Ni lauk masak utk berbuka smlm. Aiseh! Amik gambar ni guna handphone cik HB jadi gambar nampak sgt x best!
Bahan2:
250g daging
1 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil lada hitam
Sedikit daun ketumbar
Sebiji cili merah, potong serong
1 biji bawang besar - dihiris bulat2.
Cara2:
1. Potong daging nipis2. Basuh bersih2 kemudian perapkan bersama serbuk ketumbar, dan lada hitam selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
3. Masukkan daging yg diperap. Masak dgn api yg kecil sehingga empuk dan air dr daging kering.
4. Perisakan dengan garam.
5. Masukkan daun ketumbar, cili potong dan bawang besar.
6. Kacau sehingga sebati.
Siap dihidang.
No comments:
Post a Comment