Tuesday, February 15, 2011

Ikan Jeruk Masin


Dah lama dah simpan ikan jeruk masin pemberian Liza thn lepas masa dia nak pindah rumah. Simpan konon-konon nak buat kailan goreng masin. Tapi tak jumpa2 pon kailan. Memandangkan bulan depan dah nak balik for good, makanya kita pon masak la jugak ikan jeruk masin ni mengikut cara seadanya.

Just goreng garing, pastu angkat dan hancur2kan, kemudian goreng pulak bawang besar yg dipotong bulat, bwg putih yg dihiris2 nipis serta cili api & cili merah. Then taburkan bwg2 & cili2 atas ikan jeruk tadi. Makan ngan nasi panas2...sedappppppp...mujur la ada seketul je part kepala, kalau byk, harus la mak makan nasi tak berenti :)).


Buttermilk Pancake


Dah lama x buat pancake guna buttermilk, so mari layan buttrmilk pancake pulak. Resepi amik kat Joy of Baking. Kalau buat tebal mcm kat gambar atas tu and guna pan saiz 20cm, boleh dpt 4 keping pancake shj. Cukup la kami anak beranak sorang satu keping sbb sekeping pon dah tebal gebus. So kalau nak lebih, double the amount, ok!

Ingredients:
1 cup (140 grams) all-purpose flour
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
2 tablespoons (28 grams) granulated white sugar
1 large egg, lightly beaten
1 cup (240 ml) buttermilk
3 tablespoons (40 grams) unsalted butter, melted
Plus extra melted butter for greasing the pan.

Methods:

1. In a large bowl whisk together the flour, baking powder, baking soda, salt and sugar.

2. In a separate bowl whisk together the egg, buttermilk, and melted butter. Add the egg mixture to the flour mixture, all at once, and stir or whisk just until combined. The batter should have some small lumps. Make sure you do not over mix the batter or the pancakes will be tough.

3. Heat a frying pan or griddle over medium high heat until a few sprinkles of water dropped on the pan or griddle splatter. Using a pastry brush, brush the pan with a little melted butter.

4.Using a small ladle or scoop, pour about 1/4 cup of pancake batter onto the pan, spacing the pancakes a few inches from each other. When the bottoms of the pancakes are brown and bubbles start to appear on the top surfaces of the pancakes (2-3 minutes), turn over. Cook until lightly browned (about 1-2 minutes).

Sausage & Mushroom Pizza



The girls mmg suka makan pizza. Kalau nak cepat & mudah, beli je yg frozen kat pasaraya tapi since I am a full-time housewife adalah lebih afdal having things home-made (tapi kadang2 beli la jugak yg ready-made beli dtg angin malas ^_^).

Home-made pon bukan tangan sendiri yg menguli melainkan breadmaker jua....ngeeeeeeeeeee. Tapi yg bagusnya, buat pizza boleh dijadikan cooking project anak2, which they like it very much.

Nabilah kusyuk menyusun topping - sausage, mushroom, dan capsicum tricolor

Nabihah dan sapuan sos tomato....byk tu nak oi sos tomato kamu!

dua biji pizza siap utk dibakar

Utk resepi doh pizza, sila rujuk di SINI

Friday, February 11, 2011

Agar2 Santan Pelangi


Hari tu merayau2 kat myresepi, ternampak resepi Agar2 Santan Pelangi. Tertarik betul tgk gambar resepi yg sgt colourful, so terasa nak buat juga. Leceh la jugak buat agar2 ni utk org2 yg kurang sabar cam sy tapi seronok main dgn warna2 yg pelbagai bila menyusun lapisan agar2. Siap ngan cik HB pon turut sama nyibuk nak buat eksperimen colour. Campur warna itu ini, sudahnya jadi ntah apa2 warna.

Tapi hasilnya cantik, nak2 sbb buat dlm bekas agar2 mini yg pelbagai bentuk. Seronok aje tgk.



Utk resepi:

Bahan-bahan ( saiz bekas 25cm x 15cm )

· Bahan A

· 1 paket serbuk agar-agar

· 200 gm gula pasir

· 1000 ml air

· 3-4 helai daun pandan

· Bahan B

· 1 paket serbuk agar-agar

· 200 gm gula pasir

· 1000 ml santan

·

· Pewarna kuning, merah, hijau,oren atau apa pun warna pilihan anda

· Bekas berukuran 25cm x 15cm

Cara-cara

1. Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. (Jangan tutup api hanya perlahankan dan biarkan kedua-dua bahan terus mendidih supaya ia tidak keras).Tuang ke dalam loyang sebanyak 250ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 250ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna pilihan anda.

2. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah.

3. LAPISAN 1 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN, LAPISAN 2 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING PLAIN, LAPISAN 3 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN, LAPISAN 4 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU PLAIN LAPISAN 5 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN, LAPISAN 6 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH PLAIN, LAPISAN 7 – 250 ML AGAR-AGAR OREN SANTAN, LAPISAN 8 – 250 ML AGAR-AGAR OREN PLAIN

4. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah masukkan dalam peti sejuk. Lebih sedap dihidangkan dalam keadaan sejuk

Spiral Potato


Dah byk kali nampak Spiral Potato ni kat blog2 masak otai..kat blog Hana ada, kat blog Kerull pon penah nampak. So nak la jugak try buat sendiri sbb rupa sgt menarik.

Tgk video kat Youtube rasa sgt senang tapi bila try buat..oh! tak semudah yg dilihat. Maybe sbb tangan tak berapa nak lembut. Lapis spiral tebal2 dan ada juga yg terpotong habis...hihihi. Anyway puas hati sbb dah cuba buat sendiri.

Lunch menu anak2 . spiral potato with cheddar cheese spread,
ayam bakar mayonis & capsicum

Kalau nak buat boleh la tgk video Youtube ni:



Sandwich Avocado

Kawan sy kak liza, mempunyai byk idea when it comes to cooking. Kami dua2 jenis suka makan, makanya cerita pasal masak & makan2 mmg kebiasaan kami, pastu complain yg kami dua2 ni gemuk - pon kebiasaan jugak....hehehe

Ari tu kami ke kedai Turki dan jumpa avocado yg dijual pd harga yg murah. Kak Liza pon cadangkan kat sy buat sandwich avocado. Sedap kata dia. So, OK! Sy pon beli dan buat sandwich avocado ikut resepi kak liza.

Verdict: mmg sedap dan yg penting 'Gordon Ramsay' kata sedap.

Resepi dr Kak Liza:

Bahan2:

Roti sandwich (sy guna whole-meal)
1 biji avocado (yg dah lembik) - belah memanjang, buang biji dan kulitnya.
1/2 biji bwg besar - dipotong dadu kecil
1 sudu besar serbuk bwg putih
1 sudu besar chili flakes
sedikit garam
butter utk sapuan


Masukkan semua bahan2 (kecuali roti & butter), kedlm mangkuk dan lenyek bersama avocado sampai semuanya sebati.

Sapukan butter keatas roti, kemudian sapukan inti avocado. Potong segitiga dan hidangkan.

Monday, February 7, 2011

Berlada Ikan Bilis


Recycle dish! Nak menghabiskan segenggam kacang tanah goreng lebihan aksesori nasi lemak dan juga sambal nasi lemak yg ada dlm 3-4 sudu. Cuma tambah kentang & ikan bilis.

Kentang dipotong nipis2, kemudian digoreng garing. Ikan bilis pon digoreng garing. Tumiskan bwg merah yg dipotong halus sampai naik bau, masukkan sambal dan panaskan sebentar. Masukkan sedikit sos cili, sos tomato dan 1 sudu gula, dan sedikit air kalau kuah terlampau kering & pekat. Lepas tu masukkan kentang goreng, ikan bilis dan kacang tanah. Kacau rata sampai kering.

Makan dgn nasi panas2....