Monday, April 13, 2015

Thai Spaghetti Seafood


Antara menu kegemaran saya kalau pergi Secret Recipe adalah Thai Seafood Spaghetti nya. Sedap sgt kat tekak saya. Tapi nak makan selalu kat Secret Recipe mmg tak mampu la. Sebelum kecoh GST nak dikenakan, harga sepinggan Thai Seafood Spaghetti (TSS), dalam RM17.90 (x termasuk cukai). Sebelum tu lagi dalam RM14.90.

Terbaru, right before GST dikuatkuasakan, harga sepinggan dah jadi RM22.90! I guess harga tu dinaikkan utk cover service charge tax yang akan dimansuhkan bila GST bermula. Pandai kan diorg ni? Belum apa2 dah naikkan harga siap2!

Nak buat macamana kan? Tak suka dengan harga baru jangan la pi makan. Meh kita cuba masak sendiri. Macam biasa Google la sumber rujukan. Masalahnya banyak sgt versi Thai Seafood Spaghetti, tak tahu yang mana satu yg akan bagi rasa mcm Secret Recipe punya.

Antara yg saya terpikat adalah 2 resepi dibawah. (sila klik utk ke website asal)

Spicy Seafood Spaghetti

Thai Seafood Pasta

The first one tu ada guna Thai Basil, which I believed bahan yg ada dalam TSS Secret Recipe. Yg kedua pulak takde Thai Basil, dia guna pes tomyam, daun limau, serai dan mcm2.

I decided to adapt the recipe on my own:

Saya buat cara ini:

1 peket pasta (saya guna fettucini)
Makanan laut - saya guna udang dan sotong. Udang tu dibuang kulitnya.
4-5 ulas bawang putih - di cincang halus
1 sudu pes tomyam (Boleh tambah lagi kalau suka pedas2)
Segenggam tomato ceri - belah dua
Sedikit capsicum hijau - potong dadu
Segenggam daun selasih (Thai Basil)

Cara2:

1.Didihkan air yg dicampur minyak dan garam dalam periuk yg agak besar. Bila air dah mendidih, masukkan pasta dan masak sampai al-dente (dah lembut tapi jangan sampai lembik). Toskan airnya dan simpan sikit air rebusan utk memasak.

2. Tumiskan bawang putih tadi. Saya guna minyak zaitun utk menumis. Tumis sampai naik bau

3. Masukkan pes tomyam dan goreng sampai garing

4. Masukkan makanan laut, masakkan sekejap. Kemudian tomato ceri dan masakkan sedikit layu.

5. Masukkan pasta dan kacau rata. Masukkan capsicum dan daun selasih. Kacau rata. Masukkan sedikit air rebusan tadi kalau pasta nampak kering. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam. Agak2 semuanya dah secukup rasa dan sebati, boleh la matikan api dan dihidangkan

Well, to be honest, rasanya tak dapat la sama mcm TSS Secret Recipe tu. Tapi sedap la jugak. Nanti akan try lagi resepi2 yang lain utk dpt TSS mcm Secret Recipe punya.

Menu ni jadi bekal sekolah anak2 saya that is why saya tak buat pedas2.

1 comment:

adda syuhada said...

sedapnya spaghetti....