Monday, March 1, 2010

Ayam Masak Bali


First time sy makan masakan ni masa kawan sy, Suharti bawa ke rumah sy thn lepas masa sy buat jamuan makan. Sejak tu nak try masak sendiri, tapi everytime nak masak ada je bahan yg missing padahal bahan2 tu basic saja.

Masakan ni rasa dia ala2 rendang cuma xde santan. Resepi sy amik dr MyResepi. And i cut and paste here kot2 ada yg malas nak pi klik kat link tu.

Bahan-bahan

  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah,
  • Ayam (sedap guna bahagian dada)
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap
  • minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo - Sy guna sambal oelek
  • asam keping - sy x letak sbb sambal oelek dah mmg ada cuka so ianya dah provide rasa masam
  • serbuk kunyit

Cara-cara

  1. blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo)
  2. Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
  4. Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
  5. kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
  6. Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.
  7. Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh. Juga sesuai unutk dihidangkan masa openhouse/sebagainya.
  8. Biasanya saya gunakan bawang dengan agak banyak kerana most of my family suka rempahnya, ia sesuai untuk bekal perjalanan yang jauh(tidak cepat basi)

No comments: