Sudah agak lama juga kami sekeluarga memboikot McDonald's. Sebab pertamanya kerana isu Palestin-Israel dan McDonald's adalah penyumbang utama kepada kerajaan Israel. Keduanya makanan McDonald's ternyata tak sihat and even Jamie Oliver juga membongkar habis2an hal ini sampai berjaya menang saman ke atas McDonald's. Boleh baca di SINI.
Kalau diikutkan, dulu2 kami mmg penggemar McDonald's. Burgernya yg pelbagai, ayam goreng yg sedap, aiskrimnya lagi.....tapi kalau sedap dimulut dan tekak tapi memudaratkan kesihatan diri, sila2 la insaf ye!
Cuba tgk video Youtube ni yg menunjukkan betapa x normalnya makanan McDonald's.
Sebenarnya byk lagi makanan segera yg x sihat tapi buat masa ini hanya McDonald's saja la yg kami mampu boikot sepenuhnya.
Juga makanan2 process lain.
Tapi sesekali masih ingin makan burger. Ada masa boleh buat patties sendiri tapi mokcik kebanyakan masa mmg takde masa...hehehe.
Kat pasaraya ada byk pilihan burger patties...nak murah pada jumlah yg banyak, nak yg mahal pada kuantiti yg sikit pon ada.
Being health concious, saya memilih kepada yg berkualiti dan walaupun agak mahal dibandingkan dengan banyak lagi jenama burger patties, pada saya it's ok, sbb it's an investment for health. Yg murah dan banyak tu selalunya penuh dengan lemak dan bahan2 tambahan yg tak asli.
So saya akan beli burger DARADIF ini kalau saya nak makan burger segera di rumah. It is made from quality lean meat. Memang agak mahal. Utk 4 keping is RM10 lebih kurang kalau nak dibandingkan dengan burger jenama Ramly's yg 10 keping RM5 je lebih kurang.
Camni la kotak pembungkus patties Daradif. Boleh didapati di pasaraya2 terkemuka.
Dan untuk penyediaan lebih sihat, jangan goreng patties tu dengan minyak yg banyak. Memadai dengan grill aje dan splash sikit2 dengan olive oil
Pastu assemble la burger tu dengan roti burger, mayonese, salad, timun, tomato, cheese, cili sos and whatnots. Burger buatan sendiri patutnya lebih mewah dr apa yg dijual diluar sana. Kalau nak sihat, jangan makan dgn kentang goreng tapi saya buat la jugak kentang goreng sbb anak2 suka.