Thursday, July 9, 2009

Puding Roti

Utk pertama kalinya, blogging dgn bahasa Melayu pulak ye...asik English aje (konon2 utk international readers, mcm la ada international readers pon!...hehehe)

Dan kali ini, masih dgn resepi roti ok!

Sbbnya si kembar sgt suka makan sandwich Nutella yg disediakan dlm bentuk rama2, arnab (dan ntah bentuk apa lg, x boleh nak ckp) menggunakan acuan cookie yg besar. So selalu lah ada serpih2 roti yg agak byk selepas itu. Nak buang sayang.....so recycle la jawabnya. Yang paling sesuai adalah puding roti.


Maafkan rupanya yg hodoh itu...tp rasa boleh tahan tau! Sepatutnya ada sos kastad tp saya malas nak buat....hehehe

Sumber resepi: E-book 100 Resepi Kuih Muih Malaysia

Utk sos kastard:

1. 1 tin susu cair
2. 2 sudu makan tepung kastad
3. 2 sudu mkn gula

Utk puding:
1. 500ml susu segar
2. 8 keping roti (sy guna lebihan serpih2 roti)
3. 4 sudu mkn gula halus
4. 2 sudu mkn mentega
5. 2 biji telur
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 sudu mkn tepung jagung
8. 2 sudu besar kismis hitam

Cara2:

Utk sos kastad:
1. Gaul rata semua bahan.
2. Didihkan sebentar atas api.

Utk puding:
1. Rendam roti yg dipotong 4 setiap satu bersama susu segar selama 1/2 jam.
2. Campur bahan (3) hingga (8) didalam satu bekas dan gaul rata
3. Tuang ke dalam loyang bahan yg telah digaul rata.
4. Bakar dalam ketuhar pd suhu 180C selama 1/2 jam. Angkat dan sejukkan.
5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

No comments: