Tuesday, August 26, 2014

Kidney Beans Salad with Apple Cider Vinegar & Extra Olive Oil Vinaigrette


Amboi, kemain punya panjang lagi kan tajuk resepi ni? Siap ngan bunyi2 French lagi kan? Hehehe...

Mokcik sekarang baru bermula kembali nak diet. Tu yg mencari resepi2 yg membantu ke arah proses pengurangan berat badan.

So mokcik pon cuba la buat kidney beans salad ni. Kidney beans apa eh dalam Bahasa Melayu? Kacang panggang ke? 

Tapi yg pentingnya, kidney beans salah satu kekacang yg penuh dengan kebaikan. Membantu mengurangkan kolestrol, tinggi kandungan folate dan magnesium dan banyak la lagi. Boleh baca kat SINI.

Vinaigrette pulak adalah merujuk kepada salad dressing yg menggunakan minyak sebagai asasnya. Boleh baca di SINI. In my case, saya guna extra olive oil. 

Extra olive oil dan apple cider vinegar juga merupakan antara makanan yg penuh kebaikan. Sila google sendiri la ye....hehehe. 

So utk kidney beans salad ini, saya google kat internet dan akhirnya decide to do it my own version. Untuk resepi vinaigrette, resepi asalnya di SINI tapi saya ubahsuai sbb x cukup bahan2.

Bahan2nya:

1 tin kidney beans - basuh dan toskan
1/2 biji carrot - buang kulit, basuh dan potong dadu kecil
1/2 biji capsicum hijau - basuh dan potong dadu kecil
4-5 biji tomato ceri - basuh dan potong dua
sedikit romaine salad yg dipotong kasar.

Salad dressing:

Resepi asal:

Apple Cider Vinegar Salad Dressing
Pizzeria Style Vinaigrette
Makes about 1 cup
¼ cup raw unfiltered apple cider vinegar
1 teaspoon dried oregano leaves
½ teaspoon dry granulated garlic
½ teaspoon dry mustard
¾ cup extra virgin olive oil – more or less as you like it
sea salt & freshly ground pepper to taste
In a small mixing bowl whisk together the raw apple cider vinegar, oregano, granulated garlic & dry mustard. Season with sea salt & freshly ground pepper. Then add the olive oil a little at a time and whisk until the dressing is well combined.

Saya tak guna dry granulated garlic sebaliknya ganti dengan 2 ulas bawang putih yg dicincang halus. Dry mustard juga tak guna.

Kacau sebati campuran bahan2 diatas. Sebaiknya guna whisker bagi memastikan minyak dan vinegar dapat bercampur sebati.

Hasilnya dapat banyak ni dan boleh la simpan dalam botol kaca and keep refrigerated. Boleh la digunakan 3-4 kali bergantung kepada banyaknya salad yg kita buat.

Utk sediakan salad tu....campurkan semua bahan2. Saya cuma guna separuh aje dr campuran bahan2 salad diatas utk 1 meal. Tu pon dah banyak. Romaine salad saya cuma campur masa nak makan. Selebihnya simpan kat dalam fridge. Tuangkan dalam 1-2 sudu vinaigrette tadi (atau ikut suka), then taburkan parmesan cheese utk rasa yang lebih mewah (tak letak pon takpe).

Saya ingatkan saya kena paksa diri utk makan sampai habis salad ni tapi surprisingly rasanya agak sedap jugak la. So boleh la buat selalu :)


No comments: