2nd time buat nasi kerabu di bumi Jerman. Kat Mesia? Tak penah...hehehe. Ye la, kat Mesia kan boleh beli je kat pasar malam, x pon tunggu balik KB sure dpt mkn nasi kerabu buatan mak mertua yg sgt sedap.
First time buat nasi kerabunya adalah kuning. Tapi kali ni warna biru sbb cik Liza telah bg bunga nasi kerabu (yg menghasilkan warna biru itu) yg diimportkan khas dr Mesia. Tp since ianya dah kering, maka effect biru tu x la cantik sgt mcm hasil bunga yg fresh.
Nasi kerabu versi made in Germany ni pon byk pengubahsuaian. Contohnya, since budu xde, maka diganti dgn sos ikan dan instead guna ikan kembung fresh yg dibakar utk buat sambal ikan, sy gantikan isi sardin dlm tin (tp perlu guna yg ditinkan dlm natural sos, kalau yg sos tomato tu alamat spoil la rasanya). Then kepala parut pulak adalah kelapa kering. Yg bagusnya kelapa kering ni dah sedia halus, maka x perlu ditumbuk2 lg.
Lagi apa? Oh...bahan2 sampingan mcm telur asin (sbb mmg x jumpa pon kat sini), solok lada, air lada (yg ini sampai skrg x reti nak buat, sure x dpt rasa yg sama mcm yg Mek buat) xde dalam senarai.
Resepi nasi kerabu adalah seperti berikut:
Nota: sumber x ingat sbb copy ke Word, langsung x ingat nak take note website, ntah myresepi ke, blog sapa ke...so kepada pemilik asal resepi, harap maaf kerana tidak meletakkan kredit nama anda disini..harap halalkan ye.
BAHAN2
Nasi:
4 cwn beras (atau bergantung kpd keperluan)
1 sudu kecil garam
4 1/2 cwn air - bergantung kpd amaun beras
2-3 titik pewarna kuning atau biru (optional) - jika guna bunga nasi kerabu, masukkan 3-4 kuntum kedalam beras.
2-3 helai daun limau purut (optional)
1 btg serai diketuk (optional)
Sambal Tumis
5-10 biji cili kering
1/2 bwg besar
2 ulas bwg putih
1cm halia
1cm kunyit / 1 sk serbuk kunyit
200ml santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu/3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka
Sambal Ikan
1 ekor ikan kembung saiz besar (sy guna isi sardin dlm tin - 2 tin kecil)
1 cwn kelapa kering
2 ulas bwg putih
1/2 biji bwg besar
1 btg serai
1 cm halia
Kerabu
Kubis
Timun
Taugeh
Daun kesum
Semua bhn2 kecuali taugeh dihiris halus. Boleh juga digantikan dgn ulam2 lain seperti daun gajus, bunga kantan atau kacang panjang.
Bahan2 Sampingan
Solok lada
Telur asin
Air lada
Bwg jeruk
Ayam goreng kunyit
Ikan kembung goreng bertepung
Budu
CARA:
Nasi:
Cuci beras dan campurkan semua bahan. Masak seperti biasa.
Sambal Tumis
1. Kisar halus cili kering, bwg besar, bwg putih, halia, kunyit dan serai.
2. Tumis bhn2 kisar dgn minyak sedikit byk sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan bahan2 yg lain.
4. Masak sehingga pekat.
5. Perisakan dgn garam dan gula melaka.
Sambal ikan
1. Bersihkan ikan kembung dan bakar (x perlu jika guna isi sardin). Sementara itu gorengkan kelapa kering tanpa minyak dgn api kecil sehingga keperangan.
2. Asingkan isi ikan dr tulang. Tumbuk isi ikan menjadi halus.
3. Tumbuk pula serai, bwg, halia sehingga lumat.
4. Campurkan ikan dan bwg dan goreng tanpa minyak sehingga garing
5. Campurkan isi ikan dan bwg bersama2 kelapa kering. Perisakan dgn gula dan garam
Versi sy: Isi sardin dikisar bersama2 ngan bwg, serai dan halia then terus campurkan dgn kelapa kering yg dah digoreng. Then perisakan.