Wednesday, April 10, 2013

Savory Breakfast Muffin


One of the missions this year - makan secara sihat dgn bahan2 yg sihat. Secara beransur2, sy dah beralih kepada whole-meal ingredients. Selain beras merah, sy guna tepung whole-meal jugak utk buat pancake, cucur dan muffins. Tapi xde la all the time sbb budak2 ni agaknya tau perbezaan rasa antara tepung putih dan whole-meal, jadi x berapa nk mkn sgt. Beras merah tu pon jenuh pujuk suh mkn. So kena la masak selang-seli.

Savory muffins ni sy buat utk breakfast. Rasanya agak bland sikit, maybe sbb garam sikit sgt. Tapi sedap bila dicicah ngan sos cili.

Resepi ni sy amik dari website mana tah, lupa nk take note the link. 

Bahan2:

2 cawan tepung whole meal
1 cwn tepung gandum serbaguna
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh garam
2 biji telur
1 1/3 cawan buttermilk (boleh guna susu biasa + 1 sudu cuka dan dibiarkan dlm fridge utk semalaman)
3 sudu besar minyak zaitun (extra virgin olive oil)
2 sudu besar mentega - dicairkan
1 cawan daun bawang - porong halus
3/4 cawan sosej yg dipotong dadu
1/2 cawan keju parut
1/2 cawan capsicum merah yang didadu

Cara2:

1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Satukan bahan2 kering (tepung2, garam) dan gaul rata.
3. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, minyak zaitun dan mentega.
4. Buat lubang ditengah2 campuran bahan kering, dan tuangkan campuran telur, susu. Gaul sebati.
5. Kemudian masukkan bahan2 lain dan gaul sebati.
6. Letakkan dalam bekas muffin samada guna acu kertas atau kalau nk guna muffin tin terus pon boleh. Tapi sapukan dulu minyak masak terlebih dulu so muffin x melekat bila dah masak. Sy tabur extra cheese on top of muffin nk bagi lagi cantik and cheessy.
7. Bakar selama 20 minit.

No comments: