Ini dessert dari negeri Kelantan. Cik HB ngidam nak mkn dessert ni, sy x penah buat n x tau camna nak buat (kat mesia dia x penah mintak pon makanan2 camni...maklum la mak dia ada kan) maka sy pon cari la resepi kat MyResepi.
Senang je buat rupanya. Sama mcm buat kuih onde-onde cuma xde inti gula melaka didalam dan dimakan ngan kuah bersantan.
Jom tgk resepi (copy paste dr Myresepi)
Bahan2:
Adunan tepung:
- 1 kampit tepung beras pulut
- 10 helai daun pandan -diblender dan di ambil airnya- sy guna pewarna hijau shj
- sedikit air kapur- sy x guna pon
Kuah
- 1 biji kelapa (diambil santannya)- sy guna 1 kotak santan + 1 cwn susu segar 3.5%
- secubit halba
- 1/2 inci halia (dipotong halus)
- daun pandan
- gula melaka (secukup rasa)
- gula pasir (secukup rasa)
- sedikit garam
*Sy hanya guna gula pasir utk mendapatkan kuah warna putih
Cara-cara
- adunan tepung: letakkan semua tepung beras pulut kedalam mangkuk dan campurkan dengan air daun pandan serta air kapur tadi. uli sehingga doh sebati.
- ambil sedikit doh tadi dan gentel menjadi bujur dan ditekan sedikit ditengah-tengahnya ( jgn besar2). habiskan semua doh tadi dan letakkan dahulu dalam dulang.
- rebus air dalam periuk sebingga mendidih dan letakkan doh tadi sehingga doh tadi timbul, dan baru diangkat dan asingkan dahulu.
- Kuah: santan yang sudah diperah dimasukkan kedalam periuk dan diletakkan halia, halba dan daun pandan.
- selepas itu letakkan gula melaka, gula pasir dan garam. kacau sehingga sebati bahan2 tadi dan baru diletakkan doh yang telah direbus tadi.
- kacau sehingga sebati dan baru diangkat. sedia untuk dinikmati seisi keluarga....
- selamat mencuba......