Sy beli sos hoisin baru2 ni for the sake of trying. Sos hoisin berasal dr China dan antara bahan2nya adalah keledek, beras, air, gula, kacang soya, cuka, garam, bwg putih dan cili merah.
Rasanya seakan2 rasa taucu, cik HB pula kata rasa mcm budu...boleh?
Resepi ni sy adaptasi dr website Grouprecipe tapi sy ubah ikut style sy dan bahan2 yg ada sbb resepi yg asal pd sy complicated dan terlalu byk bahan.
Versi sy:
Bahan2:
500g udang sederhana (king prawn)
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji bwg putih - dicincang halus
kacang panjang - dipotong pendek2
1 biji cili merah- dipotong serong
Bahan perap:
1/2 inci halia - dibuang kulit dan dipotong nipis2
1/2 cwn jus limau nipis
2 sb minyak bijan
2 atau 3 sb sos hoisin
2 sb kicap cair
1 biji bwg putih dicincang halus
Bahan sos:
1 sb gula
Jus dr lebihan perapan udang
1/2 cwn air
2 sb tepung jagung
2 sb sos hoisin
Cara2:
1. Perap udang bersama bahan2 udang selama 10 -30 minit.
2. Campurkan semua bahan2 sos kedalam sebiji mangkuk dan kacau sebati.
3.Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali, tumiskan bawang besar dan bwg putih sehingga layu.
4. Masukkan udang, kacang panjang dan cili potong.
5. Masukkan bancuhan bahan2 sos. Tambah air jika terlalu pekat. Tambahkan garam/gula jika rasanya tidak seimbang. Masak sehingga bahan2 empuk.
Hidangkan.
No comments:
Post a Comment