This blog is meant to record down all the food that I have cooked, whether it's the new recipe taken from Internet or from friends. Whether the food cooked well or not, or how ugly does the final result would be, or how disastrous the taste is, I'm determined to put it here just to see how much things that I have cooked. And would be my reference in the future.
Thursday, July 9, 2009
Sherperd Pie
Masak untuk dinner sebentar tadi. Sebabnya daging and ayam dah abis, so tak tahu nak masak apa. Nasib baik ada daging cincang, so merayap la kat internet, cari apa2 resepi yg menepati bahan2 yg ada. Hence, sherperd pie! So mlm ni semua org dinner ala2 western ok!
Sgt senang nak buat. Sy tak follow pon amount resepi yg asal. Main agak2 aje. Dan bahan2 pon tukar ikut kesesuaian. Contohnya: patut guna kacang pea, sy gantikan ngan kacqang buncis...hihihi.
Bahan2:
1. Kentang - 3 biji besar
2. Daging cincang - 500 gram
3. Karot - potong kiub kecil
4. Jagung - sy guna jagung dlm tin
5. Kacang pea - sy guna kacang buncis yg dirincik halus
6. 1 biji bwg besar - dicincang halus
7. Air rebusan daging - sy ganti ngan stok kiub daging
8. Butter
9. Sos Wochester - 1 sudu teh
Cara2:
1. Rebus kentang dgn sedikit garam sehingga empuk.
2. Dalam pan berasingan, panaskan sedikit butter, tumis bawang besar sehingga kekuningan.
3. Masukkan daging kisar.
4. Masukkan karot.
5. Biarkan masak seketika. Tambahkan air rebusan daging utk elakkan masakan kekeringan.
6. Masukkan kacang pea dan jagung.
7. Masukkan sos Wochester dan perisakan masakan dgn garam dan lada hitam.
8. Bila kentang empuk, toskan airnya dan lecek kentang. Campurkan dgn sedikit butter, garam dan lada sulah (buat seperti mash potato)
9. Menggunakan bekas tahan panas, ratakan campuran daging cincang didalamnya.
10. Kemudian ratakan mash potato disebelah atas daging cincang.
11. Cucuk permukaan kentang untuk memastikan semua bahagian dibakar dgn sempurna.
12. Taburkan keju parut diatas permukaan kentang (jika suka)
13. Bakar pd suhu 200C selama 1/2 jam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment