Ada sekali tu sy ke flohmarkt dan terjumpa strawberi dijual dgn harga yg murah. Utk 3 kotak 500g harganya baru 1Euro. Tapi of course la kualitinya x berapa nak bagus, sbb tu la dijual dgn harga yg murah. Sy beli sbb sy dok fikir nak buat kek topping strawberi lagi.
End up sy pilih utk buat muffin. Sbb strawberinya rasa masam. Kalau buat muffin, sy fikir mesti la rasa masam itu terlindung di balik rasa mentega, tepung etc.
Sedap jugak strawberi muffin ni, rasa masam strawberi x mempengaruhi pon. Resepinya sy amik dr All Recipe :
Bahan2:
1/4 cwn minyak canola (sy guna sunflower oil, any vegetable oil should be ok)
1/2 cwn susu segar
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh baking powder
1/2 cwn gula putih
1 3/4 cwn tepung serba guna
1 cwn strawberi segar yg telah dipotong kecil.
Cara2:
1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sapukan minyak pada tin acuan muffin atau guna kertas acuan muffin.
2. Dlm satu mangkuk kecil., campurkan minyak, susu dan telur. Pukul dgn menggunakan mixer pd kelajuan rendah.
3. Dlm mangkuk besar, campurkan tepung, garam, baking powder dan gula. Masukkan strawberi. Kemudian tuangkan adunan minyak, susu dan telur. Kacau sebati.
4. Isikan adunan kedalam bekas muffin. Bakar pd suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan selama 10 minit. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment