Friday, October 21, 2011

Bihun Putih Stail Kak Liza


Pagi ni tiba2 teringin nak breakfast bihun putih yg dimasak ikut cara kawan baik sy kat Jerman, Kak Liza. Specialnya bihun putih kak liza ni, lepas bihun digoreng, minyak bijan di renjis utk menambahkan kesedapannya.

Resepi bihun putih ini:

Bahan2:

1/2 pek bihun - celur dgn air panas, jgn rendam terlalu lama nanti lembik sgt masa digoreng
1 mangkuk kecil sotong putih yg dah siap dicuci & dipotong
kek ikan - dipotong nipis
3 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 kiub ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji carot - dipotong panjang & haluss
sedikit sawi - dicuci dan dipotong
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak bijan

Cara2:

1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau/kekuning2an. Masukkan sotong dan kek ikan.
2. Masukkan sos tiram dan kiub ikan bilis. Kacau sebati.
3. Masukkan carot. Masak sampai empuk.
4. Masukkan bihun dan sayur sawi. Kacau sebati.
5. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air panas kalau bihun terlampau kering. Kacau sebati.
6. Matikan api. Renjiskan minyak bijan secukupnya.
7. Hidangkan dgn kicap bercili.

Prawn Aglio Olio


Few weeks ago, kami sekeluarga makan kat Pizza Hut. Sy nampak menu pasta Prawn Olio tapi since pegi Pizza Hut sbb nak mkn pizza, so takde la sy order Prawn Olio tu. Lagipon sebelum ni sy pernah browsed resepi pasta aglio-e-olio, resepi mcm simple so rasa mcm boleh buat sendiri coz basically ia adalah spaghetti yg dimasak dgn minyak zaitun dan bawang putih.

Ada byk versi resepi pasta olio yg sy jumpa di internet dgn kegunaan pelbagai bahan2 selain dr minyak zaitun dan bawang putih. So sy decided buat yg simple aje ikut cara sendiri.

Resepi:

500g spaghetti
1/4 cwn minyak zaitun - jenis extra virgin
5 ulas bwg putih - dicincang halus
10 ekor udang - dibuang kulit
1 sudu kecil cili flakes (boleh guna cili kering yg dihancurkan)
1 pek sweet pea - dipotong dua

Cara2:

1. Didihkan air dlm periuk bersama dgn sedikit garam dan minyak. Biar dah mendidih, celurkan sweet pea sekejap kemudian angkat dan tos airnya dan masukkan sweet pea dlm air sejuk (utk kekalkan warna hijau sweet pea dan merangupkannya). Gunakan air didihan yg sama dan masukkan spaghetti. Masak sampai al-dente. Toskan. Jgn buang air rebusan dulu.
2. Panaskan minyak zaitun dlm pan, tumis bwg putih sampai kekuning2an.
3. Masukkan udang dan goreng sebentar.
4. Masukkan spaghetti yg dah direbus. Masukkan sedikit air rebusan supaya tak kering sgt.
5. Taburkan cili flakes dan garam secukup. Masukkan sweet pea. Kacau sebati.

Siap utk dihidang.

Wednesday, October 19, 2011

Bok Choy & Tofu Jepun dgn Sos Tiram


Since pregnant dan dah mula lalu makan (makan byk oi!), sy cuba membanyakkan sumber fiber dlm diet harian termasuk la sayur2an. Untung dok Malaysia ni, byk pilihan sayur hijau yg dijual dgn harga murah. Dulu masa dok Jerman, nak beli sayur2 hijau tropika/Asia ni jenuh berfikir sbb sgt mahal kat sana. Contohnya bok choy, 1 ikat dlm 2 Euro gitu. La ni dah pulang ke tanahair tercinta, appreciate sgt2 dgn jenis sayur2 yg ada kat Malaysia.

Lagi satu favourite, adalah tofu jepun atau pun egg tofu. So kita gabungkan la bok choy dgn egg tofu sekali. Anak2 suka so senang nak pujuk diorg makan sayur lebih sikit.

Utk resepi:

Bahan2:

2 ikat sayur bok choy - leraikan satu persatu, basuh bersih2. Jangan potong.
1 tiub tofu jepun - potong dgn lebar 1 cm
2 ulas bwg putih - dicincang halus
1 biji cili merah - dipotong serong
2 sudu besar sos tiram

Cara2:

1. Gorengkan hirisan tofu jepun dgn sedikit minyak dlm frying pan. Pastikan kedua belah hirisan tofu jepun garing sedikit. Angkat dan letak atas tisu dapur utk tos minyak.
2. Didihkan air utk celur bok choy. Jgn celur lama2. Angkat, tos airnya dan letak dlm mangkuk hidang. Jgn buang dulu air celur tadi.
3. Susunkan tofu jepun yg dah digoreng atas sayur bok choy.
4. Gunakan lebihan minyak goreng tofu tadi, tumis bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan satu senduk kecil air celur sayur tadi.
5. Masukkan cili merah dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan sebentar.
6. Tuangkan air tumisan keatas sayur bok choy dan tofu jepun.

Siap utk dihidang.

Sotong Masak Lemak Cili Api


Owh! Sudah lebih 4 bulan x update blog ni. Rindu sesangat nak masak mcm2 tp alkisahnya sejak Julai, sy tak sihat disebabkan nak menambahkan org baru dlm family. Alahan yg sgt teruk sampai x lalu nak makan apa2, masuk dapur pon x sanggup apalagi nak masak!

Skrg, alhamdulilah, keadaan dah bertambah baik walau ada lagi rasa loya2 tapi at least boleh la masak menu ringkas2. Tapi menyiang ikan masih x sanggup, dan cik HB yg uruskan bab2 menyiang ikan sbb itu syarat sy kalau dia nak makan ikan yg jenis kena siang. Kalau sy, sy resorted to udang, sotong, daging or ikan yg jenis kita beli dah siap potong. Oh ya! sejak pregnant, sy alah ngan ayam. Langsung tak boleh makan ayam. So nampaknya sepanjang mengandung, menu ayam mmg takde la dlm menu harian. Maaf la ye suami n anak2, kalau nak makan ayam, makan kat kedai je la ye!

Ni sotong masak lemak cili api consider antara masakan ringkas senang dimasak. Sy tak buat pekat sgt sbb nak jaga kandungan kolestrol. Takut nanti berat badan naik berlebihan masa mengandung ni.

Resepi:

500g sotong putih
2 biji bwg merah*
1 ulas bwg putih*
4 biji cili api* (kalau nak pedas tambah lagi, sy tak buat pedas sgt sbb anak2 nak makan)
1 sudu kecil serbuk kunyit* (kalau ada kunyit hidup lagi sedap)
1/2 pek santan kotak saiz 200ml (kalau nak pekat, tambah lagi)
1 btg serai - diketuk
1 biji tomato besar - dipotong 6
1 helai daun kunyit - dipotong kasar2
garam secukup rasa

Cara2:

1. Kisarkan bahan2 bertanda * (kalau rajin, tumbuk dlm lesung, lagi sedap. Mak buyung malas..hehe)
2. Masukkan dlm periuk bersama dgn 2 cwn air. Masukkan santan dan serai yg dah diketuk. Masak pada api sederhana. Kena kacau sentiasa utk mengelakkan santan naik minyak.
3. Bila dah mendidih, masukkan sotong dan tomato. Biarkan masak sekejap.
4. Kemudian masukkan garam secukupnya dan daun kunyit. Kacau sebentar dan kemudian tutup api.

Siap utk dihidang.