Tuesday, April 13, 2010

Kek Gula Hangus

Lama betul x update blog ni. Masak gak mcm2, amik gambar semua tapi bila bab nak update kat blog, jadi malas. Byk tul koleksi gambar masakan terbaru terperap aje.

Kek gula hangus ni x berapa nak jadi sebenarnya. Menurut kata pakar, bahagian yg gelap berongga (yg dibahagian atas tu) patutnya memenuhi separuh dr kek. Tapi x berapa jadi pon, rasanya sgt sedap. Resepinya mudah. Cara buat pon mudah!

Resepi dia sy amik dr Almari Resepi :
Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam . Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

No comments: