Monday, July 29, 2013

Cheesy Mince Meat Puff Muffin


Ni dah lama dah buat. Tapi dok x sempat nak masukkan dalam blog. A recipe inspired from Pillsbury.Com. Resepi asal is called Breakfast Quiche To Go. Tapi resepi tu guna frozen spinach...kat Mesia mana nak cari frozen spinach? Kalau Cold Storage mungkin ada kot tapi kat Melaka ni I don't know where to find.

So kita pon ubahsuaikan bahan2nya. Yang penting konsep, iaitu guna frozen puff. Saya guna brand Kawan, yg tu aje pon yg jumpa. Untuk filling, saya tumis bawang Holland (yg dicincang halus) guna minyak zaitun, then masukkan daging kisar. Perisakan dengan serbuk lada hitam, sedikit serbuk oregano dan garam. Masukkan cendawan butang (dalam tin) yang dicincang kecil2. Bila dah cukup rasanya, matikan api.

Sebelum tu jangan lupa panaskan oven pada suhu 180C. Kemudiankan sediakan muffin pan yg disapu dengan minyak atau butter supaya tak melekat. Saya guna puff saiz kecil so saya masukkan sekeping kedalam setiap muffin pan. Then isikan filling yg dah dimasak tadi. Dan kemudian taburkan grated cheese (saya guna cheese utk buat pizza). Bakar selama 15-20 minit, berdasarkan kegaringan pada puff.

Sedap dimakan dengan sos cili.

Tuesday, July 16, 2013

Home Made Mango Lassi






Mango Lassi adalah minuman yg diperbuat daripada yogurt dan mangga. Popular di negara2 seperti India dan Pakistan dengarnya. Saya mula belajar minum mango lassi masa tinggal kat Jerman dulu. Ada satu restoran Pakistan yg kami suka makan nasi berianinya dan kat sini la kami kenal mango lassi. 

Kat Malaysia ni pon ada rasanya mango lassi dijual tapi jangan tanya saya kat mana. Sungguh saya tak tahu. Saya cuma terfikir nak buat sendiri aje sbb it's a matter of blending the mango slices and yogurt together with a little bit of water. 


Saya guna 2 biji mangga tempatan dari Sabak Bernam dan juga Nestle low fat yogurt, lebih kurang 1 cawan. Kemudian tambah air dan blend sampai halus. Org kata kalau dpt mangga India lagi sedap tapi rega mangga India boleh juling mata. Tak silap sebiji RM10 kot.

Lepas tu minum terus, kalau nak sejuk boleh la blend sekali ngan ais, buat ala2 smoothies.

Famous Amos Choc Chip Cookies


Suka makan Famous Amos cookies? Sy jaranggggggggggg amat membeli Famous Amos cookies disebabkan pada sy harganya teramat la mahal. Ada la kot sekali dua beli masa zaman dolu2 sbb nak sgt merasa tambahan pulak kalau lalu kat stall dia, bau cookies dibakar semerbak harum. Mmg la sgt sedap tapi nak dijadikan kebiasaan, boleh bankrupt I....hahaha.

Years ago, I remember my ex-officemate circulating this e-mail about Famous Amos charged a person RM250 for a cookies recipe. This person ingat bila cashier ckp 250, it was RM2.50 tapi setelah dpt bil credit card baru tau sebenarnya RM250. Saya agak pelik la jugak kenapa masa dia bayar tu dia x tgk resit? Agaknya jenis org yg main swipe je credit card, pastu x tgk resit dah. Luckily it is my habit always tgk balik my resit selepas selesai membayar. Ye la, mana la tau kalau terlebih charge ke, terkurang ke kan.....

For years I kept the recipe tapi tak penah try buat. Skrg bila I google this recipe, ramai yg dah try this recipe reviewed this recipe is very good. Memandangkan kita pon buat kuih raya, so kita pon cuba la. 

Resepi saya cut & paste dr Oh-My Cookie! Tapi saya cuma buat separuh aje dr resepi asal. Oh, by the way, saya guna Hersey's choc chip sbb masa shopping groceries kat Mydin saya ternampak Hersey's choc chip dan teringat kat mana tah ckp guna high quality choc chip mmg akan buat cookies jadi sgt sedap. Mahal la sikit tapi rasanya mmg puas hati. Utk chopped nuts, saya guna badam. I guess walnut lebih sedap tapi masa kat Mydin, walnut takde.

Ingredients
2 cups butter 
4 cups flour 
2 tsp. baking soda 
2 cups granulated sugar 
2 cups brown sugar 
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder) 
24 oz. chocolate chips 
1 tsp. salt 
18 oz. Chocolate bar (grated) 
4 eggs 
2 tsp. baking powder 
3 cups chopped nuts (your choice) 
2 tsp. vanilla 

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10 minutes at 375 degrees (180C)

Monday, July 15, 2013

Almond Oatmeal Cookies



Last Saturday,  just to distract the twins from focusing on their hunger because of fasting, I made a baking project with them.

Disebabkan ianya adalah adhoc baking plan, saya kena guna bahan2 yg dah sedia ada dalam stok. Yg paling patut digunakan adalah oatmeal segera yg saya beli konon2 utk buat breakfast tapi boleh kira bape kali je breakfast makan oatmeal...hehehe. 

So godek2 resepi Internet, saya jumpa resepi Almond Oatmeal Cookies dr website Cooks.com. 

It's a very easy recipe. Sebab mmg ada almond dalam simpanan, jadi boleh la buat ground toasted almond seperti dalam resepi tapi x perasan ia memerlukan 1/2 cup almond slices. But then I wasn't panic, I replaced it with sunflower seeds!

Ok, sedap saja rasanya :). But one batch of the recipe, hasilnya tak banyak. Cuma dpt setgh balang besar shj. Kalau nak buat stok kuih raya, kena buat 2-3 batches baru sesuai!

Wednesday, July 3, 2013

Creamy Chicken Fettucine



Another menu using the roasted chicken leftovers - Creamy Chicken Fettuccine! Sangat mudah dan disukai anak2. Ini adalah resepi pasta kegemaran saya masa duduk kat Jerman dulu. Tapi kat Malaysia ni slow sikit la membuatnya sbb whipping cream sgt la mahal di sini. Kat Jerman dulu sekotak hanya 30 sen (in Euro la). Kat sini aritu sy beli kat Mydin sekotak kecil dalam RM7 ++. Adoiii....

Anyway resepi mudah sy utk pasta ini:

Bahan2:

1 biji bawang besar jenis Holland - potong dadu kecil
3-4 biji cendawan shitake - sy beli jenis frozen, kemudian rendam dalam air dan potong kecil2
4-5 biji cherry tomato - belah dua
4-5 biji sweet pea - potong dua
250g pasta jenis Fettuccine - boleh guna any pasta you like - rebus sampai ala-dente
1/2 kotak whipping cream
stok ayam - sy guna stok ayam lebihan roasted chicken juga
shredded cooked chicken - I used leftovers from my roasted chicken
garam dan serbuk lada hitam.

Cara:

1. Masak pasta sehingga ala-dente. Tapiskan.
2. Panaskan sedikit olive oil.  Tumis bwg besar sampai kekuningan.
3. Masukkan cendawan shitake dan sweet pea.
4. Masukkan chicken stok. Biarkan mendidih.
5. Masukkan fettucine. Kemudian cherry tomato and shredded chicken. Kacau rata.
6. Masukkan whipping cream, kacau sebati. 
7. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Sesuaikan dgn rasa. Siap.

Budak kecik ni suka rupanya menu ni
Sedapnya kan Insyirah?

Monday, July 1, 2013

Saturday Morning Breakfast

Hasil drp roasted chicken tu, ada lebih kurang half-bird leftover. Budak2 tak makan byk, 1 quarter share berdua. Bapak budak pon mkn sikit aje sbb masa saya bawa balik roti jala, nasi impit, kari ayam ,kuah kacang dan rendang itik - lebihan makanan masa meeting hari tu. So dah makan benda2 tu, roasted chicken x bape laku. 

So what I did, de-boned the chicken meats dan tulang2/kulitnya saya rebus utk buat chicken stock. Isi ayam tu saya buat mcm2 for Saturday morning breakfast -chicken sandwich guna baguette dan bruschetta. 

Ada home-made mango yogurt drink, mushroom soup (Campbell can), 
chicken sandwich, buah2an dan bruschetta. Nanti I come out 
with individually entry for each item (except for mushroom soup la...hehehe)

I simmered the bones and fats for 2-3 hours dan dapat la chicken stock 
yg siap ada rempah ratus :). Boleh buat mcm2 dgn chicken stock ni.