Wednesday, October 14, 2015

Rendang Ayam Simple dan Sedap!


Dulu saya rasa buat rendang adalah masakan yang leceh sbb mcm2 nak kena blend. Sampai la baru2 ni saya cuba resepi rendang ayam dr blog Azie Kitchen, saya terus jatuh cinta dengan resepi ni. Sebab resepi tak payah nak kisar2, bawang2nya semua pakat2 hiris aje. Cuma cili kering tu still kena kisar la. Halia, lengkuas, kunyit masih perlu ditumbuk. But somehow mmg saya suka la resepi ni sbb ternyata mmg sedap. Dan 2-3 kali jugak saya masak rendang ayam guna resepi ni termasuk la masa raya haji baru2 ni. Mak saya cukup suka walaupun sebenarnya dia x suka makan ayam. Tapi dia dok puji sedap.....hehehe. 2-3 kali dah buat mmg licin sekejap aje.

So pada siapa yg nak cuba, kat sini saya cut & paste resepi dari blog Azie Kitchen. Terima kasih ye kak azie sbb sudi berkongsi resepi yg marvellous!



Rendang Ayam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.



1 comment:

Azie said...

Alhamdulillah. Terima kasih kerana mencuba resepi yg dikongsikan. Salam. Kak Azie