Sunday, August 1, 2010

Roti Jala & Kari Ayam

Sy buat kari ayam 2 hari yg lepas utk tetamu yg berkunjung ke rumah. Tapi masih berbaki satu periuk kecil. So mcm biasa, sy masukkan dlm freezer.

Then ada krisis ruang dlm freezer. Sy terpaksa mengutamakan stok daging mentah, maka harus la berbuat sesuatu utk get rid the kari ayam dgn cara yg bijak - RECYCLE!

Thus, I made roti jala utk dicicahkan dgn kari ayam.

Utk resepi roti jala sila rujuk SINI.

Utk resepi kari ayam...tunggu entry akan dtg, boleh?

Chocolate Yoghurt Cake


There was no particular reason why I made this cake. It was simply because I would like to try out new recipe, and to get more baking practice as I guess the more I bake, probably the better I would be at baking. Like people say, it's at your finger tip.

I took the recipe from Homecooking.about.com. The recipe did not have any picture enclosed - which something I don't like when taking a recipe from internet...but I had all the ingredients showed and the methods seemed easy.

So why not?

The cake is not really a WOW...but yes, it's tasty. I don't like the texture anyway because when you cut it, it breaks easily. When you eat it, it crumbles all around.


The recipe is as follows (cut & paste version)

Prep Time: 10 minutes

Cook Time: 55 minutes

Total Time: 65 minutes

Ingredients:

  • 1 Tablespoon all-purpose flour
  • 1 teaspoon Dutch-processed cocoa
  • .
  • 2 cups all-purpose flour
  • 2/3 cup Dutch processed cocoa
  • 1-1/2 teaspoons baking soda
  • 1/2 cup butter or margarine (1 stick), softened
  • 1-1/2 cups sugar
  • 2 eggs
  • 1-1/2 cups plain yogurt
  • 1 teaspoon vanilla extract

Preparation:

Mix 1 tablespoon of flour with 1 teaspoon of cocoa and dust the inside of a greased 9-inchBundt pan or tube pan with this mixture, shaking out any excess.

Sift 2 cups of flour and 2/3 cup of cocoa together with the baking soda; set aside.

In a large mixing bowl, cream the butter and sugar together. Beat in the eggs, one at a time. Add the flour mixture alternately with the yogurt, in three parts. Do not overmix. Stir in the vanilla.

Pour the batter into the prepared pan and bake in a 350 degree F/180C oven for 45 to 55 minutes, until a tester inserted in the center comes out clean. Cool for 10 minutes before inverting onto a rack to cool completely.

Yield: 8 to 12 servings

Thursday, July 29, 2010

Sausage Bun



Sebenarnya dah selalu sgt sy buat sausage bun ni. Nabihah suka sgt mkn sausage bun ni. Tapi sebelum ni x sempat nak snap gambar, tau2 sausage bun dah habis!

Kali ni pon buat sbb permintaan Nabihah dan dah ingat dr awal kali ni mesti snap gambar dan buat entry sausage bun di blog masak.

Sy guna resepi dr My Kitchen Snippets dan sgt suka resepi ini sbb rotinya sgt2 lembut. Adunan ini bukan sahaja sesuai utk sausage bun tapi utk aneka roti jenis savory.

Anyway sy x ikut method pembuatannya. Sy cuma rujuk bahan2 shj lepas tu sy masukkan semua dlm breadmaker dan select Teig Kneten (uli doh). Selection ini ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit utk proses menguli dan proses bread rise. Lepas complete, sy keluarkan doh dr breadmaker dan bahagikan doh kpd bulatan bersaiz kecil, kemudian uli memanjang (panjang mencukupi utk lilit sausage) dan lilit sausage


Utk resepi sila rujuk di SINI.

Ayam Bercili Masak Ketumbar

Tak sempat sy nak update blog masak ni dlm sehari dua ni...byk sgt hal berlaku disekeliling. Dua hari lepas kami dikejutkan dgn berita dr Malaysia tentang pemergian abg cik HB ke rahmatulallah akibat serangan jantung. Sedih rasany sbb x dpt nak menziarah jenazah....jarak yg jauh menjadi penghalang. Ini lah antara hakikat yg berat setiap perantau harus hadapi. Al-fatihah buat allahyarham Abg Ming...

Sebelum panggilan sedih tu, sy sempat masak masakan ayam ni dan dah selamat amik gambar semua. Lepas tu rasa x keruan dah. Cik HB lagi la...mmg terpancar la kesedihan dimukanya.

Resepi masakan ni antara koleksi dlm Lepak Bersama Mawar (boleh download fail PDF nya utk mendapatkan koleksi resepi ni di internet, just taip Lepak Bersama Mawar...sy dah simpan koleksi ni since 2007).

Bahan2:

1/2 kg ayam
serbuk kunyit dan garam utk digaulkan dgn ayam
6 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih*
sedikit halia*
4 sudu besar ketumbar@
1 sudu besar jintan manis@
4 sudu besar cili kisar
2 asam keping

Note:
- Kisar bahan2 bertanda * bersama2 (kisar dgn sedikit air)
- Kisar bahan2 bertanda @ bersama2 (guna blender kering)

Cara2:

1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam. Goreng ayam sampai garing.
2. Tumis bahan2 bertanda * yg telah dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan bhn2 bertanda @ dan tuangkan sedikit air jika terlalu pekat (guna api sederhana)
5. Masukkan asam keping, gula dan garam. Kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sebati.

Siap dihidang.


Tuesday, July 27, 2010

Jelajah Blog Ramadhan Ben Ashaari

Oh..Ben Ashaari muncul lagi ngan segmen baru! Jelajah Blog Ramadhan pulak!



Sy lak mcm syok pulak join benda2 ni. Yg first ari tu terkial2 nak buat, x paham pon ye. Bila tgk contoh2...baruku mengerti...hehehe. Bukan apa, best join benda camni sbb boleh dpt ramai kawan...nak2 pasal masak memasak.

Sempena bulan Ramadhan yg nak hampir tiba ni, sy nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan mohon ampun dan maaf kepada keluarga, kwn2 dan kenalan kalau ada salah dan silap x kira dr segi perbuatan ke, tutur kata ke atau penulisan ke...semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yg mulia ni.

Kepada yg sudi2 dtg blog sy ni, jemput la rasa carrot cupcake nih...


Dan sebagai cenderamata, sila la tgk2 fridge magnet dr IU Souvenir. Sy mmg suka fridge magnet. Kalau ada rezeki, sy pon nak kumpul fridge magnet dr serata dunia.



Nuccia's Penne Recipe


Hari kan Nisfu Syaaban so insyaallah hari ni sy cuba lagi melaksanakan puasa sunat. Dah posa2 camni nak masak utk lunch mmg amat malas. Mujur cik HB ari ni takde kat rumah, jadinya sy cuma perlu masak utk sikembar tu aje. Dan kalau masak utk diorg, sy suka masak jenis2 pasta.

Resepi ni sy jumpa website Pasta Recipe Made Easy . Kat situ ada mcm2 resepi utk pasta. Resepi yg sy amik ni nama asalnya Nuccia's Vegetable Penne Recipe. Tapi sbb nak bg nampak menarik utk anak2 makan, sy tambah sausage.

Resepi asal di sini.

Tapi ari ni sy terlebih rajin, maka sy translate kan resepi ke dlm bahasa melayu:
Bahan2:

200g pasta jenis penne (boleh guna jenis fusilli atau rigatoni juga)
250g tomato - sy guna 5 biji tomato ceri
200g zucchini
1/2 biji bwg besar
10 g daun basil (lebih kurang 10 helai saiz biasa)
1/2 sudu teh serbuk cili - sy guna serbuk paprika utk kurangkan pedas
minyak zaitun - jenis extra virgin
garam

* sy tambah 2 sausage daging yg dipotong nipis2



My pot of fresh basil..feeling ala2 italian gitu...ahaks...

Cara2:

1. Rebus penne dgn sedikit minyak dan garam sampai al-dente (lembut tapi x kembang). Toskan.

2. Sediakan sayur2an: kalau guna tomato biasa, buangkan kulitnya dulu (cara nak buang kulit - rendam tomato dlm air yg dididihkan selama 2 minit, lepas tu buangkan air dan koyakkan kulit tomato berhati2). Kemudian potong tomato dlm saiz 1 cm. Kalau guna tomato ceri, x perlu buang kulit. Cuma belah 4 tomato ceri.
Utk zucchini: Buang hujung zucchini, kemudian potong nipis2.
Basuh daun basil - sy potong halus2
Potong bwg besar kecil2 dan nipis.

3. Panaskan sedikit minyak zaitun dlm pan. Masukkan bwg besar dan goreng sampai kekuningan.

4. Masukkan zucchini dan 1/2 sudu teh garam. Biarkan sampai zucchini lembut. (sy masukkan sausage sekali)

5. Masukkan tomato dan masak sampai lembut.

6. Masukkan daun basil dan serbuk cili.

7. Masukkan pasta dan kacau rata. Tambah garam jika perlu.

Siap dihidang!

Tomyam Ayam


Semalam, alhamdulilah, sy berjaya menunaikan satu lagi hari puasa sunat. Tapi smlm apa ke hal tah, ptg tertido...kul 7pm baru terbgn, kalut la solat Asar pastu fikir nak masak apa (buka posa kul 9.18pm). Yg ada cuma ayam yg dok keras kejung baru keluarkan dr freezer. So benda paling senang nak buat dan cepat dimasak mesti la tomyam!

Sy cuma guna paste tomyam ready-made yg dibeli kat Kedai Asia pastu x tumis apa2 - rebus je segala bahan2.
Ni tomyam paste yg sy guna...

Resepi utk tomyam ayam sy ni:

Bahan2:

Ayam dipotong kecil dan dibasuh bersih - sy guna 2 ketul schenkel (part peha+pinggul)
2 btg serai - dititik
3-4 helai daun limau purut - dipotong besar
2 sudu besar tomyam paste
1 biji karot - dipotong pendek
2 btg seleri - dipotong kecil2
5 biji tomato ceri
1 biji capsicum kuning - dipotong kecil

Cara2:

1. Masukkan ayam, karot, serai dan tomyam paste ke dalam periuk dan isi air (ikut air nak byk mana...sy suka tomyam yg pekat). Letakkan atas dapur dgn api sederhana.

2. Bila ayam dan karot sudah empuk, masukkan bahan2 lain dan masak seketika. Tambah garam secukup rasa.

Siap!