Tuesday, May 21, 2013

Cantonese Yee Mee


Dalam seminggu, for dinner kalau bosan makan nasi, we would have noodles instead. I would be happy kalau the kids and the father x kisah what sort of noodles yg nak dimasak - pasta, mee goreng, mee sup, guna mee kuning ka, kuewtiaw ka, bihun ka pon xpe.

So being me, mmg suka introduce new thing and give variety to them. Bila groceries shopping, I would buy new noodles to try out. Hari tu try mee soya, then yee mee. Yee mee selalu je makan kat foodcourt tapi x penah masak.

So I tried out Cantonese Yee Mee. Sangat senang nak buat. Sy amik resepi dari SINI. Tapi saya tak ikut exactly. Sy ubah suai ikut bahan yg ada.  Dan saya tak masukkan kiub Maggi.

Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan
20 ekor udang sederhana besarnya ( saya tak letak sebanyak ni)
isi daging ayam yang telah dihiris (tak guna - ganti dgn sotong, fish cake and fish ball)
sedikit hirisan daging lembu (yang telah direbus) - tak guna
sedikit lada sulah 
2 biji putih telur (saya guna the whole egg)
2 buku pati ayam Maggi - tak guna
100 ml Air rebusan kulit udang - tak guna
Garam & serbuk perasa 



200 gm kobis cina (dipotong kecil) 
100 gm sawi hijau (dipotong kecil) 
2 ulas bawang kecil (untuk menumis) - tak guna
3 ulas bawang putih (untuk menumis) 
2 sudu makan minyak bijan 
3 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air 
sedikit minyak zaitun untuk menumis 
3 batang daun bawang - tak guna
sedikit bawang goreng untuk hiasan - tak guna

Cara penyediaan:

Masukkan bahan-bahan untuk menumis. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang. 

Biarkan mendidih.Masukkan Udang, isi ayam dan hirisan daging. Biarkan mendidih selama 10 minit.Kemudian masukkan Kobis Cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit. 

Masukkan larutan tepung jagung. Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya. Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia. 

Cadangan Hidangan: 
Boleh dihidangkan ketika masih panas kerana jika sejuk kuahnya akan membeku. 

Tambahan:
Hendaklah sentiasa mengacau kuah ketika memasukkan larutan tepung jagung kerana jika tidak dikacaukan kuahnya akan berketul ketul.

No comments: