Thursday, May 7, 2015

Asam Pedas Ikan Pari


Ini adalah salah satu menu kegemaran keluarga - ASAM PEDAS!

Seminggu sekali mesti saya akan masak asam pedas, kadang2 ikan kembung, kadang ikan tenggiri dan yg dalam gambar tu ikan pari.

Disebabkan sekarang saya memasak waktu pagi utk juadah makan tengahari anak2 yang skrg ni dah tak stay kat transit. Dan kalau ada baki utk makan malam, jadi asam pedas ni antara menu yg sesuai sbb dia tak mudah basi. So kalau nak makan utk makan malam pon ok lagi. Kalau masak lemak tak berapa sesuai sbb menjelang petang dah basi.

Yang saya masak tu, aksesori cuma tomato aje sbb bendi, terung takde dalam simpanan. Tu yang rasa perlu bersungguh2 tanam bendi dan terung sbb bila nak masak boleh petik aje dari pokok. Tapi dah berapa kali saya cuba tanam bendi dan terung tak menjadi. Belum rezeki agaknya.

Utk resepi sama je dengan pos saya sebelum ni  boleh tengok ni - ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

2 comments:

Nik Azidah said...

Sedap tu asam pedas...lebihan kuah kadang2 sy guna untuk masak maggi hehe...

Neny said...

oh ye ke? selalunya sy masuk freezer aje lepas tu recycle tambah ikan baru :)