Wednesday, April 10, 2013

Asparagus Goreng & Udang


Dah berapa lama dah dok usha sayur asparagus yg dijual kat Mydin. Setiap kali nak membeli dok fikir 'mahalnya la rega dia'. Ye la, sekilo RM13 gitu, sama rega dgn harga bawal hitam youuu!

Tapi at last amik gak seikat. Seikat rupanya dlm RM3 lebih aje. So bila balik rumah, terus buat stir-fry dgn udang dan sos tiram.

Versi stir-fry asparagus sy:

Bahan2:

- 1 ikat asparagus - dipotong sedikit bahagian bwh yg keras, cuci dan dipotong2 ikut panjang yg anda suka.
- sedikit udang saiz L - buang kulit dan cuci bersih
- 3 ulas bwg putih - dihiris halus
- 1 sudu besar sos tiram

Cara masak:

1. Panaskan sedikit minyak masak, dan tumiskan bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan udang dan masak sekejap.
3. Masukkan asparagus dan sedikit air supaya x kering sgt. Masak sampai asparagus lembut tapi jgn lama sgt nanti layu.
4. Masukkan sos tiram, kacau sebati dan biarkan sekejap.

Siap utk dihidang.

1 comment:

Ahmad Suhaimi said...

Hari ini saya nak masak stir fry asparagus dgn udang dan sos tiram versi saya pula ! Beli aparagus dua ikat dkt pasar tani hari minggu lepas ! Susah nak dapat bekalan !