Tuesday, August 25, 2009

Biji Nangka


Ini dessert dari negeri Kelantan. Cik HB ngidam nak mkn dessert ni, sy x penah buat n x tau camna nak buat (kat mesia dia x penah mintak pon makanan2 camni...maklum la mak dia ada kan) maka sy pon cari la resepi kat MyResepi.

Senang je buat rupanya. Sama mcm buat kuih onde-onde cuma xde inti gula melaka didalam dan dimakan ngan kuah bersantan.

Jom tgk resepi (copy paste dr Myresepi)

Bahan2:

Adunan tepung:
  • 1 kampit tepung beras pulut
  • 10 helai daun pandan -diblender dan di ambil airnya- sy guna pewarna hijau shj
  • sedikit air kapur- sy x guna pon

Kuah

  • 1 biji kelapa (diambil santannya)- sy guna 1 kotak santan + 1 cwn susu segar 3.5%
  • secubit halba
  • 1/2 inci halia (dipotong halus)
  • daun pandan
  • gula melaka (secukup rasa)
  • gula pasir (secukup rasa)
  • sedikit garam

*Sy hanya guna gula pasir utk mendapatkan kuah warna putih

Cara-cara

  1. adunan tepung: letakkan semua tepung beras pulut kedalam mangkuk dan campurkan dengan air daun pandan serta air kapur tadi. uli sehingga doh sebati.
  2. ambil sedikit doh tadi dan gentel menjadi bujur dan ditekan sedikit ditengah-tengahnya ( jgn besar2). habiskan semua doh tadi dan letakkan dahulu dalam dulang.
  3. rebus air dalam periuk sebingga mendidih dan letakkan doh tadi sehingga doh tadi timbul, dan baru diangkat dan asingkan dahulu.
  4. Kuah: santan yang sudah diperah dimasukkan kedalam periuk dan diletakkan halia, halba dan daun pandan.
  5. selepas itu letakkan gula melaka, gula pasir dan garam. kacau sehingga sebati bahan2 tadi dan baru diletakkan doh yang telah direbus tadi.
  6. kacau sehingga sebati dan baru diangkat. sedia untuk dinikmati seisi keluarga....
  7. selamat mencuba......

2 comments:

hantumakan said...

salam, baru prasan awak ada 2 blog.. :).. akan kerap le saya tertepek kat sini, hehe

Neny said...

welkam2!!!