Tuesday, July 21, 2009

Tiramisu


Ternampak resepi dlm blog my friend, Dal beberapa minggu lepas. Dok cari mascarpone cheese kat pasaraya dekat rumah tp x jumpa2...ingat maybe mascarpone ni ditajukkan dlm Deutsch, that's why x jumpa2 kot. Tp bila pegi pasaraya lebih besar... there! Ada pon mascarpone cheese yg mmg ditajukkan as Mascarpone cheese.

Taburan coklat diatasnya agak hodoh dan bertempek2 kerana si kembar insisted nak buatkan. Xpe la, ini pon bukan blog professional masakan.

Bahan2:

Mascarpone Cheese 250 g
Double Cream 200 ml
Telur 2biji
Gula 1/2 cup
Vanilla extract 1 tsp
Strong Coffee 150 ml
Chocho powder, to dust
Finger Biscuit. 2 peket (bergantung pd saiz bekas)

Cara2:

1. Pukul mascarpone cheese dan kuning telur sehingga sebati (guna handmixer)
2. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan gula sehingga putih (guna handmixer)
3. Dalam mangkuk lain juga, pukul double cream sehingga kembang (guna handmixer)
4. Campurkan bahan 1, 2 dan 3 bersama2. Kacau gunakan senduk sahaja. Masukkan vanilla extract dan 2-3 sudu bancuhan kopi pekat.
5. Susun satu lapis finger biscuits (rendam sebentar dlm air kopi pekat, jgn sampai lembik) dalam bekas. Tuangkan adunan 4 diatas.
6. Buat lapisan biskut dan adunan 2-3 lapis.
7. Sejukkan ia didalam peti sejuk selama 4 jam (atau semalaman)
8. Sebelum dihidang, taburkan serbuk koko diatas tiramisu.

No comments: