Wuuuu....lamanya x update blog masak ni. Dah lebih setahun gitu. Nak buat cemana, mengandung lepas tu bersalin, lepas tu dpt keje pulak. So imagine la how busy life is nak juggling between menguruskan anak2, keje2 rumah dan keje.
But I am still missing my cooking days. Selalunya bukan x masak, still masak tapi simple sgt2, nak masuk dlm blog pon segan. Jarang nak try resepi baru. Jarang ada masa nak masak comprehensively, weekend pon selalu xde kat rumah. Ada la sekali dua buat resepi baru tp takde masa pulak nak masukkan dlm blog.
Macaroni prawn cheese ni sy masak sbb anak sy Nabilah suka sgt mkn ni masa gi Secret Recipe. Tapi tahu je la, mahalnya la kos makan kat Secret Recipe so x boleh la dijadikan kebiasaan. Sesekali pegi utk special occasion ok la. So baik la try masak sendiri.
Thanks to this blog, dapat la resepi yg dicari2. Sedap kata Nabilah. And since buat satu bungkus macaroni 500g, sungguh la banyak hasilnya. So bg kat adik sikit and kawan opis sikit. Kos buat pon lebih kurang harga sepinggan macaroni prawn cheese kat secret recipe tapi of course lebih berbaloi sbb ramai boleh mkn.
Resepi (cut & paste dr TotCupCakes tapi diubahsuai mengikut kesesuaian):
Bahan2:
1 peket makaroni (direbus dan di toskan)
10 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan dipotong 2)
sedikit cendawan shitake (yg ini sy tambah sendiri)
2 cawan susu cair
4 keping cheese cheddar
1 cawan mozzarella cheese
4 sudu besar butter (macam biasa.. lagi mahal lagi sedap)
4 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu sos lada hitam * sy guna serbuk lada hitam
gula + garam secukup rasa
Cara2:
1. Cairkan butter dan masukkan tepung dan kacau sebati
2. Masukkan susu dan kacau sebati.
3. Masukkan udang dan cendawan shitake.
4. Kacau sampai kuah pekat. Masukkan cheddar cheese.
5. Masukkan macaroni.Kacau sebati kemudian masukkan shredded mozarella cheese.
6. Perisakan dgn garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.
7. Bila dah siap, boleh la dihidangkan dgn menuangkan sedikit olive oil dan lada sulah.
No comments:
Post a Comment