Wednesday, April 13, 2016

Baked Oreo Cheesecake



Dah lama saya tak update blog masakan ni. Sentiasa cerita yang sama...saya SIBUK. Maka sebab itu blog tak update. Not that I expect ada org dok follow update blog ni pon. Tapi saya update jugak la untuk rekod diri sendiri. Esok2 nak cari balik resepi senang.

Baked Oreo Cheesecake ni saya buat atas permintaan cik HB. Dah lama betul saya tak buat cheesecake. Dulu2 saya buat yang non-bake cheesecake macam kat SINI. Resepi non-bake lagi senang sbb tak payah bakar kan....Tapi saya tak jumpa pulak serbuk gelatin yang halal. Dulu2 ada gelatin HALALGEN tapi sekarang mcm dah tak nampak dah. So saya buat la versi yang kena bakar. 

Resepi saya rujuk resepi dari blog Home Sweet Home. Macamana kak ummi tu adjust bahan2 dia, sama la saya jugak adjust ikut dan saya....hehehe

So resepi saya jadi cam gini:

Bahan Dasar:

- 200g biskut oreo - buang krimnya
- 50g mentega cair 

Bahan Filing:

- 500g Philladelphia cheese
- 120g gula castor
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji telur
- 250 whipping cream
- 1 tbs jus lemon
- 15 keping biskut oreo dipatah 4 (buang krim)

Saya guna loyang bulat 8 inci yang boleh tanggal tepi

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5. Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  1. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  1. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  1. Tuangkan kesemuanya  ke atas dasar biskut tadi.
  1. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  1. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  1. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.



Sunday, November 22, 2015

Muffin Pisang Coklat Cip

 
 
Ini salah satu resepi baking yang mudah dan sedap yg saya cuba baru2 ni - muffin pisang coklat chip. Abaikan almonds nips yg berterabur dan penuh tu...tu hasil kerja anak2 saya. Yg paling excited nak tolong ialah yang sikecik sekali. Kalau x control mau lagi penuh coklat cip dan almonds nips tu dia tabur...hehehe.
 
Resepi saya dapat dari blog Azlita Masam Manis. Terima kasih ye kepada yg berkongsi resepi. Saya suka resepi macam ni sbb tak payah guna mixer. Tu yang anak2 pon boleh tolong sekali.
 
Untuk kesenangan sapa2 yang nak merujuk saya cut & paste kat bawah ni:
 
MUFFIN PISANG COKLAT CIP
Daripada resepi : MUFFIN PISANG COKLAT RICE
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Hanieliza's Cooking 

140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ~  diayak
1 s/k baking powder ~ diayak
1 cawan pisang ~ yang telah dilenyek
2 s/b serbuk koko
1/2 cawan coklat cip
Sedikit badam cincang ~ untuk hiasan

Panaskan suhu oven pada 180C
Sediakan cup kertas secukupnya dan susunkan dalam loyang muffin
Ketepikan

Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg telah diayakkan.
Masukkan pisang dan serbuk koko. Kacau rata.
Masukkan coklat cip dan kacau lagi.
Masukkan adunan dalam muffin cup.
Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.

Thursday, October 15, 2015

Mushroom Seafood Spaghetti







Waktu keadaan jerebu agak teruk few weeks ago, sampai memaksa sekolah ditutup, mokcik pulak kebetulan mmg sedang bercuti utk 2 minggu. Mokcik masa tu dah resign kerja lama dan saja minta lapor diri ditempat lapor diri lambat sikit. Sebab konon2 nak menikmati kehidupan tanpa bekerja. Tapi dah namapon isteri dan ibu, cuti tu bukannya boleh goyang kaki, melainkan buat kerja2 rumah yang tak berkesudahan. Cuti cuma x pegi kerja...itu sahaja.

Plan cuti tu konon2 la boleh la buat stok karipap, popia frozen, boleh la tambah lagi tanaman2 di kebun tapi mmg tak tersempat. Menguruskan rumahtangga dan anak2 saja pon dah occupied masa sehari suntuk. Tau2 satu hari dah berlalu.

Ada la jugak try resepi baru, Contohnya mushroom seafood spaghetti ni. Mokcik reka sendiri. Cuma tumiskan 1 biji bawang holland yang didadu dengan olive oil. Lepas tu masukkan satu tin sup cendawan campbell. Tambahkan 1 tin air. Kacau sebati supaya sup tu x berketul2. Sebelum tu jangan lupa rebus spaghetti sampai al-dente. Mokcik guna 1 pek spaghetti. Boleh dapat banyak supaya menu ni boleh jadi menu sarapan memerangkap lunch sekali...hehehe.

Bila sup tadi dah mendidih, boleh la masukkan udang dan sotong. Tambahkan italian herbs dalam 1 sudu kecil dan serbuk lada hitam. Garam tak perlu kot sbb mushroom soup tu dah cukup masin melainkan anda seorang pemasin. Masukkan tomato ceri yang dibelah dua dan capsicum hijau yang didadu besar. Lepas tu masukkan spaghetti yg dah direbus tadi. Kacau sebati. Kacau rasa x cukup masin boleh la tambah garam sikit2.

Then boleh la dimakan panas2.


Budak kecik ni cukup suka spaghetti ni. Satu pinggan tu dia makan sorang!

Masak Lemak Rebung Dengan Perut



Saya mmg tak pernah masak rebung sebelum ini. Perut lembu pon jarang2. Sebab ini bukan masakan yg familiar dalam keluarga saya, Mak saya tak pernah masak benda2 camni. Mak saya asal utara jadi masak lemak cili api bukan territory dia, apalagi rebung dan perut2 tu. Tapi over the years bila dah pegi belajar dan bekerja banyak makanan baru yg diperkenalkan pada saya oleh org sekeliling termasuk la jenis2 masak lemak cili api ni.

La ni masak lemak rebung dengan perut mmg kegemaran saya - kalau jumpa kat kedai la...hahaha. Susah jugak nak jumpa masakan ni kat kedai2 nasi campur. Ada satu kedai makan kat Masjid Tanah, namanya Kedai Makan Omak Den pada saya masakan lemak rebung + perutnya adalah tersedap saya pernah makan. Tapi tu la, kedainya kat Masjid Tanah which is agak jauh la jugak dengan tempat tinggal saya.

Hari tu saya puasa dan bila puasa tekak ni mula la mereka nak makan mcm2. Dok la teringat kat masak lemak rebung+perut tu. Balik keje, saya singgah Mydin and so happy bila tgk dua2 bahan utama ni ada dijual. 

Balik rumah, google resepi and I decided guna resepi Cik Mat Gebu. Cuma cik mat sbb dia org Johor diorg panggil perut lembu tu babat. Jadi jgn la confuse kalau tgk dia dok sebut babat2 ye...hehehe.

Walllaaaaa....sedap sungguh la berbuka puasa makan nasi panas2 dengan masak lemak rebung + perut ni. Yang bahayanya makan nasi mmg bertambah2 la...huhuhu.

Anyway, utk siapa2 yang nak mencuba, saya cut & paste resepinya utk rujukan.


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram babat lembu @ perut tuala
500 gram rebung jeruk
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus babat hingga lembut, toskan dan potong kecil. Rebung jeruk dicuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama2 babat tadi. Tambah bahan2 kisar halus dan serai titik. Gaul rata dan masak sekejap
  2. Tuang santan cair, dan masukkan asam gelugor. Masak hingga rebung lembut, kalau perlu tambah sedikit air. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasankan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau selalu dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

Wednesday, October 14, 2015

Rendang Ayam Simple dan Sedap!


Dulu saya rasa buat rendang adalah masakan yang leceh sbb mcm2 nak kena blend. Sampai la baru2 ni saya cuba resepi rendang ayam dr blog Azie Kitchen, saya terus jatuh cinta dengan resepi ni. Sebab resepi tak payah nak kisar2, bawang2nya semua pakat2 hiris aje. Cuma cili kering tu still kena kisar la. Halia, lengkuas, kunyit masih perlu ditumbuk. But somehow mmg saya suka la resepi ni sbb ternyata mmg sedap. Dan 2-3 kali jugak saya masak rendang ayam guna resepi ni termasuk la masa raya haji baru2 ni. Mak saya cukup suka walaupun sebenarnya dia x suka makan ayam. Tapi dia dok puji sedap.....hehehe. 2-3 kali dah buat mmg licin sekejap aje.

So pada siapa yg nak cuba, kat sini saya cut & paste resepi dari blog Azie Kitchen. Terima kasih ye kak azie sbb sudi berkongsi resepi yg marvellous!



Rendang Ayam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.



Bihun Sup Utara



Dah lama saya tak update blog ni. Rindu nak main masak2 dengan resepi baru ataupun makanan2 yang belum pernah dimasak. 

Tapi mcm biasa, rutin kehidupan yang sibuk mmg susah la nak masak benda2 baru. Ada masa mmg masak benda baru tapi by the time nak amik gambar, bateri tepon pon dah kong. Ingat zaman2 smartphone belum famous, amik gambar dengan kamera. Sekarang ni kamera pon tak tau dok mana,,,,huhuhu

Bihun sup utara ni saya dah masak berkurun nan lalu but for the sake of recording apa yang telah dimasak, masuk la jugak dalam blog.

Bezanya bihun sup biasa dan bihun sup utara ialah bihun sup utara kuah dia sup tulang yg dicampur daging pejal, ada yg tambah perut dan bahagian lembu yang lain. Lepas tu bihun tu direndam dulu dgn serbuk kunyit utk dapatkan warna kuning. Kalau bihun biasa guna cili kicap utk tambah pedas, bihun sup utara guna sos cili kering utk sumber pedas.

Saya cuma guna 1 kg tulang dan 1/2 daging pejal utk kuah sup. Tulang dan daging tu saya rebus dulu dengan pressure cooker lebih kurang 1 jam. Lepas tu tumbuk lumat 3-4 ulas bawang putih, 4-5 biji bwg merah, 2 inci halia. Lepas tu tumis bersama dengan rempah 4 sekawan sampai agak garing (tumis darat). Lepas tu masukkan dalam periuk rebusan tulang/daging tadi dan masukkan sup bunjut. Masukkan garam secukup rasa dan sambung merebus sampai rasanya dah sebati.

Untuk sos cili:

1/2 cawan serbuk cili babas
1/2 sudu besar bawang putih dan merah (tumbuk)
1/2 cawan air (tambah lagi kalau pekat sgt)
Sedikit gula melaka
1/2 sudu besar bancuhan asam jawa 

Tumiskan bawang putih dan merah tadi, kemudian masukkan cili. Masukkan air asam jawa, tambah air jika perlu, gula melaka dan garam. Masak sampai sebati dan sedikit pekat.

Boleh hidangkan bihun sup dengan taburan bawang goreng dan campuran daun sup/bawang.


Tuesday, August 11, 2015

White Chocolate Macadamia & Cranberry Cookies


Waaaaa...lamanya saya tak update blog masak2 ni...

Seperti biasa, masalah saya nak update blog adalah MASA. Masak mmg masak cuma tak sempat nak amik gambar masakan, apakan lagi nak masuk blog. Saya mmg kagum la dengan blogger masakan tersohor mcm cik Mat Gebu dan kak Azlita Masam Manis yang kerap update blog dan boleh pulak tu letak gambar step-by-step. 

Dah nama pon bloggers otai kan....hehehe. Memang tak terbanding la dengan saya yang blogger cipisan, yg syok sendiri pos entry ntah apa2 yang dimasak.....hehehe. But it's really not my intention to gain popularity through blogging. It's just that saya suka masak dan it makes me happy bila rekodkan apa yang dimasak.

 Jun/July bulan puasa hari tu saya sempat jugak la buat kuih raya sejenis dua untuk makan di hari raya. Tapi tak buat banyak. Selain dari Famous Amos cookies dan Almond Oatmeal cookies, yang setiap tahun wajib saya buat, saya juga mencuba resepi baru iaitu White Chocolate Macadamia & Cranberry cookies.

Saya mula jatuh hati dengan cookies masa first time mencubanya di Subway. Subway kan ada set meal yang you can get free cookies. So saya pon try la white chocolate macadamia cookies nya. Bertahun2 saya berhajat nak buat sendiri cookies ini tapi kacang macadamia mmg susah sikit nak cari dan agak mahal harganya. Then saya terjumpa di Tesco, dah siap dah pek macadamia campur cranberry. Itu yang semangat nak buat cookies ini.

Banyak versi resepi yang dijumpai di Internet and I ended up cuba resepi INI dari taste.com.au. Resepi tu untuk cookies saiz jumbo mcm Subway jual tapi saya buat kecil2 saiz cookies biasa.

Resepi yang dah diterjemahkan dan diubahsuai:

Bahan2

250g mentega, dibiarkan pada suhu bilik 
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh vanilla essence
2 biji telur
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan coklat chip putih
1/2 cawan cranberry kering
1/2 cawan kacang macadamia yang dicincang kasar

Untuk cranberry kering dan kacang macadamia tu saya guna ready packed campuran macadamia-cranberry yg beratnya dalam 200g or so (tak ingat sangat but almost equivalent to 1/2 cwn of macadamia and 1/2 cawan cranberry)

Cara2:

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Lapik dulang pembakar dengan kertas pembakar.

2. Putarkan mentega, gula dan vanilla essence sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.

3. Ayak tepung naik sendiri dan masukkan ke dalam adunan mentega tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan coklat chip, macadamia dan cranberry. Gaul sebati lagi.

4. Bulatkan adunan sebesar gula (ikut suka saiz cookies yang nak dibuat). Kemudian lenyekkan sedikit dengan garfu di atas dulang pembakar. Ulangi proses yg sama sampai adunan habis. Pastikan ada jarak antara cookies sbb nanti cookies akan mengembang. 

5. Bakar selama 10 minit atau sehingga cookies keperangan. Masa membakar bergantung kepada saiz cookies. Kalau resepi asal utk saiz jumbo dia bakar dalam 18-20 minit. Lepas tu sejukkan kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Ni la pembantu2 saya utk buat cookies ni :)))