Monday, April 20, 2015

Chocolate Chips Muffin & Home Prepared Mixed Nuts


I have been making this chocolate chips muffin for many times but I realized that I have not put the recipe in here. It's a marvellous recipe by Nigella Lawson. Very easy peasy! And the kids love it.

Because it's easy peasy, I let this little girl helped me out with the batter :)

And she's so happy to be able to help :)

So whenever they asked for chocolate chip muffins I would always use this recipe for I know it wouldn't failed and surely is delicious.

Resepi saya amik dari SINI:

Ingredients

1 3/4 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon baking soda
2 tablespoons best quality cocoa powder
3/4 cup superfine sugar
3/4 cup semisweet chocolate chips, plus 1/4 cup for sprinkling
1 cup milk
1/3 cup plus 2 teaspoons vegetable oil
1 egg
1 teaspoon pure vanilla extract

Directions

Special equipment: Muffin tin with paper muffin cases

Preheat the oven to 400 degrees F.

Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug. Mix the dry and wet ingredients together, remembering that a lumpy batter makes the best muffins. Spoon into the prepared muffin cases. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top and then bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


And while having the muffins baked, I made my own mixed nuts. I mixed raw cashews, walnuts and almonds together on a baking tray and roasted them for about 10 minutes in the oven (under the muffins tray). I am trying to make the family eat more nuts as nuts are good for general health. Buying the ready made mixed  nuts like Tong Garden is very expensive and one pack of mixed nuts is not much. Though the raw nuts is expensive as well, it is much worth than a pack of ready made and I get a lot more. After roasting and the nuts cooled, I added the raisins.

So I got this much of mixed nuts....banyak ke sikit ke...cepat je licin!

Wednesday, April 15, 2015

Butter Prawn


Baru2 ni try lagi buat Butter Prawn. Dah banyak kali dah try masak Butter Prawn tapi selalunya mengecewakan sbb instead of jadi floss, dia jadi scrambled eggs macam kat SINI.

Kali ni ada banyak la jugak kemajuan. Sekurang2nya egg floss tu menjadi la jugak, tak la jadi scrambled eggs lagi...hehehe. Cuma dia terlebih garing, tak cantik kuning keemasan macam floss kat restoran. Sebabnya masa menggoreng floss tu, minyak berbuih2 so tak tau samada floss dah menjadi ke belum. Bila angkat2 dah garing. Next time mungkin kena goreng sekejap aje.

Kali ni jugak saya guna resepi Kak Azlita Masam Manis. So saya cut & paste resepinya kat bawah:

BUTTER PRAWN TERLAJAK LARIS

15 ekor udang segar yang besar atau sederhana besar. ( jumlah bergantung pada besar keluarga)
Buang bahagian yang tajam di muncungnya, di atas kepala dan di bahagian ekor dengan gunting.
Guntingkan juga kakinya
Guntingkan cengkerang belakang dan belah, keluarkan selaput atau tali hitam di situ
Kemudian cuci bersih udang dan toskan airnya.

Tambahkan
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar tepung jagung atau tepung kentang

gaulkan semua bahan ini bersama udang.
Panaskan minyak yang banyak, dan goreng udang secara terendam hingga merah keemasan.
Angkat udang dan toskan minyaknya.
Ketepikan

Bahan Floss ( kuning telur)
4 biji kuning telur
1/2 sudu teh secukup rasa / serbuk pati ayam
secubit garam
secubit gula
3 tangkai daun kari di raut 

Pukul semua bahan kecuali daun kari bersama kuning telur
Dalam kuali panaskan 1 senduk minyak jagung dan 1/2 buku butter
Bagi mereka yang menjaga kesihatan, kalau tak nak guna butter guna semua minyak jagung pun boleh
Panaskan minyak dan butter.
Tuangkan kuning telur dengan kaedah mengangkatnyanya pada kedudukan yang tinggi dan bila ia jatuh dalam kuali tu ia halus.
Sementara itu senduk telah tersedia di tangan sebelah lagi untuk segera mengacau.
Bila dah tuang terus kacaiu dengan belakang senduk tanpa henti.
Kemudian masukkan daun kari dan terus kacau hingga ia berbuih
Bila dah kekuningan, tuangkan dalam tapis dan tuskan minyaknya.
Ketepikan 

Ada dua kaedah nak buat floss ni, satu menggunakan api yang panas. Dan satu kaedah lagi menggunakan api yang perlahan. Terpulang pada anda nak ikut cara yang bagaimana. Di bawah ini ita kongsikan video dari Datin Hasnah yang di kongsikan oleh Rocky Dzul di Yutube. Kaedah ini adalah dengan menggunakan api yang perlahan.

Cuma nak ingatkan, resepi Butter Prawn ni menggunakan minyak dan mentega yg banyak jadi agak tak bagus la utk kesihatan. Plus, udang pon tinggi kolestrol. Sesekali makan takpe la ye...


Monday, April 13, 2015

Thai Spaghetti Seafood


Antara menu kegemaran saya kalau pergi Secret Recipe adalah Thai Seafood Spaghetti nya. Sedap sgt kat tekak saya. Tapi nak makan selalu kat Secret Recipe mmg tak mampu la. Sebelum kecoh GST nak dikenakan, harga sepinggan Thai Seafood Spaghetti (TSS), dalam RM17.90 (x termasuk cukai). Sebelum tu lagi dalam RM14.90.

Terbaru, right before GST dikuatkuasakan, harga sepinggan dah jadi RM22.90! I guess harga tu dinaikkan utk cover service charge tax yang akan dimansuhkan bila GST bermula. Pandai kan diorg ni? Belum apa2 dah naikkan harga siap2!

Nak buat macamana kan? Tak suka dengan harga baru jangan la pi makan. Meh kita cuba masak sendiri. Macam biasa Google la sumber rujukan. Masalahnya banyak sgt versi Thai Seafood Spaghetti, tak tahu yang mana satu yg akan bagi rasa mcm Secret Recipe punya.

Antara yg saya terpikat adalah 2 resepi dibawah. (sila klik utk ke website asal)

Spicy Seafood Spaghetti

Thai Seafood Pasta

The first one tu ada guna Thai Basil, which I believed bahan yg ada dalam TSS Secret Recipe. Yg kedua pulak takde Thai Basil, dia guna pes tomyam, daun limau, serai dan mcm2.

I decided to adapt the recipe on my own:

Saya buat cara ini:

1 peket pasta (saya guna fettucini)
Makanan laut - saya guna udang dan sotong. Udang tu dibuang kulitnya.
4-5 ulas bawang putih - di cincang halus
1 sudu pes tomyam (Boleh tambah lagi kalau suka pedas2)
Segenggam tomato ceri - belah dua
Sedikit capsicum hijau - potong dadu
Segenggam daun selasih (Thai Basil)

Cara2:

1.Didihkan air yg dicampur minyak dan garam dalam periuk yg agak besar. Bila air dah mendidih, masukkan pasta dan masak sampai al-dente (dah lembut tapi jangan sampai lembik). Toskan airnya dan simpan sikit air rebusan utk memasak.

2. Tumiskan bawang putih tadi. Saya guna minyak zaitun utk menumis. Tumis sampai naik bau

3. Masukkan pes tomyam dan goreng sampai garing

4. Masukkan makanan laut, masakkan sekejap. Kemudian tomato ceri dan masakkan sedikit layu.

5. Masukkan pasta dan kacau rata. Masukkan capsicum dan daun selasih. Kacau rata. Masukkan sedikit air rebusan tadi kalau pasta nampak kering. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam. Agak2 semuanya dah secukup rasa dan sebati, boleh la matikan api dan dihidangkan

Well, to be honest, rasanya tak dapat la sama mcm TSS Secret Recipe tu. Tapi sedap la jugak. Nanti akan try lagi resepi2 yang lain utk dpt TSS mcm Secret Recipe punya.

Menu ni jadi bekal sekolah anak2 saya that is why saya tak buat pedas2.

Sunday, April 12, 2015

Daging Kaprau


Dah lama saya intai resepi Daging Kaprau ni dari blog Kak Gee aka Fauziah Samad. Banyak dah resepi dia yg saya cuba dan kebanyakannya tak mengecewakan. Tapi saya bertangguh nak buat daging kaprau ni sbb takde daun selasih atau Thai Basil yg menurut Kak Gee bahan utama yg buat resepi daging kaprau rasa sungguh sedap. 

Tu yang tahun lepas saya mula tanam sendiri pokok selasih demi nak mendapatkan daunnya yg segar utk masak resepi ni. Tapi pokok selasih saya asik diserang serangga perosak. Jenuh berperang dan akhir2 ni la baru naik cantik.


Ni la daun selasih bagi yg tak kenal. Gambar pokok lupa nak amik.

Resepi daging kaprau copy & paste entry Kak Jee:

BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.



Biar daging masak sampai air nak kering. 

Memang sedap lauk ni makan dengan nasi panas2. Cik HB saya yg cerewet tu siap tambah nasi berkali2...hehehe. Nampak mcm masak kicap tapi rasanya lain sangat2. 

Wednesday, April 8, 2015

Ayam Panggang Rosemary & Bawang Putih


Rasanya tak banyak beza ayam panggang saya kali ni dgn ayam panggang yg saya masak sebelum INI. Cuma kali ini instead of tumbuk bawang putih, saya cuma lenyekkan each ulas dengan pisau, lepas tu masukkan kat bahagian dalam kulit ayam. Bahan2 perapan yg lain masih sama - rosemary (jenis kering), blackpepper, olive oil, garam dan hirisan lemon.

Cara bakar aje berbeza sikit. Saya selalunya letak ayam dalam tray pembakar tapi kali ni just letak atas grill dan pasang kipas oven. Sebab effectnya dikatakan sama dgn rotisserie chicken (mcm ayam bakar golek Kenny Roger's tu semua). Jangan lupa cover dengan tray bawah grill tu, nanti susah nak cuci lemak2 ayam tu semua. Lagipon the fat drips boleh digunakan utk buat gravy ayam tu. Tapi hari tu saya malas, saya guna Heinz sauce saja sebagai gravy


Memang puas hati hasilnya! Ayam masak sekata selepas 1 jam dibakar pada suhu 180C.

Wednesday, March 4, 2015

Congo Bars



Baru2 ni saya mencuba resepi Congo Bars yang sgt popular dikalangan blogger masakan dan juga di Instagram. 

Bahan2nya mudah dan cara nak buat juga mudah. Congo bars ni not exactly kek tapi tak juga brownies. So I guess it's between cake and brownies kot!



Saya guna resepi dari blog Masam-Manis. So resepi cut-pastenya mcm di bawah:

CONGO BARS
by: Rima

Ingredients
2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened - I used 150g Anchor brand butter
1 lb. light brown sugar (Oh my and thank you!) - I used 320g
3 eggs
1 tsp vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - I used 250g chopped valrhona (55%)
1 cup chopped pecans (optional) - I didnt use.. dont feel like it

By mixer
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170C for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake!


Friday, February 13, 2015

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut


Ini kali pertama saya masak siput sendiri on my own. Masak lemak cili api siput sedut memang kegemaran cik HB dan anak2. Kalau makan kat kedai nasi campur, ada menu ni, memang menu ni menu wajib. Tapi tau je la kan kalau makan kat kedai...harganya mahal.

So cik HB tanya saya "U boleh ke masak macam ni?


I told him "well I can try...tapi you la kena basuh bersih2 dan ketuk muncung dia".


Which dia kata takde masalah.

Kebetulan pulak, kat pasar Durian Tunggal memang ada jual siput sedut ni. Saya beli tak tanya harga sebenar tapi jumlah harga utk seikat sayur kangkung dan sepeket 1kg siput sedut adalah RM10.50.

Which in my opinion, agak mahal la jugak. Patut la kat kedai makan pon jual mahal.

Then siput sedut ni memang banyak la selut dia. Cik HB kept his promise...berapa kali tah proses basuh, buang selut tu dibuat. Siap sental dengan berus lagi! Lepas tu rendam dengan air garam dan biarkan 1-2 jam. Tapi siput sedut tak mati2. Siap merayau keluar lagi dr besen. Saya mmg penggeli bab ni tapi anak2 excited tgk siput bergerak2.

Lepas 2 jam, boleh tgk siput memuntahkan lagi kotoran yang ada dalam losongnya. Kemudian cik HB ulang lagi proses mencuci lepas tu ketuk muncung atasnya utk buang bahagian lebih kurang 3 ruas dr muncung atas. Ini utk mudahkan proses menyedut bila nak makan nanti. Kalau x buang muncung atas tu, alamat sedut angin je la...hehehe.

Kalau rujuk resepi masak lemak cili api siput sedut di internet, kebanyakan yang share resepi akan campur dengan sumber sayuran yang lain. Macam cik Mat Gebu dia campur dengan keladi. Yang lain2,  ada yang campur dengan peria, ada jugak dengan nenas, macam2 la.

Bak kata blogger masakan favourite saya, Kak Gee "kita yang buat dia, suka kita la nak bubuh apa"

Hehehehe....saya suka tagline tu.

Resepi yang saya guna kali ini datang dari kak Azlita Masam Manis yang dia masak dengan pucuk ubi. Tapi saya pulak tak campur apa2 bahan sayuran lain. Saya rujuk resepi kak Azlita utk bahan2 asas dan cara memasak. 

Lainnya masakan masak lemak cili api resepi ini, masak lemaknya ditumis terlebih dahulu. Selalunya masak lemak cili api setau saya tak perlu tumis. Then ada tambah halia. Mungkin utk hilangkan bau hanyir siput sedut. 

Lepas tu saya punya versi saya tambah daun kunyit utk mengharumkan lagi masakan.

Resepi cut & paste dr blog Masam Manis.

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

1 kg siput sedut
2 ikat pucuk ubi * saya tak guna
5 ulas bawang merah ~ kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
2 inc halia ~ kisar halus
15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
2 batang serai ~ di titik
500 ml santan 

Siput sedut di berus hingga bersih
Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
Potong bahagian ekornya
Cuci bersih dan toskan 

Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
Rebus hingga empuk, angkat dan toskan

Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan santan, serai dan siput
Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
Masukkan pucuk ubi
Perasakan dengan garam
Masak hingga kuah sedikit pekat
Sedia di hidangkan

Alhamdulilah, cik HB dan anak2 kata sedap sangat masakan saya. Inilah yg isteri2/mak2 nak dengar kan? Biar berpenat-lelah memasak, asalkan suami dan anak2 gembira dengan masakan kita.