Wednesday, June 9, 2010

Kerutuk Daging


Masa abg ipar and biras sy berkunjung ke sini bulan Mac lepas, diorg bawakan sekali rempah-ratus dr Kelantan termasuk la rempah kerutuk. Sy mmg x reti masak kerutuk, x sure rasanya cemana tapi dek kerana cik HB sy adalah ore kelate maka sy bertekad jugak nak try masak kerutuk. Resepi berlambak kat internet, lebih kurang aje namun ada yg berbeza dr segi sukatan dan bahan2. Bab paling malas adalah penggunaan kerisik.

Kalau nak buat kerutuk, kerisik adalah crucial. Sy xde ready-made kerisik (tp baru ni my beloved Kak Liza baru pulang dr Malaysia, dia bg sy berpeket2 ready-made kerisik.... hehehe...suka2). So nak tak nak, sy buat jugak la kerisik menggunakan kelapa parut kering. Nasib baik sy ada kelapa parut yg sgt halus, so sy goreng kelapa kering sampai garing, kemudian blend guna pengisar kering.

Kerutuk sy ni masak utk dinner sbb masa tu expecting tetamu, tp bila tetamu sampai, diorg kata diorg sgt kenyang sbb baru je makan. Cik HB makan tp x komen apa2. Sy pon malas nak tanya sbb takut dgr komen yg x memberansangkan. Then kerutuk tu buat lauk nasi lemak utk breakfast the next morning dan rasa sungguh berbaloi membuatnya bila Ain & Cik Dee yg berasal dr Kelantan kata kerutuk sy sedap and rasa 100% kerutuk dr Kelantan. Bangga ai youuuu....hehehe. Padahal sedapnya mungkin sbb rempah kerutuk mmg dah sedap and resepi yg sy rujuk tu pon tip-top....

Utk resepi kerutuk, sy amik dr sini:

Kerutuk Daging
Sumber: MakYong myresipi

500g daging
2 sudu cili giling
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[Bahan tumis]
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kerutuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi, masak sehingga pecah minyak
5. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
6. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
7. Siap untuk dihidang.



No comments: