Wednesday, June 23, 2010

Ayam Goreng Lemon Style Mamak

Masa buat makan2 sempena birthday party baru ni, sy buat Ayam Goreng Lemon style Mamak ini jugak. Resepi di ambil dr Myresepi. Sedap ayam goreng especially bila makan panas2. Sama mcm ayam goreng berempah sbb ada byk rempah ratus, cuma yg lebihnya ada yogurt dan jus lemon. Lagi lama perap lagi sedap. Masa menggoreng, gunakan kepanasan sederhana. Kalau api kuat, kat luar aje nampak garing, kat dlm x masak lagi. Sy aritu , on dapur heat tinggi, sekali tgk kat dlm x masak. So kena goreng lagi sekali, tu nampak terlebih garing.

Bahan-bahan utk 1 ekor ayam
1) 2 inci halia
2) 6 ulas bawang putih
3) 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
4) 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - ti
5) 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
6) 1 biji lemon atau limau nipis
7) 4 sb yogurt
8) 3 helai daun kari
9) 1/2 biji bawang besar - dimayang
garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menggorang

Cara-cara
1.blendkan bawang putih dan halia.
2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup
3. goreng sampai masak.

No comments: