Thursday, October 23, 2014

Crunchy Caramel Almond




Of late I've cooked a lot of new things jugak tapi tak berkesempatan nak masukkan dalam blog. The good thing about recording what you have cooked, it helps you remember which reference did you use for that recipe. Kalau ok, senang nak rujuk lain kali dan kalau  tak ok, then next time boleh try resepi lain pulak. Takde la tersilap guna resepi yg sama kan?

Saya dah lama dok eyeing resepi crunchy caramel almond ni. Apa yang saya tau for ready-made crunchy caramel almond harganya amat la mahal. Tak heran la kalau dah bahan2nya mmg bahan2 yg mahal mcm kepingan badam dan biji bunga matahari. Dan bila tengok resepinya, resepi ni guna tepung florentine atau florenta. 

So aritu saya saja2 masuk bakery yg dekat rumah saya tu, dan tanya dia ada tak tepung florentine. Oh, happynya bila tauke cakap ada. Walaupun harganya mahal, RM17.50 utk 500g, saya tak fikir panjang terus aje grab. Juga beli sliced almonds, sunflower seeds dan black sesame seeds. Saya tambah jugak bijan biasa yg tinggal sikit dalam simpanan.

Ini la pek pembungkus tepung florentine

Saya rujuk pada resepi Kak Azlita dari blog Masam-Manis.

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Selain tu jugak biskut ni juga dikenali sebagai Biskut Florentine sebab guna tepung florentine. Saya tgk pada tulisan di pek pembungkus, tepung florentine dah siap diadun dengan gula, madu dan campuran serbuk kekacang yang dibakar. 

So bila dah ada tepung ni mmg senang la sangat kejadiannya. Just campur sebati bahan2nya lepas tu ratakan dalam pan pembakar dan bakar for 10 minit. Disebabkan tepung dah ada gula dan madu, jadi the whole thing akan caramelize bila dibakar. Saya terbakar lebih 10 minit jadi biskut saya hangit sikit...hihihi

Sepatutnya utk dapatkan kepingan yg nipis bersesuaian dengan sukatan adunan yg Kak Ita guna tu kena la pakai pan saiz 14 inci x 14 inci. Saya takde pan saiz tu so saya pakai aje la tray pembakar sedia ada. Ok jugak la. Selain tu jugak potong siap2 masa panas2 tu tapi tunggu sejuk baru boleh simpan dalam bekas kedap udara. Kalau dah sejuk, mmg tak dapek la nak potong lawa2 ye. Patahkan je la jawabnya...hihihi


So kalau rajin, boleh la buat sendiri biskut ni. Sangat sedap ok!

Monday, October 13, 2014

Spaghetti with Creamy Chicken Balls


Saya bukanlah penggemar makanan sejuk-beku mcm sausage, nuggets, chicken balls dan mcm2 yg ada di pasaran skrg ni. Tapi tak lah pulak saya tak makan langsung. Still makan, cuma sangat jarang makan dan beli dan masak. Macam tu la jugak dengan makanan proses yang lain - canned food, packet food and so on. Still guna sbb kadang2 mmg mengejar masa dan kadang2 susah nak pegi cari fresh foods. Tapi cuba limitkan la. Sebab processed foods mmg banyak keburukannya dari kebaikannya. Sadly, dizaman moden ini, makanan terproses lebih murah dan lebih senang didapati dari real foods maka dah jadi makanan utama utk kebanyakan orang hari ini.

Tapi kadang2 diakui, I made the wrong choice juga bila saja2 nak makan benda2 mcm ni. Contohnya resepi ini, I made it sbb dah selalu sangat nampak org pos dan share resepi di Facebook. So mcm craving gitu padahal tau bahan2nya mostly adalah makanan terproses.

But somehow the twins rupanya tak suka pon rasa the Ayamas's chicken balls. Ye la, saya sendiri pon rasa pelik dengan rasanya. Mcm rasa plastik gitu. I guess when you get to used to eat fresh foods most of the time, the taste of processed food would be weird, tak gitu? But I'm glad the twins tak suka makan the processed chicken balls but they do love my home-made burger patties and nuggets. Berbaloi sentiasa masak things from scratch.


Anyway alang2 dah masak, saya share kan jugak la resepinya disini. Saya tak dapat nak cari resepi yg asal tapi saya share apa yg saya buat sbb saya buat ikut suka hati je setelah baca sepintas lalu resepi asalnya. Resepi asal makan begitu saja chicken ballsnya tapi saya buat makan dengan spaghetti. Apa2 pon terpulang la ikut tekak masing2 ye!

Bahan2nya:

Bebola ayam (saya guna Ayamas)
Tomato ceri dibelah dua.
1 tin Prego Mushroom Carbonara
1 labu bawang Holland - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
Mozarella grated cheese
Serbuk lada hitam
Spaghetti (direbus berasingan)
Parmesan cheese (optional)

Cara2:

1. Rebus bebola ayam seketika kemudian toskan.
2. Susun bebola ayam dalam bekas casserole dan letak tomato ceri diatasnya (mcm gambar diatas)
3. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sampai naik bau (saya selalu guna olive oil bila masak pasta)
4. Masukkan Prego mushroom carbonara cream dan tambah air ikut kepekatan yg diingini. Saya tambah dalam 1 tin air aje. Masak sampai mendidih dan masukkan lada hitam secukup rasa.
5. Tuangkan keatas chicken balls tadi.
6. Taburkan mozarella cheese diatasnya.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 10-15 minit, atau hingga cheese cair.
8.Hidangkan dengan spaghetti dan tabur parmesan cheese jika suka.

Sunday, October 12, 2014

Roti Parmesan/Oregano ala Subway


Suka makan kat Subway? Oh, saya suka but it's quite pricey dan tahu je lah kalau makan sekeluarga, koman2 sure RM50 ke atas terbang walaupun hanya utk hidangan sandwich.

Apa yg saya suka ttg sandwich Subway adalah rotinya segar gebu. Lepas tu boleh pilih nak roti jenis apa,  filling apa, sos apa.

Dan kebiasaan mokcik juga, bila dah sedap makan sesuatu tu mesti nak cuba buat sendiri. Mujur la skrg ni zaman internet, google saja Insyaallah akan ketemu la maklumat yg dicari.

So mokcik jumpa resepi roti ala Subway dari SINI.

Seperti biasa, mokcik ubahsuai resepi ikut apa yg dapat mokcik cari. Mana yg takde tu mokcik abaikan saja, contoh vital wheat gluten tu...apa kebendanya pon mokcik x tau. Soybean oil pon mokcik ganti ngan minyak canola. Belasah saja! Dan mokcik x la buat sampai 6-7 cawan tepung, cuma buat separuh sukatan saja. Dan mokcik ngelat bab uli dgn tangan sbb mokcik campak je semua bahan2 masuk breadmachine dan tekan saja selection utk uli dan prep doh. 

Senang kan?

Ingredients

Directions:

  1. 1
    Dissolve yeast and sugar in 1/2 cup warm water. Let stand for about nine to ten minutes.
  2. 2
    Combine yeast mixture with oil, salt, and two cups of flour. Stir well.
  3. 3
    Gradually stir in 4 cups of flour and remaining water.
  4. 4
    Knead for 10 minutes, adding additional flour as needed.
  5. 5
    Place dough in a lightly-greased bowl.
  6. 6
    Cover with plastic wrap and let rise for about one hour.
  7. 7
    Punch dough down and divide into eight pieces.
  8. 8
    Roll each half into loaf-shapes, about twelve inches long.
  9. 9
    Place loaves onto two large baking sheets lined with parchment paper.
  10. 10
    Cover the eight loaves and allow to rise for about an hour.
  11. 11
    Preheat oven to 350 degrees Fahrenheit.
  12. 12
    Cook for 25 minutes, or until the top of the loaves are golden brown.
  13. 13
    Let the bread cool until room temperature.
  14. 14
    For a delicious oat take on the Subway white bread, sprinkle the tops of the loaves with quick-cooking oats after brushing on the egg white mixture.
  15. 15
    Adapt this recipe to prepare Subway's Honey & Oats bread by adding 1/2 cup of old fashioned oats to the bread dough before rising.
  16. 16
    If you prefer a hands-off approach, you can mix all of the ingredients in a bread machine and cook on a light setting according to the manufacturer's instructions.
  17. 17
    Add a bit more flavor by sprinkling a mixture of shredded cheddar cheese, garlic salt, and Italian seasoning over the dough before baking.
  18. 18
    Recreate Subway's Parmesan Oregano bread by mixing together Parmesan cheese, oregano, and garlic salt and sprinkling it over the unbaked dough.
  19. 19
    You can also make two loaves of bread from this recipe instead of eight individual sub rolls

Mokcik x pandai nak agak panjang doh yg sepatutntya, jadi mokcik buat je la ikut kata hati. Turned out, rotinya mmg pendek2, bulat2 gitu...hehehe. Dah jadi mcm roti sosej pulak.

Mokcik ada buat stew kekacang so cicah roti ni dgn stew kekacang pon sedap!!!


Cuba buat sandwich ala2 Subway with leftover roasted chicken, sliced cheese, salad dan tomato. Dan isi banyak2 pon x boleh sbb roti pendek. Lenkali akan cuba buat roti yg panjang sikit. Tapi roti home-made yg freshly baked mmg sedap sungguh rasanya!