Saturday, December 11, 2010

Marmorkuchen ( German Marble Cake)


Marmorkuchen ni adalah sejenis kek tradisional kat Germany. Dimana2 saja anda boleh nampak kek ni di germany - bakery, coffee shops, groceries stores. Cake mix marmorkuchen pon byk jual kalau nak buat kek segera.

Tapi sy tak penah berminat nak beli cake mix dan or buat from scratch . Cuba makan pon x pernah. Sampai la satu hari di minggu ini, sy mencari tepung superfine sbb nak buat Soft Butter Bun dan beli tepung superfine berjenama Mondamin. Belek2 kotak tepung ni, nampak resepi Marmorkuchen dan tergerak la hati nak cuba buat based on the recipe.


Sgt senang rupanya dan kek yg dah siap dibakar cantik dan gebu. Tak sia-sia mencuba. Basically kek ni adalah kek butter saja dan mungkin lebih kurang sama dgn kek marble malaysia yg lebih colourful. Tapi sy penah cuba buat marble cake resepi malaysia, kek sy buat mmg hampeh. Yg ini perfect (at least in my eyes)...walla!

Anyway, sy ada tukar sikit method as printed on the box as sy rasa mcm x percaya aje bila instruction tu kata letak semua bahan2 (kecuali campuran koko) dan mix semua sekali. Sy masih stick tu cara yg pukul butter dan gula dulu sampai smooth, then masukkan telur satu persatu, kacau sebati dan kemudian baru masuk tepung.

Utk resepi:
Source: Kotak Tepung Superfine (Feine Speisestaerke) Mondamin

250g butter - pd suhu bilik
200g gula kastor
2 sudu teh serbuk gula vanilla ( boleh gantikan dgn 1 tsp esen vanilla)
4 biji telur
150g tepung superfine
150g tepung serba guna
3 sudu teh (diratakan) baking powder

Utk campuran koko - campur semua bahan dan kacau sebati
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar susu

Gula icing utk ditabur atas

Cara2:

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Sapu rata bekas pembakar kek (sy guna bentuk bundt) dgn sedikit butter.
2.Kacau butter dan gula dan gula vanilla dgn handmixer sampai adunan sebati.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati sampai smooth.
4. Ayakkan tepung serbaguna, superfine dan baking powder bersama2. Masukkan ke dlm adunan butter dan kacau sebati.
5. Masukkan 2/3 adunan ke dalam bekas pembakar.
6. Masukkan campuran koko kedalam lebihan 1/3 adunan dan kacau sebati.
7. Tuangkan adunan koko keatas adunan kek tadi. Kemudian lorek kek dgn garfu utk mendapatkan hasil marble (well, sy punya kek tak nampak sgt marble nya).
8. Masukkan ke dlm oven dan bakar pd suhu 175C selama 50-60 minit.
9. Bila dah siap dibakar, sejukkan. Keluarkan dr bekas pembakar dan tabur dgn gula icing.

Thursday, December 9, 2010

Soft Butter Bun


Ini resepi dr blog Hana. Inti kacang merah mmg dah lama buat, cuma rotinya tak terbuat2. Adunan ni menghasilkan 7 biji roti so cukup la utk breakfast dan bekal utk anak2 ke kindy. Hana punya roti punya la cantik dan ciut-miut. Sy punya alahai...huru-hara bentuknya.

Resepi cut & paste dr blog Hana:

RESEPI SOFT BUTTER BUN
Sumber : Channel2004 via NoorMasri

Bahan-bahan
  • 140 ml air
  • 1 butir telur
  • 30g gula kastor
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil pelembut roti
  • 250g tepung high protein
  • 50g tepung superfine
  • 2-1/2 sudu besar susu tepung
  • 1-1/2 sudu kecil yis kering
  • 30g majerin, pada suhu bilik
  • sosej secukupnya
  • Chocolate filling - hana guna inti kacang merah
  • Buah ceri untuk hiasan
  • Bijan untuk hiasan
Utk Sapuan
  • 1 biji telur + 1 sudu besar susu - campur
  • sket mentega
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan kecuali mentega dan uli sehingga membentuk doh. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga licin dan elastik. Perap doh selama 1 jam atau sekali ganda.
  • Tumbuk doh dan bahagikan kepada 55g setiap satu bahagian.
  • Ambil satu bahagian doh, gentel memanjang dan gulung pd sosej yg telah direbus. untuk bentuk2 lain rujuk blog mamafami. klik SINI
  • Susun di dalam loyang yg dilenser skit mentega.
  • Biarkan naik 2 kali ganda, sapu atasnya dgn campuran telur dan susu kemudian taburkan atasnya dgn keju cheddar.
  • Bakar pd suhu 170C selama 20 min. Bila masak sapu dgn sket mentega.

Tuesday, December 7, 2010

Toffee Cake Squares


Since hari tu dah buat kek pilihan Nabihah, this time around we made kek pilihan Nabilah pulak. Selection were made from BBC Book - Cakes & Bakes. Nama asal kek ini sebenarnya Starry Toffee Cake Squares. Starry tu sbb ada star marzipan yg dihias diatas kek tu tapi since sy takde acuan bentuk bincang, maka x boleh la pangging Starry kan...instead kami ganti dgn bentuk bunga dan hati.

Bagus buat kek ini bersama anak2 sbb mudah dan budak2 boleh shape kan hiasan marzipan. Sy tak suka marzipan sebenarnya tapi mujur la ready-made marzipan x mahal kat sini. Buat kek ini tak payah guna mixer pon, so boleh bagi kat anak2 buat. Masa tgk amaun of sugar dan syrup dlm resepi, I was thinking like "mesti manis leting ni". Tapi bila dah siap dibakar dan makan, takde la manis mana. Sedap aje rasa.

Making the shape

Real Play-Doh!

Yes, whip it up!


Utk resepi:

Bahan2:

200g butter
200g golden syrup
300g self-raising flour
1 tsp salt
200g light muscovado sugar * i used Malaysian brown sugar
3 eggs
2 tbsp milk
225g yellow marzipan
read and green food colouring
icing sugar, for dusting

Method:

1. Preheat oven to 160C. Butter and line the base of a Swiss tin roll. Gently melt the butter and syrup in a pan, stirring to combine. Cool for 15 minutes

2. Sift the flour with salt and stir in the muscovado sugar (* I melt the brown sugar together with butter & syrup). Beat in the cooled syrup mixture. Beat the eggs and milk, and combine with the flour mixture until smooth. Pour into tin and level with spoon. Bake for 40-50 minutes until risen and firm in the centre. Leave in the tin to cool for 10 minutes. Tip on to a wire rack until cold.

3. Divide the marzipan into three colours; yellow, green & red. Roll out and cut out into star shapes. Cut the cake into small squares and decorate with marzipan shapes and dust with icing sugar.

Sunday, December 5, 2010

WMF Cookware


Dulu sebelum sampai Germany, haram sy tak penah dgr nama WMF. Brand periuk yg sy kenal masa kat Malaysia, cap Buaya je kot..hahaha. Sebenarnya dulu tak penah amik peduli pon hal perihal cookware. Masa kawen la baru dpt byk hadiah2 periuk belanga dan pinggan mangkuk (hadiah standard org kawin kan?). Ipar duai sy siap hadiahkan satu set VISION cookware lagi masa tu tp sy takde la rasa excited pon. Cik HB terpecahkan satu penutup dia pon, sy rilek aje. Ni bila dah tau nilai VISION tu (bukan sbb harganya aje tapi kualitinya), sy tak sabar nak jaga elok2 VISION (skrg ada kat rumah mak sy) tu semua dan cari penutup ganti utk yg pecah tu.

Skrg, since dah byk memasak dan byk entertain tetamu, sy cukup suka dgn koleksi cookware. Nak2 kat Germany ni periuk2 dia mmg terkenal dgn kualiti yg tinggi dgn brand2 yg famous mcm WMF, Silit. What I like about these pots, it's stainless steel dan walaupun tebal, ia menyerap kepanasan pd tahap maksima selain tahan lama. Kawan sy kak liza ada periuk WMF yg dia dah guna sejak 30 thn dulu! Periuk pertama WMF sy beli pd harga 20 Euro (harga asal 80 Euro tapi sy beli dgn kupon REWE) mmg best. Time masak, pemegang periuk ni x panas pon. Sejak tu sy mmg simpan hasrat nak buat koleksi WMF.

Baru2 ni REWE come out lagi price reduction utk koleksi baru WMF Profi Select with Cromagon Protection dgn pengumpulan kupon2 pembelian brg2 dr Toom/REWE. Dan alhamdulilah, sy dpt pulak byk kupon2 percuma dr kawan2 yg x berminat nak beli WMF/terlebih kupon. Tapi sy cuma limitkan pembelian utk 4 jenis periuk aje. Hajat dihati mmg nak lagi tapi cukup2 la sbb wish-list byk lagi..hehehe. Nasib baik cik HB luluskan wish-list yg satu ini ^_^. Thank you laling!!!


WMF pots are made of the best Cromargan®, 18/10 stainless steel. That makes them durable, resistant against scratches and knocks and even when used intensively it remains indestructible. The cookware ranges in our program, moreover, take on no aroma, are hygienic and either equipped with a super sandwich base or a TransTherm® universal base for excellent cooking and roasting. All cookware is available in standard household sizes and has, moreover, a pouring rim for safe and measured pouring.


satu dah guna...hehehe

Friday, December 3, 2010

Creamy Mushroom & Shrimp Tagliatelle


Of late, pasta dah selalu jadi menu utama. Kalah org Itali agaknya :D. Sebenarnya seronok try mcm2 resepi pasta. Dari spaghetti, fusili, elbow, lasagne dan yg ini tagliatelle.

Idea utk resepi dtg dr jenis2 sos dlm buku BBC Food - pasta & noodle tapi setiap resepi ada aje bahan2 tak cukup maka sy masak la ikut resepi sendiri. And sgt simple sebenarnya. Kalau nak cantik, mushroom patut dipotong nipis2 tapin sy potong halus2 sbb kalau Nabihah nampak mushroom, mesti dia tak nak makan sbb dia tak suka mushroom. Strategi berjaya, sbb bila dia tanya apa yg nampak hitam2 dlm pasta tu, sy kata "kakak makan la lepas tu bgtau umi". Lepas tu dia makan dan kata " kakak x tau ini apa, tapi sedap, kakak makan ni". Wahhhh....finally i made her eating mushroom!

Utk resepi ini:

Bahan2:

250g tagliatelle - masak dgn sedikit minyak sehingga al-dente. Toskan.
1 sudu besar olive oil
1/2 biji bwg besar - dipotong halus
125g king prawn (yg telah dibuang kulit, sy guna frozen pack)
100g fresh button mushroom - dipotong nipis
200g double cream
1/4 cwn shredded mozarella cheese
garam dan serbuk hitam secukup rasa

Cara2:

1. Panaskan olive oil dlm pan besar.
2. Masukkan bwg besar dan goreng sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan masak sampai bertukar warna kemerahan. Masukkan mushroom dan goreng sebentar.
4. Masukkan double cream dan masak sampai mendidih.
5. Perisakan dgn garam & serbuk hitam.
6. Taburkan cheese dan kacau sebati.
7. Alihkan dr dapur dan masukkan tagliatelle yg dah dimasak dan ditoskan. Gaul sebati dgn sos.

Hidangkan semasa panas2.

Lobster Thermidor


Ini adalah gara2 tertengok lobster kat Blogresepi.com hasil masakan Ijan. Cik HB pon tengok sama, maka dia pon sama jadi terliur. Pagi esoknya lepas hantar anak2 ke kindy, kitorg pon pi la skodeng lobster kat EDEKA (pasaraya terdekat ngan rumah). Ada la frozen cooked lobster, ngan berat bersih 400g, harganya 11.99 Euro. Boleh tahan mahal! Tapi 'banker' kata for the sake of trying (sbb dah teringin sgt), moh le kita beli. Maklum la kalu kat Malaysia, lagi la mahal. Menu lobster kat Victoria Station (sebelah lobster je pulak tu) pon dah berharga RM70! Tu harga bape thn sudah...skrg tak tau la...

Tapi sy tak masak pon lobster tu hari tu. The next day pi REAL, alangkah sakitnya hati sbb tgk lobster yg sama dijual dgn harga diskaun 6.99Euro! Haih...tu la, x sabar sgt...tapi since sy x confident lagi nak masak lobster, cukup la dgn seekor dulu.


cooked lobster setelah thawed
lobster sebelum masuk dlm oven

Disebabkan lobster ini ada cheese, double cream dan sebagainya, rasa mcm x sesuai utk digandingkan dgn nasi, so sy buat creamy mushroom & shrimp tagliatelle (resepi akan menyusul kemudian) dan avocado salad. Tapi sy tak buat pon garlic cream sauce mcm yg Ijan buat tu sbb sy dah tersgt malas selepas buat benda2 yg lain. Maybe next time.

Owh! Trust me, walaupun cuma frozen, lobster ini mmg sedap! Kami sedang berkira2 nak menangkap lagi lobster yg tgh dijual murah kat REAL tu...hehehe

Resepi di ambil dr Blogresepi (thank you Ijan!)

1 medium cooked lobster
2 tbs butter
1 shallots, finely chopped * sy guna 1/2 biji bwg besar
1 3/8 cups fresh fish stock * sy guna 1/2 kiub ikan bilis dihancurkan dlm 1.5 cwn air
1/4 double cream
1/2 Hot English Mustard * sy guna Deutsche Scharf Senf
1 tbs fresh lemon juice
2 tbs chopped fresh parsley
Salt and freshly grounded black pepper, to taste
1/4 freshly grated parmesan * sy guna shredded Emmentaler cheese

Method:
  1. Cut the lobster in half lengthwise, and remove the meat from the claws and tail. Leave to one side. Remove any meat from the head and set aside. Cut the meat up into pieces and place back into the shell.
  2. Melt the butter in a large skillet over medium heat. Add the shallot; cook and stir until tender. Mix in the fish stock, and double cream. Bring to a boil, and cook until reduced by half. Mix in the mustard, lemon juice, parsley, salt and pepper.
  3. Preheat your oven’s broiler. I used 200′C.
  4. Place the lobster halves on a broiling pan or baking sheet, and spoon the sauce over the lobster meat in the shell. Sprinkle Parmesan cheese over the top.
  5. Broil for 3 to 4 minutes, just until golden brown. Serve immediately.

Wednesday, December 1, 2010

Creamy Salmon Lasagne


Ini adalah resepi diadaptasi dr BBC Book ' Good Food. Tujuan utama adalah utk menghabiskan saki baki cream cheese dan whipping cream lebihan buat cheese cake itu hari. Resepi asal calls for mascarpone cheese but skrg ni sy dah selalu buat pasta recipe, it seems to me pasta can be made in any way u like it. Sama mcm buat nasi goreng atau buat masakan mee. It's all up to your creativity. Tak caya tgk la resepi pasta on the internet. Mcm contoh utk spaghetti bolognese - ada mcm2 jenis resepi. So yes, ikut suka hati anda nak buat macamana :)

Utk resepi ini (based on the left-over ingredients)

Bahan2:

Kepingan lasagne (sy guna the non-precooked type)
broccoli florets - cut small
125g salmon steak - cut small
mozarella shredded cheese

Utk sos cream:

200g cream cheese
100g tepung gandum
150g whipping cream
100g yogurt
200 ml susu segar
2 sudu butter
garam dan pepper

1. Panaskan oven pd suhu 180C.
3. Celur sebentar broccoli dlm air mendidih. Toskan dan lalukan bwh air sejuk.
2. Panaskan butter dlm periuk dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai golden brown. Masukkan cream cheese, tepung gandum, whipping cream, yogurt, susu segar dan kacau sampai mendidih. Masukkan garam dan gula. Msak sampai pekat. Alihkan dr dapur.
4. Sapukan sedikit minyak diatas permukaan bekas casserole dan tuangkan sedikit sos cream sebagai lapisan pertama.
5. Susunkan kepingan lasagne diatas sos cream. Elakkan kepingan lasagne bertindih2. Kalau perlu patah, sila patah2kan.
6. Taburkan broccoli dan salmon diatas kepingan lasagne.
7. Tuangkan sos cream utk lapisan seterus.
8. Lapiskan kepingan lasagne lagi.
9. Tuangkan lebihan sos cream.
10. Taburkan mozarella shredded cheese.
11. Bakar pd suhu 180c selama 35-40 minit.