Ada masa mmg masak benda baru tapi by the time nak amik gambar, bateri tepon pon dah kong. Ingat zaman2 smartphone belum famous, amik gambar dengan kamera. Sekarang ni kamera pon tak tau dok mana,,,,huhuhu

Bihun sup utara ni saya dah masak berkurun nan lalu but for the sake of recording apa yang telah dimasak, masuk la jugak dalam blog.

Bezanya bihun sup biasa dan bihun sup utara ialah bihun sup utara kuah dia sup tulang yg dicampur daging pejal, ada yg tambah perut dan bahagian lembu yang lain. Lepas tu bihun tu direndam dulu dgn serbuk kunyit utk dapatkan warna kuning. Kalau bihun biasa guna cili kicap utk tambah pedas, bihun sup utara guna sos cili kering utk sumber pedas.

Saya cuma guna 1 kg tulang dan 1/2 daging pejal utk kuah sup. Tulang dan daging tu saya rebus dulu dengan pressure cooker lebih kurang 1 jam. Lepas tu tumbuk lumat 3-4 ulas bawang putih, 4-5 biji bwg merah, 2 inci halia. Lepas tu tumis bersama dengan rempah 4 sekawan sampai agak garing (tumis darat). Lepas tu masukkan dalam periuk rebusan tulang/daging tadi dan masukkan sup bunjut. Masukkan garam secukup rasa dan sambung merebus sampai rasanya dah sebati.

Untuk sos cili:

1/2 cawan serbuk cili babas
1/2 sudu besar bawang putih dan merah (tumbuk)
1/2 cawan air (tambah lagi kalau pekat sgt)
Sedikit gula melaka
1/2 sudu besar bancuhan asam jawa 

Tumiskan bawang putih dan merah tadi, kemudian masukkan cili. Masukkan air asam jawa, tambah air jika perlu, gula melaka dan garam. Masak sampai sebati dan sedikit pekat.

Boleh hidangkan bihun sup dengan taburan bawang goreng dan campuran daun sup/bawang.


Tuesday, August 11, 2015

White Chocolate Macadamia & Cranberry Cookies


Waaaaa...lamanya saya tak update blog masak2 ni...

Seperti biasa, masalah saya nak update blog adalah MASA. Masak mmg masak cuma tak sempat nak amik gambar masakan, apakan lagi nak masuk blog. Saya mmg kagum la dengan blogger masakan tersohor mcm cik Mat Gebu dan kak Azlita Masam Manis yang kerap update blog dan boleh pulak tu letak gambar step-by-step. 

Dah nama pon bloggers otai kan....hehehe. Memang tak terbanding la dengan saya yang blogger cipisan, yg syok sendiri pos entry ntah apa2 yang dimasak.....hehehe. But it's really not my intention to gain popularity through blogging. It's just that saya suka masak dan it makes me happy bila rekodkan apa yang dimasak.

 Jun/July bulan puasa hari tu saya sempat jugak la buat kuih raya sejenis dua untuk makan di hari raya. Tapi tak buat banyak. Selain dari Famous Amos cookies dan Almond Oatmeal cookies, yang setiap tahun wajib saya buat, saya juga mencuba resepi baru iaitu White Chocolate Macadamia & Cranberry cookies.

Saya mula jatuh hati dengan cookies masa first time mencubanya di Subway. Subway kan ada set meal yang you can get free cookies. So saya pon try la white chocolate macadamia cookies nya. Bertahun2 saya berhajat nak buat sendiri cookies ini tapi kacang macadamia mmg susah sikit nak cari dan agak mahal harganya. Then saya terjumpa di Tesco, dah siap dah pek macadamia campur cranberry. Itu yang semangat nak buat cookies ini.

Banyak versi resepi yang dijumpai di Internet and I ended up cuba resepi INI dari taste.com.au. Resepi tu untuk cookies saiz jumbo mcm Subway jual tapi saya buat kecil2 saiz cookies biasa.

Resepi yang dah diterjemahkan dan diubahsuai:

Bahan2

250g mentega, dibiarkan pada suhu bilik 
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh vanilla essence
2 biji telur
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan coklat chip putih
1/2 cawan cranberry kering
1/2 cawan kacang macadamia yang dicincang kasar

Untuk cranberry kering dan kacang macadamia tu saya guna ready packed campuran macadamia-cranberry yg beratnya dalam 200g or so (tak ingat sangat but almost equivalent to 1/2 cwn of macadamia and 1/2 cawan cranberry)

Cara2:

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Lapik dulang pembakar dengan kertas pembakar.

2. Putarkan mentega, gula dan vanilla essence sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.

3. Ayak tepung naik sendiri dan masukkan ke dalam adunan mentega tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan coklat chip, macadamia dan cranberry. Gaul sebati lagi.

4. Bulatkan adunan sebesar gula (ikut suka saiz cookies yang nak dibuat). Kemudian lenyekkan sedikit dengan garfu di atas dulang pembakar. Ulangi proses yg sama sampai adunan habis. Pastikan ada jarak antara cookies sbb nanti cookies akan mengembang. 

5. Bakar selama 10 minit atau sehingga cookies keperangan. Masa membakar bergantung kepada saiz cookies. Kalau resepi asal utk saiz jumbo dia bakar dalam 18-20 minit. Lepas tu sejukkan kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Ni la pembantu2 saya utk buat cookies ni :)))

Thursday, May 28, 2015

Nasi Ayam


Saya baru perasan, walaupun saya agak kerap masak nasi ayam sbb tu menu favourite anak2, tak pernah sekali pon resepi nasi ayam masuk dalam blog ni...hehehe

Maybe sbb nasi ayam sgt mudah nak masak. Saya pon masak nasi ayam hentam keromo saja...ada masa ada pengaruh Hainan, ada masa ayamnya siap berempah bagai. Ikut apa je yang terlintas dihati disaat nak masak tu.

Nasi ayam kat atas tu antara versi termudah saya sediakan. Detailsnya (utk sesiapa yang nak tahu)

Langkah 1: 

Siangkan 1 ekor ayam yang dah dipotong2 dan basuh bersih2 (saya perapkan ayam dgn tepung gandum sebentar untuk hilangkan bau hanyir, lepas tu basuh semula). Letak ayam dalam periuk dan masukkan air utk merebus. Air ni kena pandai agak nak letak banyak mana sbb air rebusan tu nak digunakan utk masak nasi, buat sup dan kuah kicap. Lepas tu masukkan sedikit garam dan halia yang dihiris. Rebus sampai ayam masak.

Sementara tu kalau guna beras basmati, boleh la basuh beras dan rendam.

Langkah 2: 

Bila ayam dah masak, angkat ayam dan letak dalam penapis untuk tapiskan airnya. Letakkan ayam dalam bekas besar dan tuangkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram. Perapkan ayam selama 30 minit atau lebih. Utk masak nasi, tapis beras yang direndam tadi kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Kemudian masak nasi macam biasa. Bila nasi dah masak, renjiskan minyak bijan dan gaul rata.

Langkah 3: 

Untuk sup: tumbuk 2-3 biji bawang merah dan 2-3 biji bawang putih bersama 1 inci halia. Tumis bersama 1 btg kulit kayu manis, 2-3 biji buah pelaga, 1 bunga cengkih dan 4-5 biji cengkih (rempah 4 sekawan). Biarkan sedikit garing. Kemudian masukkan sedikit air rebusan ayam tadi dan kacau rata. Tuangkan semuanya ke dalam baki air rebusan ayam. Rebus semula dan masukkan garam secukup rasa. Bila hidang sup, taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Untuk kuah kicap: Asingkan sedikit sup tadi, tuangkan kicap pekat, kicap manis dan kicap masin secukupnya. Saya takde specific sukatan, agak2 rasanya dah sesuai dengan tekak, cukup la.

Utk sambal nasi ayam: Basuh bersih2 5-6 biji cili merah. Kisarkan bersama 3-4 ulas bawang putih, cuka dan sos cili.

Lepas tu boleh la dihidangkan semuanya dengan daun salad, tomato dan timun.

Nasi Lemak Sambal Sotong



Me and nasi lemak ada love-hate relationship...hehehe. Kadang2 rasa mcm senang sgt nak masak nasi lemak, ada masa mcm rasa complicated sgt nak masak nasi lemak. Tapi kalau ketika nak masak nasi lemak tu dah siap ada cili kisar dalam peti ais, laju je nak masak nasi lemak ni.

Nasi lemak guna beras basmati mmg sangat la sedap. Nasinya akan jadi peroi mcm nasi lemak kukus. Tapi sebelum tu rendam dulu beras dalam 20-30 minit supaya berasnya menjadi lagi panjang bila dimasak. Apa2 pon jenis nasi guna beras basmati, that is the golden rule saya belajar tentang beras basmati.

Nasi Lemak

Nasi lemak saya dimasak guna santan kotak. Selalunya utk 3-4 pot beras, saya guna satu kotak santan yg saiz kecil. Lepas tu campur air secukupnya. Letak daun pandan yg disimpul dan juga secubit halba. Saya juga suka letak sedikit halia yang dihiris, nak bagi nasi bertambah harum. Lepas tu masak guna periuk nasi elektrik macam biasa.

Sambal Sotong

Untuk sambal, macam biasa perlu ada cili kering kisar. Berapa banyak nak bubuh terpulang pada tahap kepedasan yang disukai. Ada setgh cili bubuh sikit pon dah berapi. Saya tak suka cili api jenis yg pedas2. Sebab anak2 saya nanti tak boleh makan. 

Sediakan bawang merah (dalam 10 biji), 4-5 ulas bawang putih. Kisar bersama dengan sedikit belacan bakar dan cili kering (kalau belum ada cili kisar, rebus sebentar cili kering yg dipotong2, kemudian tapis. dan buang biji2nya. Lepas tu masa nak blend masukkan sikit minyak masak supaya biji cili yang masih ada dikisar halus.)

Lepas tu panaskan minyak masak dan tumis bahan2 blend tadi. Ada org ckp tumis sambal kena pakai minyak banyak baru sambal sedap. Saya tak ikut bab tu sbb saya health concious sikit. Saya letak minyak berpada2, asal bahan2 kisar boleh ditumis. Proses tumis sambal makan masa sikit sbb kita kena pastikan cili betul2 garing. Kalau nak tau dah garing ke belum, warna tumisan akan jadi merah gelap dan naik minyak. Kalau agak2 kering masa proses nak garingkan sambal tu, letakkan air sikit from time to time utk elakkan tumisan melekat kat kuali dan hangus.

Bila dah garing, masukkan gula dan garam. Lepas tu masukkan sotong. Sotong ni dia banyak air so jangan tambahkan apa2 air dulu. Biarkan sampai sotong dah masak dan air sedikit kering. Bancuh sedikit air asam jawa lepas tu masukkan dalam sambal dan kacau sebati. Masukkan juga bawang besar yg dipotong bulat2. Check rasanya, dan kalau perlu tambah garam/gula secukupnya. Lepas tu boleh matikan api.

Condiments

Untuk lauk sampingan nasi lemak atau pun mat saleh sebut condiments, boleh la sediakan telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng dan juga timun.


Wednesday, May 27, 2015

Sup Tulang Lembu


Been cooking this ages ago...baru sibuk2 nak masukkan dalam blog. Macam ni la cerita seorang mak yang sibuk macam saya, antara urusan kerja dan urusan rumahtangga, manakan lagi dengan hobi berkebun, memasak pastu sibuk jugak nak blogging...hehehe.

Tapi takpe, kita buat je apa yang kita suka dan mampu. Kalau dah gambar masakan tu 6 bulan lepas, tapi ko baru nak terhegeh2 masukkan dalam blog, pon peduli apa kan? It's my blog, I blog because I want to record what I have cooked dan juga buat bahan rujukan di masa depan dan Alhamdulilah kalau ada yang lain juga merujuk, mudah2an ada juga pahala berkongsi perkara yg elok, betul tak?

Takde la nak kata sup tulang kat atas masak 6 bulan lepas. Sebab sup tulang antara menu yang rajin jugak dimasak terutama kalau sempat ke Pasar Besar Melaka. Mesti saya akan beli tulang2 segar simpan buat sup. Cik HB penggemar sup berasaskan daging dan suka aje kalau saya selalu masak sup. Lagipon saya ada periuk tekanan so keje2 memasak sup tulang mmg jadi mudah dan sekejap. Kalau takde periuk tekanan, jenuh jugak nak rebus tulang2 tu dalam 1-2 jam nak bagi lembut. Tu pon belum tentu jugak lembut.

Kalau dengan periuk tekanan, in less than half and hour dah siap merebus. Cuma periuk tekanan ni perlu berhati2 dengan penggunaannya sbb boleh mendatangkan bahaya kalau tak ikut standard procedure yang betul. Ada banyak kes org yg melecur sbb buka pressure cooker tak tunggu sampai tekanannya habis. Dulu2 saya pon penakut nak guna pressure cooker ni, selalunya minta cik HB yang supervise. Tapi sekarang dah ok dah....hehehe.

Untuk makluman penggunaan periuk tekanan yang selamat, boleh baca kat SINI.

Back to sup tulang, sementara menunggu tulang direbus dalam periuk tekanan, boleh sediakan bahan2 menumis. Tumbuk bawang merah (5-6 biji), bawang putih (3-4 ulas), halia (dalam 1-2 inci) sampai lumat. 

Lepas dah selesai rebus tulang dalam periuk tekanan, dah tunggu tekanannya habis keluar, baru buka penutup periuk tekanan. 

Dalam kuali/periukberasingan tumis bahan2 yang ditumbuk tadi bersama dengan rempah ratus yang dah tersedia ada dalam pek bunjut Sup Tulang (jenama kegemaran saya Adabi) kecuali sup bunjut. Sup bunjut tu campak dalam rebusan tulang tadi. Tumis sampai naik bau. Saya suka dia garing2 sikit. Masukkan sikit air rebusan tadi dan kacau (supaya dapat kaut sekali rempah tumisan yang melekat kat kuali). Lepas tu tuang tumisan tu ke dalam rebusan tulang tadi. Nyalakan semula api periuk tekanan yang ada rebusan tulang tapi jangan tutup dengan penutupnya.

Masukkan 2-3 kentang yang dah dikupas kulit dan dipotong empat (optional). Masak rebusan tadi sampai kentang lembut. Tambahkan garam secukup rasa. Kalau ada dan suka dengan batang seleri dan tomato pon boleh masukkan sebelum matikan api.

Lepas tu boleh la dihidangkan dengan taburan daun sup dan bawang yang dicincang halus dan bawang goreng. Dan kalau suka pedas boleh juga tabur cili api yang dipotong.