Friday, March 5, 2010

Bakso

Dulu masa sy keje area Yong Peng/Batu Pahat, agak kejawaan la menu makanan sy hari2....hahaha. Tempe tu makan hari2 pon x jemu. Bakso pon sama. Hari2 kalau boleh nak breakfast ngan bakso aje! Sedap weh....nak2 beboola daging dia yg kenyal2 tu.

Baru2 ni sy try buat bakso sendiri. Hmmm...bakso sy x berapa best. Tak tau la samada resepi yg x best atau cara sy buat yg buat ia jadi x best. Bebola daging sy x berapa kenyal and kuah dia pon rasa plain sgt. Takpe la...nanti sy cari resepi yg lain tgk cemana pulak.

Utk bakso ni, sy amik resepi dr Myresepi:

Bahan2:

Utk bebola daging:
400g daging cincang
2 biji bwg merah - rincik halus
2 ulas bwg putih - rincik halus
1/2 biji telur - sy guna 1 biji
1 sudu kecil tepung ubi/jagung
sedikit serbuk lada sulah dan garam

Utk kuah/sup:
3 biji bwg merah -dihiris nipis
3 ulas bwg putih *
1/2 inci halia*
1 sudu kecil lada sulah (biji) *
1 btg serai diketuk
1 sudu besar pati daging/ayam
sedikit serbuk lada sulah dan garam

Lain2:

Bihun - dicelur
Taugeh - dicelur
Kubis - dihiris halus
Kuah kicap cili api

Cara2:

Kuah:
1. Tumbuk bahan2 bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai.

2. Masukkan air, pati daging/ayam, serbuk lada sulah dan perasa (sy x masuk)

Bebola daging:
1. Gaul semua bahan2 utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat sebesar guli (atau saiz yg disukai). Bila dah siap dibentuk, masukkan kedalam kuah yg sedang dimasak. Kuah siap bila bebola daging timbul.

Cara makan:

1. Masukkan sedikit bihun yg sudah dicelur kedalam mangkuk. Sendukkan kuah dan bebola daging. Letak sedikit taugeh dan kubis. Makan dgn kuah kicap cili api.

No comments: