Thursday, June 19, 2014

Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk


Untuk org Kelantan, ini adalah masakan common untuk mereka. Kalau kata nak makan nasi berlauk, ini la gulainya, dikawankan dengan sambal belacan ala Kelantan jugak.

Kalau yg tak tau dan tak pernah makan, mesti ingat gulai ni sama ngan masak lemak sebelah pantai barat atau Negeri Sembilan. Rupa mungkin, tapi rasa tak sama langsung. Sebab masakan ni ada lengkuas dan cili kisar yg membezakan dia dari masak lemak N9. Ikan tongkol tu pon kena rebus asing dulu, baru masukkan dalam kuah.

Lagi satu kalau google resepi gulai ikan tongkol, kena pastikan nak resepi gulai utk nasi berlauk ke utk nasi dagang. Sebab kalau gulai ikan tongkol nasi dagang, gulainya pakai rempah gulai Kelantan. Bahan pon ada lain sikit. 

Nak pakai ikan lain pon boleh - ikan kembung ke tenggiri ke...tapi yg pasti ikan merah, ikan pari tu semua x sesuai la ye....hihihi. Kalau suka boleh tambah timun atau cili hijau Kelantan yg warnanya hijau muda pucat tu. Susah nak cari cili tu sebelah pantai barat. Saya cuma masukkan cili merah aje.

Alhamdulilah, cik HB makan bersungguh2...nak puji sedap tu memang tak la kan...dah tau dah dia mmg kedekut pujian sikit, kalau tanya kang mesti jawab "makan amik hati je"...huhuhu. Tapi kalau tengok dia makan nasi bertambah2 tu, maknanya sedap la. Ok la tu :)

Anak2 pulak ckp, ini rasanya mcm makan nasi pagi2 kat Kota Bharu. Memang la nak oi, ni la nasi berlauk namanya!

Utk sambal belacan: blendkan cili merah 3-4 biji(atau ikut bape banyak nak buat), cili api sikit, belacan, sedikit cuka, gula dan garam. 

Notice tak warna kuah sangat kuning? Saya x guna kunyit serbuk pon, tapi guna kunyit tanam sendiri...tak sangka jadi kuning cantik sebegitu :)

Resepi saya rujuk kat blog Azie Kitchen tapi seperti biasa saya x ikut sangat. 

Bahan2:
2 ekor ikan tongkol saiz sederhana - dicuci bersih
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Lengkuas
Sedikit cili kisar 
Cili hidup (cili solok, lagi sedap)
Garam
Sedikit gula
Asam keping
Santan
Timun dan kacang panjang


Cara cara:
Ikan direbus dengan garam dan asam keping. Kalau dibiarkan semalaman, lagi sedap dan mesra. 

Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke dalam santan. Masak atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga menggelegak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali masukkan ikan rebus, cili hidup, timun dan kacang panjang. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan. 

Wednesday, June 18, 2014

Siakap Kukus Ala Thai


Dah lama tak membuat ikan kukus. Sebab ikan kukus agak kurang laku di rumah ini. Tapi selaku tukang masak, saya gunakan kuasa veto saya buat ikan kukus when I feel like I want to....hahahaha

So bila baru2 ni dpt pegi Pasar Besar Melaka, saya beli la seekor ikan siakap yg saiznya agak besar dan masih segar. And I was thinking of recipe steamed fish ala Thai yg lama dah saya simpan. 

Istimewanya resepi ni, sbb ia guna daun kesum yg ditumbuk dengan bawang putih. Saya tak ingat website/blog mana yg saya amik resepi ini. Saya salin dalam buku resepi tapi lupa nak salin web addressnya sekali. Diharap tuan punya resepi asal tak kisah ye saya x creditkan resepi asalnya disini.



Resipinya:

Ikan siakap di siang dan dibasuh bersih2. Saya punya ikan, tukang jual ikan dah belah belakang siap2, kalau x boleh je kelar2kan ikan tu. Lepas tu tumbuk daun kesum yg dileraikan dari 3 tangkainya, bersama 4-5 ulas bawang putih. Lumurkan pada ikan.

Then letakkan ikan dalam loyang pengukus. Letakkan 2 btg serai yg diketuk, halia dalam 2 inci yg dipotong halus dan tomato 2 biji yg dipotong2. Renjis2kan sos ikan, serbuk ikan bilis. Tak perlu dah tambah garam sbb sos ikan dan serbuk ikan bilis dah cukup masin. Perahkan jus dari sebiji limau nipis kedalam mangkuk, tambahkan 2 sudu sos cili thai. Kacau sebati. Lepas tu tuang keatas ikan.

Kukus dalam 10-15 minit. Saya terkukus lama, so bila angkat ikan, dia mcm hancur sikit. Tapi tetap sedap ye!

Monday, June 16, 2014

Asam Pedas Ikan Kembung



Walaupun dah selalu masak asam pedas, kali ni asam pedas saya ada tambahan bahan. Saya tambah buah keras, sebab buah keras ni ada rasanya tersendiri dan bagi kuah pekat. Well, memang jadi pekat pon. 

Kaedahnya sama mcm saya masak asam pedas yg lain (boleh tgk kat SINI), cuma masa kisarkan bawang2 tu semua, masukkan 2 biji buah keras sekali. Itu je yg bezanya.

Kali ini aksesori asam pedas adalah bendi dan tomato.

Padanan lauk-pauk kawan2 asam pedas - ikan kembung bakar dgn air asam, tempe goreng dan taugeh-kucai goreng





Egg Salted Chili Crab


Dah lama tak masak ketam. Saya tak berapa rajin makan ketam...sedap memang sedap tapi part nak keluarkan isi ketam dari kerangkanya tu kadang2 mematahkan selera. Leceh la....

Lagipon harga ketam kan mahal....

Tapi baru2 ni masa ke pasar dan sikembar ikut sekali, si kakak nampak ketam dan tanya "umi, bila umi nak masak ketam?"

Kesian pulak dengar, maka mokcik pon amik la dalam 4 ekor yg harganya RM22 (sekilo RM25).

Sambil fikir best jugak kalau try masak Egg Salted Chili Crab yg merupakan signature food bagi Singapura mcm yg selalu keluar kat AFC channel tu.

Google resepi sana sini, rupanya ada banyak versi. So mokcik just tengok bahan2 asas lepas tu masak je la ikut suka.

Ada yg tumis pakai butter, tapi hari tu pulak butter kat rumah dah abis, so guna minyak masak canola aje la. And then, telur asin pon ada sebiji aje, mana cukup sbb at least kena la ada 2-3 biji telur asin utk diambil kuningnya. Jadi mokcik mencapai keputusan, guna saja the whole telur asin sbb kalau amik kuningnya saja, nak buat apa lak dengan putihnya? Dah la masin kan? Lepas tu tambah lagi sebiji telur biasa.

Lantak la kalau x jadi resepi asli pon...sendiri jugak nak makan kan?

So kisah resepi mokcik:

Bersihkan ketam. Potong 2 setiap seekor ketam. Kemudian goreng secara deep-fry sampai masak.

Tumbuk halia (dalam 2 inci) sama 3-4 ulas bawang putih. Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang putih tumbuk tadi. Lepas tu masukkan daun kari dr 2 tangkai daun kari. Masak sampai naik bau. Masukkan 2-3 sudu cili kisar. Masak sampai cili garing. Tambahkan sikit air kalau kering sgt. Masukkan sedikit sos cili dan tomato. Masukkan ketam yang dah dgoreng tadi. Kacau sebati. Masukkan telur asin yg dah dipecah terlebih dahulu dalam mangkuk (bahagian kuning dia agak keras, so lenyekkan dulu). Tambah lagi sebiji telur biasa (kalau ada telur asin yg banyak, guna 2-3 biji telur asin bahagian kuning saja, jgn letak putihnya sekali, dikhuatiri terlebih masin kang masakan korang).

Kacau rata. Mokcik tak tambah garam dah sbb telur asin tu dah cukup masinnya dah. Lepas tu makan la panas2...

Wuuuuuuuuuuuuuu...sedap!!! Walaupun tension bab nak kopek cengkerangnya.






Monday, June 9, 2014

Ikan Selar Goreng Cili Padi


Sebenarnya masakan camni lebih sesuai dengan ikan keli ke ikan talapia ke sbb kalau kat kedai selalunya masakan ni guna ikan2 sungai camtu la. Tapi cik Hb x suka ikan keli (makan bila terpaksa aje...hehehe) or any ikan sungai, so jarang la memasak ikan sungai kat rumah. 

Hari tu teringin nak makan ikan goreng cili api, yg ada dalam stok ikan selar aje. So ikan selar pon selar la. Kita goreng garing dia, lepas tu kisar cili api dalam segenggam dgn 2-3 ulas bawang putih dan 2-3 biji bawang merah. Tumiskan sampai naik bau, letak sikit garam dan gula kasi rasa seimbang. Then masukkan ikan goreng selar dan kacau sebati.

Sedapnya makan dengan nasi panas2 walaupun pedas menyengat! Sometimes lauk simple camni la yg membuka selera kan?

Kueytiaw Goreng Basah


Semalam dinner kami makan ini sahaja sbb mokcik malas masak...hehehe. Lagipon sbb geramkan udang saiz XL yg kami beli Sabtu lepas utk buat BBQ. Mmg saja asingkan sikit sbb nak masak char kueytiaw kononnya. Tapi somehow rasanya baik la dipanggil kueytiaw goreng basah aje sbb mcm xde la jadi mcm char kuey tiaw sgt pong....hahaha

Ianya memang kegemaran seisi rumah. I really love kueytiaw yg digoreng dengan taugeh dan kucai byk2. Mujur2 anak2 takde perangai asingkan sayur2 dalam mee/kuetiaw goreng...kalau tak, hangin je mak tengok! Sbb tgk ramai budak yg macam ni...jadi keje lak asingkan taugeh satu2....heh! Tension tengok....

Cara saya goreng kueytiaw:

Tumbuk 3-4 ulas bawang putih (ikut bape banyak kueytiaw nak dimasak), saya suka bawang putih so mmg selalu letak banyak2. Tumiskan bawang putih sampai garing, lepas tu masukkan cili kisar dan masak sampai garing. Lepas tu masukkan sedikit sos tiram dan 1/2 kiub ikan bilis. Kalau kering, masukkan sikit air. Then masukkan udang. Masakkan udang sekejap, then pecahkan 2 biji telur dan kacau sikit2. Dah telur masak, masukkan kueytiaw, taugeh dan kucai. Kacau sebati. Tuangkan kicap manis secukupnya. Masukkan air, jgn banyak sgt tapi memadai la bagi nampak ada kuah sikit. Kacau sebati lagi. Saya renjiskan sikit sos ikan sekadar bagi rasa. Saya tak guna garam sbb rasanya masinnya dah cukup sbb ada sos tiram, kiub ikan bilis, kicap dan sos ikan. 

Makan panas2 dan kalau suka hidangkan dengan hirisan limau kasturi, daun sup dan cili potong.