Saturday, October 30, 2010

Nasi Goreng Tuna


Hmmm...x abis2 ngan tuna ye?

Bukan apa, hari tu sy dah kehabisan stok makanan. Patut nak pegi einkaufen siang tu tapi sgt la malas. Ada lagi satu tin tuna dan telur so why not goreng nasi aje kan?

Geledah2 resepi kat internet, ada byk resepi nasi goreng tuna. Rupanya nasi goreng tuna ni kegemaran org2 Indonesia kot sbb yg sy jumpa semua resepi org Indonesia ( ada kot org malaysia buat gak tapi yg came out the first 10 kat google search tu semua dr Indonesia).

Since resepi2 yg sy jumpa adalah pelbagai dan sy pon x cukup bahan nak tiru mana2 resepi maka sy decide "belasah aje la". Nama pon nasi goreng, yg kita boleh masak ikut suka kita kan?

Sedap ok nasi goreng tuna ni...eceh, masuk bakul angkat sendiri. But honestly, sedap...sy rasa x kira anda masak guna bahan apa sekali pon utk digandingkan dlm nasi goreng tuna, i´m sure ia tetap sedap bila semua bahan2 seimbang.

Bahan2:

nasi sejuk (2 pot beras)
1 tin tuna in water - buangkan air
2 sudu cili masak (sy guna 1 kiub cili masak frozen yg dibeli kat kedai pakistan)
1/2 biji bwg besar - ricik halus
2 ulas bwg putih - ricik halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 btg karot - dipotong panjang halus
1/2 biji capsicum hijau - dipotong dadu kecil
garam secukup rasa (kalau dah masin x payah tambah garam)

Cara2:

1. Panaskan minyak utk menumis. Tumis bwg besar dan bwg putih sampai naik bau.
2. Masukkan cili masak. Goreng sampai garing.
3. Masukkan tuna dan kacau rata.
4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
5. Masukkan karot. Masak sampai lembut. Kemudian masukkan capsicum hijau.
6. Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati dgn bahan2 tumis.
7. Rasa masinnya, Kalau tawar, tambah garam secukup rasa.

Siap utk dihidang.

Fusili with Tuna & Mix Vege


Made this for lunch anak2. Nabilah yg cerewet pasal makanan pon suka. Sy masak ikut resepi sendiri. Simple aje methodnya.

Bahan2:

250g fusili
1 tin tuna in water - tos kan airnya.
1 kotak kecil (150g) single cream (schlag sahne)
2 sudu besar olive oil
1/2 biji bwg besar - potong dadu kecil
1 ulas bwg putih - cincang halus
broccoli - potong kecil
cauliflower - potong kecil
capsicum merah - potong kecil
garam dan serbuk lada hitam (sy guna fresh grounded) secukup rasa.

Cara2:

1. Rebus fusili dgn sedikit minyak dan garam sampai ala-dente. Toskan.
2. Rebus sebentar broccoli dan cauliflower. Tos dan lalukan bwh air sejuk supaya crunchy.
3. Panaskan olive oil dlm kuali, masukkan bwg besar dan bwg putih dan goreng sampai naik bau.
4. Masukkan tuna dan biarkan sebentar.
5. Masukkan broccoli, cauliflower dan capsicum dan kacau rata.
6. Masukkan fusili, kemudian single cream.
7. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Kacau rata.

Siap utk dihidang.

Friday, October 29, 2010

Scholle Sweet Sour

Gediknya la letak nama ikan dlm Deutsch kan?

Bukan apa, saja nak glamerkan nama ikan sebelah dlm bahasa jerman. Ikan sebelah ni bukan la favourite sy sebenarnya. Masa nampak kat tempat ikan kat TOOM, ingat ikan bawal sbb bentuk mcm ikan bawal. Excited la sbb ikan bawal fresh susah nak jumpa. Sekali bila staff TOOM angkat dan timbang baru nampak itu ikan sebelah rupanya. Tapi beli la jugak sbb harga pon murah.

Ikan ni sy salut dgn tepung serbaguna lepas tu goreng garing. Agak fragile ikan bila digoreng sbb bila nak alihkan mcm nak hancur. Tapi berjaya la dialihkan tanpa isinya berderai2. Sweet sour ni masak ikut resepi sendiri.

Bahan2:

1 ekor ikan scholle/bawal/kerapu
tepung serbaguna secukupnya (boleh ganti dgn tepung beras)
1 inci halia - potong panjang halus
2 biji bwg putih - ricik halus
1/2 bwg besar - ricik halus
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
1 sudu gula
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air

Cara2:

1. Basuh ikan bersih2. Tabur garam atas dua2 side ikan. Salut dgn tepung serbaguna.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng ikan sampai garing. Angkat dan letak dlm pinggan yg dihiaskan dgn daun salad.
3. Alihkan minyak goreng ikan dlm mangkuk lain, tinggalkan sedikit minyak utk menumis. Tumis halia, bwg putih & bwg besar sampai kekuning2an.
4. Masukkan 3 jenis sos dan tambah sedikit air. Masukkan gula, kemudian masukkan capsicum merah dan hijau.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah.
6. Tuangkan masakan ke atas ikan goreng dan hidangkan.

Sambal tumis sotong



Since kak Liza skrg tgh bercuti kat Malaysia, anak dia Zurina & Awie bila kerinduan nak makan masakan melayu akan bergilir2 dtg mkn kat rumah sy atau Liza. Baru ni Zurina kata nak dinner kat rumah sy and knowing how much she loves makanan yg pedas2, so sy buat sambal tumis sotong. Along with that sy masak scholle (ikan sebelah) sweet sour, telur dadar & steamed broccoli and cauliflower.



Sotong sy guna sotong frozen yg jenis pendek & bulat tu. Tak tau namanya apa sebenarnya...baby octupus ke? Yg x bestnya, sotong ni dlm bekas frozen tu nampak besar, bila masak, jadi kecut.

Utk sambal tumis ni, sy masak ikut resepi sendiri:

Bahan2:

500g sotong
1 biji bwg besar - dipotong kasar*
2 biji bawang putih*
1 inci belacan bakar*
3 sudu cili kisar (ikut kepedasan yg disukai)
1 biji bwg besar - dipotong bulat2
air asam jawa
garam & gula secukup rasa

Cara2:

1. Kisar bahan2 bertanda * dgn sedikit air.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar dan cili. Masak sampai cili garing.
3. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
3. Masukkan sotong (kalau guna sotong frozen, defrost dulu utk mengelakkan air yg byk masa masak). Masak sampai sotong lembut.
4. Masukkan bwg besar yg dipotong bulat2. Rasa kuah sambal, kalau x seimbang tambah air asam jawa, garam & gula secukupnya.

Pumpkin French Toast


Lagi kisah labu....

Ini actually adalah projek recycle lebihan pumpkin filling utk pumpkin pie hari tu. Filling ni kalau anda rujuk pd link pumpkin pie yg sy post kat entry sebelum ni, selain pumpkin puree, ada telur, susu, 3 jenis rempah (ground cinnamon, cloves, ginger) dan gula. So bila nak buat toast, just dip both side of toast bread then bakar atas non-stick pan dgn sedikit marjerin/butter.

Nabihah suka sgt, dia kata "rasa mcm pancake ummi". French toast tu sy buatkan bekal utk sikembar ke tadika dan masa sy jumpa cikgu dia tengahari tu, cikgu dia kata macamana sy buat toast tu. Sy tanya dia ada rasa ke, and dia malu2 ckp dia ada rasa sikit dan dia kata sedap. Wahhh...kembang makcik sekejap...hehehe.

Tapi kalau nak buat lagi, kena tunggu bila dtg seru nak buat pumpkin pie la.

Wednesday, October 27, 2010

Pumpkin Pie


Di bulan Oktober ni, musim luruh dgn daun2 kekuningan or kemerahan dan mula gugur ke bumi, labu pon penuh dimerata2. Ada mcm2 jenis labu, dr yg kecil sampai ke besar2, dr yg bulat sampai yg bujur....murah2 pulak tu. Sebiji yg besar lebih besar dr bola sepak tu harganya baru 5€.

Tapi sy x beli la sampai sebiji yg besar. Nak buat apa labu byk2 kan. Sy just beli separuh yg saiz kecil aje. Sekilo harganya 0.88€ so beli separuh tu baru 1€. Mmg dah lama nak try buat pumpkin pie regardless sy bukannya menyambut Thanksgiving atau Halloween (it´s a tradition in US diorg buat pumpkin pie for Thanksgiving). Saja curious nak tau how pumpkin pie tastes and giving variety in my cooking experiment.

Utk resepi sy rujuk kat satu website ni nama dia Pickyourown.org. Sedap jugak rasanya, just x best since bekas pie sy besar and leper, bila potong pie tu xde la nampak cantik.

So kalau ada sapa2 nak try buat, sila klik kat link kat para atas tu ye!

Monday, October 25, 2010

Sausage & Apple Toad


Oh, lamanya x update blog ni. Ada la jugak try2 resepi baru tapi bila amek gambar, tgk gambar mcm hampeh, terus rasa malas nak update blog. Tapi resepi yg satu ni den masukkan juga la dlm blog walaupun buat seminggu lepas.

Ini resepi dr buku BBC GoodFood 101 - Healthy Eats. Senang resepi dia dan sy buat utk hidangan breakfast.

Resepi:

Ingredients:

1 tbs sunflower oil
4 half-fat sausages
50g plain flour
150ml skimmed milk
2 tsp wholegrain mustard
1 egg
1 apple, quartered, cored and sliced

1. Preheat the oven to 240C-220C. Brush a four-hole pudding tin (I used ramekins) with the oil, then place a sausage in each dip. Cook the sausage in the tin set over a high heat for 5 minutes or until browned.
2. Tip the flour into a bowl, season and make a well in the centre. Whisk the milk, mustard and egg together. then pour a third of the mix into the well. Gradually draw the flour into the milk to form a paste. Whisk in the rest of the milk mix to make a smooth batter.
3. While still over the heat, cut each of the sausages in half usinga pair of kitchen scissors. Scatter the apple slices among the four sausages in their dips. Pour the batter over. Take off the heat and bake in the oven for 20 minutes until risen and golden.