Tuesday, May 21, 2013

Cantonese Yee Mee


Dalam seminggu, for dinner kalau bosan makan nasi, we would have noodles instead. I would be happy kalau the kids and the father x kisah what sort of noodles yg nak dimasak - pasta, mee goreng, mee sup, guna mee kuning ka, kuewtiaw ka, bihun ka pon xpe.

So being me, mmg suka introduce new thing and give variety to them. Bila groceries shopping, I would buy new noodles to try out. Hari tu try mee soya, then yee mee. Yee mee selalu je makan kat foodcourt tapi x penah masak.

So I tried out Cantonese Yee Mee. Sangat senang nak buat. Sy amik resepi dari SINI. Tapi saya tak ikut exactly. Sy ubah suai ikut bahan yg ada.  Dan saya tak masukkan kiub Maggi.

Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan
20 ekor udang sederhana besarnya ( saya tak letak sebanyak ni)
isi daging ayam yang telah dihiris (tak guna - ganti dgn sotong, fish cake and fish ball)
sedikit hirisan daging lembu (yang telah direbus) - tak guna
sedikit lada sulah 
2 biji putih telur (saya guna the whole egg)
2 buku pati ayam Maggi - tak guna
100 ml Air rebusan kulit udang - tak guna
Garam & serbuk perasa 



200 gm kobis cina (dipotong kecil) 
100 gm sawi hijau (dipotong kecil) 
2 ulas bawang kecil (untuk menumis) - tak guna
3 ulas bawang putih (untuk menumis) 
2 sudu makan minyak bijan 
3 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air 
sedikit minyak zaitun untuk menumis 
3 batang daun bawang - tak guna
sedikit bawang goreng untuk hiasan - tak guna

Cara penyediaan:

Masukkan bahan-bahan untuk menumis. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang. 

Biarkan mendidih.Masukkan Udang, isi ayam dan hirisan daging. Biarkan mendidih selama 10 minit.Kemudian masukkan Kobis Cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit. 

Masukkan larutan tepung jagung. Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya. Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia. 

Cadangan Hidangan: 
Boleh dihidangkan ketika masih panas kerana jika sejuk kuahnya akan membeku. 

Tambahan:
Hendaklah sentiasa mengacau kuah ketika memasukkan larutan tepung jagung kerana jika tidak dikacaukan kuahnya akan berketul ketul.

Thursday, May 16, 2013

Seafood Fettucine


Sebenarnya saya tak tau nak namakan apa ngan resepi ni. Sebab ni resepi olahan saya sendiri. Saya teringin nak makan pasta. Then ada pulak leftover mushroom gravy yg sy buat utk gravy Spiced Orange Roasted Chicken. Saya punya perangai, saya x suka simpan leftover lama2. Mesti nak recycle secepat mungkin.

Hence, sy terfikir la resepi ini!.

Mudah aje, saya rebus fettuccine macam biasa. Toskan. Kemudian sy cincang halus 2 biji bawang putih. Tumis dalam sedikit minyak zaitun, then masukkan bawang putih cincang tadi. Goreng sampai naik bau. Masukkan sotong dan udang (yg dah dikupas kulit). Tuangkan sos leftover gravy tadi dan kacau. Kalau kering, sy tambahkan sedikit air. Then masukkan capsicum merah dan hijau yg dah didadukan. Akhir sekali masukkan fettucine yg dah direbus. Gaul sebati. Kalau tawar, tambahkan garam. tapi saya tak tambah pon sbb gravy tu dah cukup rasa.

Hidangkan panas2.

I tell you, anak kembar saya makan sampai habis pasta ni :).

Spiced Orange Roasted Chicken



Few days ago I tried a new recipe of roasted chicken taken from Taste.com.au.

It's a nice recipe. Senang dan rasanya sedap. I made mushroom gravy from the roasted chicken's dripping fat and ate it along with cassava(ubi kayu) hash brown (beli frozen from Tesco) dan juga salad romaine.

Utk resepi ayam panggang yg saya ubahsuai sikit dari resepi asal:

1 ekor ayam (potong 4)
1/3 cawan jus oren segar
1/3 cawan madu
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih (resepi asal guna 2ulas, sy tambahkan lagi sbb saya suka bwg putih)
3 sudu kecil ketumbar biji (resepi asal guna serbuk ketumbar, saya xde serbuk ketumbar, jadi guna biji aje)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil kunyit
1 biji oren, di potong bulat nipis

1. Tumbuk bawang putih dan biji ketumbar sederhana halus.
2.Perapkan semua bahan2 dengan ayam (kecuali hirisan oren). Saya perap waktu pagi dan masak utk dinner. Boleh juga perap semalaman.
3. Letakkan ayam dalam roasting pan dan susun hirisan oren atas ayam. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit.

Utk mushroom gravy:

Tuangkan lebihan minyak/lemak yg ada pada roasting pan ke dalam periuk. Bancuh 1 sudu kecil tepung jagung dgn sedikit air dan kacau supaya menjadi paste. Panaskan minyak tadi dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau supaya tak berketul2. Masukkan susu rendah lemak sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg disukai. Masukkan cendawan butang yg dihiris nipis dan serbuk lada hitam, juga garam secukup rasa.

Utk salad:

Not much in the making. Just guna salad romaine, timun jepun, capsicum merah, jus limau nipis dan gajus. Just mix everything and you have your salad :)



Sunday, May 5, 2013

Sup Mee Soya


Few days ago pegi Jusco and tgk2 kat bahagian 'Items to Clear', saya jumpa Mi Lidi Soya dijual pada separuh harga. Sepeket cuma RM1.80 kot kalau x silap. Cuma tarikh luput dia dah dekat la which is 30 June 2013. Tak kisah la asal belum expired. Tapi kena masak cepat sbb simpan2 kang tak teringat nak masak, tau2 nanti dah expired..nangesss

Saya belum penah try lagi mee soya. Green tea noodles penah la. But no harm in trying kan...tagline dia pon -your key to better health.


So what I did with this noodles, masak ikut arahan kat peket pembungkus which is didihkan air kemudian masukkan mee ni dan masak lagi selama 5-6 minit. Saya tak ikut time pon sebenarnya. Saya ikut cara masak spaghetti, bila rasa mee tu dah lembut, matikan api dan tos airnya. Lepastu rendam balik dgn air sejuk so ianya x melekat2. Mee ni mmg agak melekat2. Rasa dia mcm kenyal2 sikit. Ada rasa mcm mee telur jugak.

Untuk makan mee ni, saya buat sup sayur2an campur seafood balls dan crab sarimi. Nak bagi pedas, boleh hiris cili api.  Alhamdulilah anak2 suka.

Cara saya buat sup boleh tgk kat SINI