Friday, February 11, 2011

Spiral Potato


Dah byk kali nampak Spiral Potato ni kat blog2 masak otai..kat blog Hana ada, kat blog Kerull pon penah nampak. So nak la jugak try buat sendiri sbb rupa sgt menarik.

Tgk video kat Youtube rasa sgt senang tapi bila try buat..oh! tak semudah yg dilihat. Maybe sbb tangan tak berapa nak lembut. Lapis spiral tebal2 dan ada juga yg terpotong habis...hihihi. Anyway puas hati sbb dah cuba buat sendiri.

Lunch menu anak2 . spiral potato with cheddar cheese spread,
ayam bakar mayonis & capsicum

Kalau nak buat boleh la tgk video Youtube ni:



Sandwich Avocado

Kawan sy kak liza, mempunyai byk idea when it comes to cooking. Kami dua2 jenis suka makan, makanya cerita pasal masak & makan2 mmg kebiasaan kami, pastu complain yg kami dua2 ni gemuk - pon kebiasaan jugak....hehehe

Ari tu kami ke kedai Turki dan jumpa avocado yg dijual pd harga yg murah. Kak Liza pon cadangkan kat sy buat sandwich avocado. Sedap kata dia. So, OK! Sy pon beli dan buat sandwich avocado ikut resepi kak liza.

Verdict: mmg sedap dan yg penting 'Gordon Ramsay' kata sedap.

Resepi dr Kak Liza:

Bahan2:

Roti sandwich (sy guna whole-meal)
1 biji avocado (yg dah lembik) - belah memanjang, buang biji dan kulitnya.
1/2 biji bwg besar - dipotong dadu kecil
1 sudu besar serbuk bwg putih
1 sudu besar chili flakes
sedikit garam
butter utk sapuan


Masukkan semua bahan2 (kecuali roti & butter), kedlm mangkuk dan lenyek bersama avocado sampai semuanya sebati.

Sapukan butter keatas roti, kemudian sapukan inti avocado. Potong segitiga dan hidangkan.

Monday, February 7, 2011

Berlada Ikan Bilis


Recycle dish! Nak menghabiskan segenggam kacang tanah goreng lebihan aksesori nasi lemak dan juga sambal nasi lemak yg ada dlm 3-4 sudu. Cuma tambah kentang & ikan bilis.

Kentang dipotong nipis2, kemudian digoreng garing. Ikan bilis pon digoreng garing. Tumiskan bwg merah yg dipotong halus sampai naik bau, masukkan sambal dan panaskan sebentar. Masukkan sedikit sos cili, sos tomato dan 1 sudu gula, dan sedikit air kalau kuah terlampau kering & pekat. Lepas tu masukkan kentang goreng, ikan bilis dan kacang tanah. Kacau rata sampai kering.

Makan dgn nasi panas2....

Kepak Ayam & Cendawan Shitake Masak Lada Hitam


Minggu lepas Mat bg satu bungkus cendawan shitake frozen yg dia beli kat kedai Asia. Mat kata cendawan shitake ni cepat habis so dia dah pesan siap2 kat tauke kedai tu kalau stok cendawan shitake sampai, bgtau dia. Bila dah ada, Mat pon borong bape plastik tah, siap bagi kat sy dan Kak Liza. Terima kasih Mat!

Skrg ni sy pon dah jatuh hati ngan cendawan shitake, sedap! Hari Sabtu, Liza ajak makan kat rumah dia, dia masak ayam blackpepper dgn cendawan shitake. Oh, sgt sedap!

So semalam tiru mcm Liza masak, cuma yg kurang takde sos lada hitam mcm yg Liza guna. Sy guna kepak ayam dan pandai2 aje mengubahsuai resepi asal. Ayam x goreng patutnya tapi sy goreng dulu. Dan juga tambah kentang. Since takde sos lada hitam, sy guna sos tiram & kicap pekat, serbuk lada hitam utk menghasilkan sos lada hitam.

Bahan2:

500g kepak ayam - diperap dgn serbuk lada putih & garam selama 15 minit
5-6 ketul cendawan shitake (sy guna jenis frozen) - dibelah dua
1/2 biji bwg besar - dipotong dadu kecil
1 ulas bwg putih - dicincang halus
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu serbuk lada hitam
2-3 biji kentang - potong dadu sederhana besar

Cara2:

1. Goreng kepak ayam sampai masak. Ketepikan.
2. Tumiskan bwg besar dan bwg putih sampai kekuningan, masukkan sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan kentang. Masak sampai kentang lembut.
3. Masukkan kepak ayam dan cendawan shitake. Kacau rata dan biarkan sampai kuah pekat.
4. Matikan api dan hidangkan panas2kan.

Pad Thai


Another recipe taken from BBC Book - 101 Pasta & Noodles Dishes. Tapi byk bahan2 yg telah diubahsuai dan tak digunakan. Maybe next time try to get the right ingredients so boleh dpt rasa Pad Thai yg sebenar seperti yg terdpt dlm resepi ini.

Bahan2:

125g rice noodles (medium size)
Juice from 2 limes
1/2 tsp cayenne pepper (sy guna serbuk cili adabi)
2 tsp light muscavado sugar (sy guna brown sugar)
2 tbsp Thai fish sauce
2 tbsp vegetable oil
200g cooked peeled tiger prawns, tail shells left on
4 spring onion - tak guna, ganti dgn 1 mangkuk kecil frozen mix vegetables
140g beansprout - tak guna
25g salted peanuts, finely chopped - tak guna
small handful of coriander leaves -

Methods:

1. Put the noodles in a large heatproof bowl, pour boiling water over them and leave for 4 minutes, then drain and refresh under cold running water.
2. Put the lime juice, cayenne, sugar and fish sauce in a bowl and mix well. Have all other ingredients ready by the cooker.
3. Heat the oil and fry the prawns until warm through. Add the spring onions and noodles and toss to mix. Tip in the lime juice mixture, then stir in the beansprout and half the peanuts and coriander. Cook for 1 minute until everything is heated through.
4. Pile into a large dish, scatter with the rest of the peanuts and coriander, and serve with lime wedges and chili sauce.

Sunday, February 6, 2011

Blueberry Cheesecake Gateau


Disebabkan fresh blueberries masih lagi berbaki selepas buat Blueberry & Lemon Friands hari tu, sy pon mencari2 la resepi blueberry yg lain. Selak2 buku BBC Food - 101 Cakes & Bakes, nampak la resepi Blueberry Cheesecake Gateau. Basically, ianya adalah kek mentega yg dilapisi cream cheese frosting kemudian di taburi dgn blueberries as the topping.


Resepi:

Bahan2 utk kek:

225g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
200g mentega (pd suhu bilik)
4 biji telur saiz besar
2 sudu teh vanilla extract
1 sudu makan susu segar

Bahan2 utk filling & hiasan:

400g cream cheese
parutan kulit dr 2 biji limau nipis dan jus dr 1 biji limau nipis (sy gantikan dgn lemon)
100g gula icing
200g blueberries atau secukupnya



Cara2:

1. Panaskan oven pd suhu 180C. Sapukan mentega pd bekas acuan kek.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan
3. Pukul mentega dan gula sampai kembang dgn electric mixer kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Masukkan vanilla extract.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan sampai sebati. Masukkan susu.
5. Tuang adunan kedalam acuan kek dan bakar selama 50-60 minutes atau check dgn lidi kayu dgn mencucuknya ke bahagian tgh kek. Kek masak bila lidi yg ditarik keluar bersih (tak melekat2 dgn adunan).
6. Sejukkan kek dan kemudian potong kepada 3 lapis. Lapiskan setiap lapisan dgn cream cheese frosting dan kemudian letakkan buah blueberries di bahagian atas.

Utk frosting:

Pukul cream cheese sampai lembut, kemudian masukkan parutan kulit limau, jus dan gula icing.


Asam Pedas Style Melaka


Lagi menu ikan forelle. Cik HB dah naik menyampah dah ngan ikan ni...so semalam bila beli stok makanan, sy pon ignore la si ikan forelle dan beli ikan dorade pulak. Yg buat masak asam pedas ni stok ikan forelle terakhir dlm freezer.

Saja try asam pedas style melaka pulak. Dok melaka bertahun2 tak penah try masak asam pedas style melaka. Tapi kalau makan asam pedas melaka kat kedai2 makan kat melaka tu mmg layan la! Kedai favourite sy yg ada asam pedas kat melaka, satu kedai kat Bukit Katil ni..tapi nama kedai dah tak ingat dah. Kedai ni kalau dtg time lunch, alamat seksa la nak mencari parking dan tempat duduk. Harga pon boleh tahan la jugak mahal tapi demi kesedapan, selalu la jugak dtg makan kat kedai ni.

Try masak sendiri pon sedap gak...hehehe. Bunyi cam masuk bakul angkat sendiri tapi bila "Gordon Ramsay" makan nasi dgn byknya dgn menu ni (walaupun dia tak suka ikan forelle tu), that is the most important thing! Kalau korang ada suami yg fussy about makanan, bila dia makan dgn bersungguh2 apa yg bini dia masak, maka itu adalah satu kejayaaan ok!

Resepi sy amik kat myresepi. Tapi tak ikut semuanya...adjust mana yg patut. Daun kesum takde, ganti ngan daun limau purut. Sedap ok walau guna daun limau purut dan sebenarnya kebanyakan asam pedas melaka yg sy selalu makan guna daun limau purut dlm masakan dior (sorry org melaka kalau statement ni salah).

Here the recipe:
Source: Myresepi
Bahan2:

1 ekor ikan forelle (ikan lain pon boleh) - dikerat ikut saiz disukai

Bahan kisar:-

3 biji bawang merah

10biji cili kering

1/2 in halia

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih

1/4 sudu teh lada hitam

1/2 in kunyit hidup * ganti dgn serbuk kunyit

2 ulas bawang putih

*sedikit belacan (resepi asal takde)

Bahan tumis:-

@ 1/2 bawang besar-hiris

@ 1/4 sudu teh biji sawi * tak guna

@ 1/4 sudu teh halba

@ 2 tangkai daun kari * tak guna

air asam jawa secukupnya

air secukupnya

1 biji tomato-potong2

5 biji kacang bendi * tak guna

1 serai-diketuk

1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya (guna daun kantan dan daun limau purut)

minyak masak

garam dan gula jika suka

Cara-cara

1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.

2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.

3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.