Wednesday, June 9, 2010

Chicken Enchiladas

Sy mula berkenalan dgn enchiladas ni masa menonton talkshow Rachel Ray. Nampak sungguh menarik bila Rachel masak enchiladas ni. Mudah pon mudah. Enchiladas ni berasal dari Mexico. Dibuat dgn tortilla yg disapu dgn sos cili dan boleh disi dgn daging ayam, lembu, kacang, makanan laut atau sayur2an. Kemudian susun dlm bekas casserole, dituangkan sos cili dan ditabur dgn keju parut dan dibakar lebih kurang 10 minit atau sehingga keju cair.

Ini kali kedua sy buat enchiladas. Kali pertama sy buat ikut resepi dr Simply Recipes. Tapi kali ni sy combined dgn resepi2 lain dan buat ikut kreativiti sy.

Resepi sy:

Bahan2:

- 2 ketul dada ayam
- campuran rempah (sedikit serbuk ketumbar, jintan putih. jintan manis, serbuk bwg putih, garam - digaul bersama2)
- kepingan tortilla
- shredded cheese (sy guna mozarella)


Utk sos cili:

- 1 biji bwg besar - dipotong dadu
- 2 ulas bwg putih - dicincang halus
- 2 sudu besar serbuk cili
- 1 tin buah tomato (preferably jenis yg dipanggang)
- garam dan gula

Sos Cili:
Kisar buah tomato dlm tin. Tumis bwg putih dan bwg besar sehingga kekuning2an. Tuangkan buah tomato yg dikisar. Masukkan serbuk cili mengikut kadar kepedasan yg disukai. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa (Gula ditambah utk mengurangkan rasa masam tomato). Tambahkan sedikit air jika sos terlalu pekat. Reneh dgn api kecil sehingga mendidih.

Panaskan oven pd suhu 180C.

Hiris nipis dada ayam kemudian taburkan campuran rempah on both sides of chicken. Grill kan diatas pan dgn sedikit minyak sehingga masak. Sejukkan kemudian carikkan isi ayam.

Ambil 1/2 cwn sos cili dan gaulkan dgn isi ayam dan 1/4 cwn shredded chesse. Ketepikan.

Panaskan kepingan tortilla didalam microwave selama 5 saat utk melembutkan supaya mudah utk dilipat.

Celup satu permukaan tortilla ke dalam baki sos cili. Kemudian letakkan campuran isi ayam, sos dan cheese. Gulungkan. Ulang dgn tortilla lain.

Susun gulungan tortilla dlm bekas casserole. Tuangkan lebihan sos cili keatas tortilla. Kemudian taburkan shredded cheese.

Bakar pd suhu 180C selama 10 minit, atau sehingga cheese cair.

3 comments:

dari~ummie said...

salam kak neny..
kan..rachel ray kalau masak apa2 pun, selalu nampak mudah aje kan..
(^_^)

Neny said...

owh, anda pon rajin tgk rachel ray? i think sbb style dia sempoi tu kot nampak senang kot ye...dah ler mulut dia cam bertih jagung...potpetpotpet...

maizalina said...

neny.. bila buat nantu potong lah nak tgk dalam nya mcm mana jadi....