Walaupun kurma typical masakan melayu, sy nak record down jugak resepi sy:
Bahan2:
1/2 ekor ayam - potong ikut saiz bersesuaian dan basuh bersih
3 sudu besar rempah kurma - bancuh dgn sedikit air
3 biji bawang merah - potong halus
2 ulas bawang putih - potong halus
1 inci halia - potong halus
Sedikit rempah tumis - buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih & bunga lawang
1/2 tin santan
1 gelas susu
2 biji kentang - belah empat
2 biji tomato - belah empat
3 sudu besar kacang tanah tumbuk (optional)
Daun ketumbar (optional)
Directions:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih, halia dan rempah tumis. Masak hingga kekuning2an atau naik bau
2. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuhkan dgn sedikit air. Kacau rata. Kalau agak kering, tambahkan sedikit air.
3. Masukkan ayam, kentang dan santan. Biarkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan tomato dan kacang tumbuk. Kacau rata.
6. Matikan api dan masukkan daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment