Thursday, May 29, 2014

Mee Kari Ala Nyonya

Dua hari lepas saya jemput 2-3 kawan terdekat utk meraikan harijadi anak2 kembar saya. Buat kecil2an saja sbb tak mampu dari segi kudrat dan masa nak buat majlis besar2.

Antara menu yg dimasak - mee kari ala nyona!


Resepi mee kari Nyonya saya cedok dari blog Dari Dapur Kak Jee tapi saya ubahsuai sikit ikut apa saya suka...hehehe. Bukan apa, ada byk versi mee kari Nyonya yg ada di Internet, salah satunya guna daun kesum dan bunga kantan, jadi saya teringin nak makan mee kari yg guna daun kesum dan bunga kantan. Resepi Kak Jee takde daun kesum dan bunga kantan. Cuma bahan2 tumisan tu yg saya ikut resepi Kak Jee. Then resepi kak Jee x letak udang dan kerang dalam kuah kari, kerang letak as accessories. Tapi sbb kerang yg saya beli pon x banyak mana, saya letak je sekali dalam kuah kari, begitu jugak dengan udang.

Hasilnya mmg sedap!


Untuk resepi: (Sumber Asal: Dari Dapur Kak Jee)

Bahan2 tumisan:

1 cawan rempah kari Baba's
1/2 cawan cili kering yg dikisar
8 ulas bawang putih*
1 genggam penuh daun kari
4 biji buah keras*
belacan (sebesar ibu jari)*
4 batang serai (diketuk)

Bahan2 bertanda * ditumbuk halus

Bahan2 lain:

sedikit daun kesum
1 btg bunga kantan (dibelah memanjang)
1/2 ekor ayam - dipotong kecil2
udang
kerang (isi sahaja)
Fish ball (dibelah 2)
Tauhu goreng
Santan (saya guna 2 kotak kecil santan)
Mee kuning (dicelur dan ditos)

Bahan2 hiasan:

Sawi (dipotong dan dicelur)
Taugeh (dicelur)
Bawang goreng

Cara2:

1. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sampai wangi. Masukkan cili kisar. Masak sampai garing.
2. Masukkan rempah kari, daun kari, serai dan kacau rata. Masukkan 1/2 cawan air. Masak sampai jadi paste.
3. Bila paste dah wangi, masukkan ayam dan kacau rata. Masak sampai terbit air ayam. Lepas tu masukkan dalam 2 cwn air atau ikut kepekatan yg disukai. Bila dah mendidih, masukkan santan. Masa ni saya masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak sampai mendidih dan pecah minyak. Lepas tu boleh masukkan tauhu kering, fishball, kerang dan udang. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit gula utk balance kan rasa dia. Dah masuk kerang dan udang tu jangan masak lama2...nanti hilang manis dia. Matikan api.

Boleh la hidangkan dengan mee kuning dan bahan2 hiasan lain.


Tuesday, May 27, 2014

Berlada Ikan Bilis, Kacang Tanah & Kentang



Disebabkan ada lebihan kacang tanah goreng dan ikan bilis hasil pembuatan nasi lemak minggu lepas, maka mokcik kena la memikirkan cara utk recycle leftover ni.

Of course, the best is buat berlada!

Dan tambah kentang yg dihiris nipis2, lepas tu goreng garing. Cara mokcik buat berlada: tumbuk bawang putih dan bawang merah. Tumiskan sampai garing, masukkan 1-2 sudu cili kisar (ikut suka bape banyak, tapi jangan banyak sgt). Masak cili kisar sampai garing dan pecah minyak...kalau kering sangat tambah air sikit. Then tuangkan sedikit sos cili dan sos tomato. Kacau lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan kacang tanah, ikan bilis dan kentang goreng. Kacau sebati dan masak sampai kering.

Boleh la dimakan dengan nasi panas2 dan boleh juga simpan utk beberapa hari.

Monday, May 19, 2014

Sambal Goreng Jawa stail Kak Jee


Again, I declare I am a Jawa's food lover though I am not Javanese nor being married to one....hehehe. Sambal goreng jawa is all-time favourite selain soto, tempe goreng dan banyak lagi.

One of the cooking blog saya suka skodeng, is blog Dari Dapur Kak Jee aka Fauziah Samad.  Seronok baca cooking adventures Kak Jee sbb dia suka cerita details cara memasak dan bagi tips2 yg berguna. Aritu skodeng entry makanan Jawa dan tgk resepi sambal goreng jawa Kak Jee berbeza dari sambal goreng yg biasa saya buat.

Bezanya kak Jee masak sambal jawa gorengnya, dia letak lengkuas dan serai yg ditumbuk masa menumis. Lepas tu kak Jee ada masukkan sikit santan pekat. Dia tak jadi berkuah pon, setakat buat bahan2 sambal goreng ni melekat2.

Sedappppppppppp sgttttt

So kalau nak try, pi la jenguk blog Kak Jee utk resepi sambal jawanya

Thursday, April 24, 2014

Heinz BBQ Roasted Chicken



Roasted chicken kali ini adalah versi malas...hehehe.

Sebabnya perap ayam semata dgn sos BBQ Heinz, takde bahan2 lain...saja nak try apa rasanya ayam panggang berperisa BBQ. 


Sos BBQ Heinz ini mempunyai cop halal, jadi berani la membelinya...kadang2 kat Malaysia ni walaupun negara Islam kena berhati2 jugak...sbb banyak processed food yg takde cop halal....kat Jusco agak banyak juga items yg takde cop halal. Dan bukan semua barangan Heinz ada cop halal. Saya pernah terbeli sos salad yg takde cop halal, balik rumah baru perasaan so ke cik tong la itu sos salad....huhuhuhu.


Saya perap ayam ni (seekor yg dibelah dua utk cepatkan proses memasak) semalaman. Bila nak panggang, saya letak sekali kentang yg digaul garam dan oregano. Tapi lepas 1 jam pon kentang x jugak lembut. Kena guna kentang jenis Russet baru boleh buat gini sbb kentang Russet isinya lebih lembut. Kalau guna kentang biasa, rasanya kena rebus separus empuk baru bakar bersama ayam.


The reason why I made roasted chicken, selain utk menu keluarga, I know akan ada lebihan isi ayam. Org2 dalam rumah ni prefer bahagian bertulang dari bahagian isi mcm bahagian dada. So boleh la guna the leftover for my bekal opis. Mcm gambar kat atas tu, saya guna the leftover utk buat inti quesadillas dan juga roasted chicken salad.

Sunday, April 20, 2014

Nasi Beriani & Kambing Beriani


Nasi Beriani Faiza bersama kambing beriani, ayam masak merah, acar karrot & timun dan papadom ini saya dah masak berminggu yg lalu tapi baru ni la nak masukkan dalam blog.

Zaman saya duduk kat Jerman dulu, saya cukup rajin mencuba resepi2 baru (pada saya) dan sesuatu yg saya tak pernah masak. Kat Jerman la pertama kali saya masak nasi beriani la, nasi kerabu la, nasi daging la. Jadi tak jadi belakang kira, janji saya dah cuba :). 

Bila dah balik Msia, kerajinan tu dah makin slow la...nak2 pula dah kembali bekerja. Hari2 masak benda yg sama lebih kurang. Bila betul2 dtg seru, baru la saya masak resepi2 baru dan complicated. 

So recently saya masak nasi beriani. Guna rempah Faiza, cara masak pon ikut arahan pada pek pembungkus. Masa kat Jerman saya guna rempah nasi beriani Shan. Saya pernah masak Nasi Beriani Kambing dan Nasi Beriani Ayam. Dua2 nasi beriani ni saya masukkan kambing/ayam masa masakkan nasinya. 

Tapi kali ini saya masak nasi dan lauknya berasingan. Utk masak nasinya, saya ikut arahan pada pek pembungkus rempah beriani. 

Rempah beriani 

Untuk kambing beriani pulak saya ikut resepi dr Koleksi Lepak Bersama Mawar yang dah bertahun saya simpan, tapi baru ni je nak try...hehehe


Resepinya complicated tapi saya tak follow sangat. Saya buat ikut suka aje so resepi dia is more like a guideline. Tapi utk yg nak mencuba saya masukkan disini buat rujukan. Resepi asal utk 2kg daging lembu/kambing tapi saya cuma buat utk 1kg kambing jadi saya jadikan semua sukatan separuh aje.


Bahan2:

2kg daging lembu /kambing
4 sb rempah beriani
4 biji bawang besar - ricik dan goreng garing
10 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah*
50 gram halia*
(bahan2 bertanda * dikisar bersama)
5 kuntum bunga cengkih**
5-6 bunga lawang **
5-6 buah pelaga **
2 btg kulit kayu manis**
1 biji buah pala kering **(saya x guna)
(bahan2 bertanda ** digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
2 tangkai daun pudina***
4 tangkai daun sadri***
4 tangkai daun bawang***
(bahan2 bertanda *** dimayang halus)
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 sb tomato puree
100g kismis
150g gajus - digoreng (saya x guna)
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair utk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan minyak masak dan 3 sb minyak sapi utk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali rempah kasar yg dikisar halus

Cara2:

1. Potong daging agak2 dalam 4-5 inci. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama daging. Perap dalam 1 jam.

2. Kemudian masukkan rempah yg telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng serta gajus. Biarkan diatas api sehingga daging empuk.

3. Masukkan tairu dan biar diatas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan guna minyak tersebut utk dijadikan tumisan Nasi Beriani (saya tak guna).

Rasanya berbaloi juga susah payah buat nasi beriani ni walaupun complicated sbb cik HB makan bertambah2 dan anak2 juga suka. Utk Nabihah yg x makan daging, saya buatkan ayam masak merah utk digandingkan dengan nasi beriani.


Wednesday, April 2, 2014

Masak Lemak Ikan Jenahak Dgn Nenas


Takde yg special masak lemak ikan jenahak dgn nenas ni tapi saja seronok nak upload ke blog sbb nak kasi blog masak ni updated. Lagipon mana tau mendatangkan idea kepada sesiapa yg menjengah ke sini. Saya selalu gitu la...bila keputusan idea nak masak apa, saya akan jenguk2 blog masakan yg banyak kat internet ni. Kekadang masakan simple tu la yg menarik perhatian.

Resepinya sama macam INI ye!

Wednesday, March 19, 2014

DARADIF Chicken Burger

Sudah agak lama juga kami sekeluarga  memboikot McDonald's. Sebab pertamanya kerana isu Palestin-Israel dan McDonald's adalah penyumbang utama kepada kerajaan Israel. Keduanya makanan McDonald's ternyata tak sihat and even Jamie Oliver juga membongkar habis2an hal ini sampai berjaya menang saman ke atas McDonald's. Boleh baca di SINI.

Kalau diikutkan, dulu2 kami mmg penggemar McDonald's. Burgernya yg pelbagai, ayam goreng yg sedap, aiskrimnya lagi.....tapi kalau sedap dimulut dan tekak tapi memudaratkan kesihatan diri, sila2 la insaf ye!

Cuba tgk video Youtube ni yg menunjukkan betapa x normalnya makanan McDonald's.


Sebenarnya byk lagi makanan segera yg x sihat tapi buat masa ini hanya McDonald's saja la yg kami mampu boikot sepenuhnya.

Juga makanan2 process lain.

Tapi sesekali masih ingin makan burger. Ada masa boleh buat patties sendiri tapi mokcik kebanyakan masa mmg takde masa...hehehe.

Kat pasaraya ada byk pilihan burger patties...nak murah pada jumlah yg banyak, nak yg mahal pada kuantiti yg sikit pon ada.

Being health concious, saya memilih kepada yg berkualiti dan walaupun agak mahal dibandingkan dengan banyak lagi jenama burger patties, pada saya it's ok, sbb it's an investment for health. Yg murah dan banyak tu selalunya penuh dengan lemak dan bahan2 tambahan yg tak asli.

So saya akan beli burger DARADIF ini kalau saya nak makan burger segera di rumah. It is made from quality lean meat. Memang agak mahal. Utk 4 keping is RM10 lebih kurang kalau nak dibandingkan dengan burger jenama Ramly's yg 10 keping RM5 je lebih kurang.

Camni la kotak pembungkus patties Daradif. Boleh didapati di pasaraya2 terkemuka.


Dan untuk penyediaan lebih sihat, jangan goreng patties tu dengan minyak yg banyak. Memadai dengan grill aje dan splash sikit2 dengan olive oil


Pastu assemble la burger tu dengan roti burger, mayonese, salad, timun, tomato, cheese, cili sos and whatnots. Burger buatan sendiri patutnya lebih mewah dr apa yg dijual diluar sana. Kalau nak sihat, jangan makan dgn kentang goreng tapi saya buat la jugak kentang goreng sbb anak2 suka.