Wednesday, March 2, 2011

Kek Pisang Gebu



Kek pisang gebu ni rasanya last baking produt kot dibumi Deutschland ini. Sbbnya hari ni sy decided packing semua barang2 dapur yg nak dibawa balik ke Malaysia termasuk la handmixer, BOSCH kitchen machine tu, all baking pans and periuk belanga. Tinggal periuk belanga & pinggan mangkuk yg mmg sy tak plan nak bawa balik. Walaupun lagi sebulan, kami dah kena estimate berat & volume brg2 yg nak dihantar melalui shipping sbb shipping mungkin kami buat dlm masa 2-3 minggu lagi.

Sebenarnya ada byk lagi resepi2 kek especially cheese cake yg nak dicuba sbb cheese murah kat sini tapi lagi ditangguh2 lagi x bagus. But who knows, I might take things out from the box kalau dah meroyan sgt nak membaking...hehehe

Ini resepi kek pisang baru yg sy baru. Sebelum ni sy try resepi dr My Resepi (boleh tgk kat SINI). Kali ni sy try resepi dari Jintan Manis. Sedap juga!


Utk resepi:
Sumber: Jintan Manis

Bahan2:

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


No comments: