Thursday, October 23, 2014

Crunchy Caramel Almond




Of late I've cooked a lot of new things jugak tapi tak berkesempatan nak masukkan dalam blog. The good thing about recording what you have cooked, it helps you remember which reference did you use for that recipe. Kalau ok, senang nak rujuk lain kali dan kalau  tak ok, then next time boleh try resepi lain pulak. Takde la tersilap guna resepi yg sama kan?

Saya dah lama dok eyeing resepi crunchy caramel almond ni. Apa yang saya tau for ready-made crunchy caramel almond harganya amat la mahal. Tak heran la kalau dah bahan2nya mmg bahan2 yg mahal mcm kepingan badam dan biji bunga matahari. Dan bila tengok resepinya, resepi ni guna tepung florentine atau florenta. 

So aritu saya saja2 masuk bakery yg dekat rumah saya tu, dan tanya dia ada tak tepung florentine. Oh, happynya bila tauke cakap ada. Walaupun harganya mahal, RM17.50 utk 500g, saya tak fikir panjang terus aje grab. Juga beli sliced almonds, sunflower seeds dan black sesame seeds. Saya tambah jugak bijan biasa yg tinggal sikit dalam simpanan.

Ini la pek pembungkus tepung florentine

Saya rujuk pada resepi Kak Azlita dari blog Masam-Manis.

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Selain tu jugak biskut ni juga dikenali sebagai Biskut Florentine sebab guna tepung florentine. Saya tgk pada tulisan di pek pembungkus, tepung florentine dah siap diadun dengan gula, madu dan campuran serbuk kekacang yang dibakar. 

So bila dah ada tepung ni mmg senang la sangat kejadiannya. Just campur sebati bahan2nya lepas tu ratakan dalam pan pembakar dan bakar for 10 minit. Disebabkan tepung dah ada gula dan madu, jadi the whole thing akan caramelize bila dibakar. Saya terbakar lebih 10 minit jadi biskut saya hangit sikit...hihihi

Sepatutnya utk dapatkan kepingan yg nipis bersesuaian dengan sukatan adunan yg Kak Ita guna tu kena la pakai pan saiz 14 inci x 14 inci. Saya takde pan saiz tu so saya pakai aje la tray pembakar sedia ada. Ok jugak la. Selain tu jugak potong siap2 masa panas2 tu tapi tunggu sejuk baru boleh simpan dalam bekas kedap udara. Kalau dah sejuk, mmg tak dapek la nak potong lawa2 ye. Patahkan je la jawabnya...hihihi


So kalau rajin, boleh la buat sendiri biskut ni. Sangat sedap ok!

No comments: