Rasanya tak banyak beza ayam panggang saya kali ni dgn ayam panggang yg saya masak sebelum INI. Cuma kali ini instead of tumbuk bawang putih, saya cuma lenyekkan each ulas dengan pisau, lepas tu masukkan kat bahagian dalam kulit ayam. Bahan2 perapan yg lain masih sama - rosemary (jenis kering), blackpepper, olive oil, garam dan hirisan lemon.
Cara bakar aje berbeza sikit. Saya selalunya letak ayam dalam tray pembakar tapi kali ni just letak atas grill dan pasang kipas oven. Sebab effectnya dikatakan sama dgn rotisserie chicken (mcm ayam bakar golek Kenny Roger's tu semua). Jangan lupa cover dengan tray bawah grill tu, nanti susah nak cuci lemak2 ayam tu semua. Lagipon the fat drips boleh digunakan utk buat gravy ayam tu. Tapi hari tu saya malas, saya guna Heinz sauce saja sebagai gravy
Memang puas hati hasilnya! Ayam masak sekata selepas 1 jam dibakar pada suhu 180C.
No comments:
Post a Comment