Thursday, June 17, 2010

Hähnchen Schnitzel

Hähnchen Schnitzel ni adalah antara makanan yg famous kat Germany. Saya tak tahu macamana nak define namanya dalam bahasa Melayu but it´s actually adalah kepingan dada ayam yg disalut dgn tepung, telur dan breadcrumbs, kemudian digoreng dgn sedikit minyak sampai garing. Mungkin sama dgn chicken chop di Malaysia but I´m not sure cemana chicken chop dibuat. Nanti sy check resepi chicken chop dan tgk adakah sama resepinya.

Saya belajar masak Hähnchen Schnitzel ni dgn Kak Liza. Ini adalah antara menu yg saya suka buat skrg bila saya takde idea nak masak apa. Plus, kalau masak menu ni, sy boleh pastikan sikembar makan byk sikit dari biasa. Dan kali ini saya sediakan Potatoes au Gratin (resepi akan dipos di entry akan dtg) dan salad sebagai side dishes.

Resepi Hähnchen Schnitzel dr Kak Liza adalah:

2 keping dada ayam - dibuang kulit, basuh dan dipotong nipis utk memudahkan ianya masak.
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn bread crumbs
2 biji telur - dipukul
sedikit serbuk lada hitam*
sedikit serbuk bawang putih*
sedikit garam*

* Gaul bahan2 bertanda *. Amaun bergantung kepada citarasa sendiri.

Cara:

1. Panaskan 1/2 cwn minyak didalam pan.
2. Ambil sekeping dada ayam. Taburkan campuran bahan2 bertanda* ke atas kedua2 bahagian kepingan dada ayam.
3. Letakkan tepung gandum, telur yg sudah dipukul dan breadcrumbs dlm bekas berasingan. Saiz bekas perlu lah sesuai utk proses mencelup dada ayam. Susun bekas2 ini sebelah-menyebelah utk memudahkan proses mencelup.
3. Celup kedua-dua bahagian kedalam tepung gandum. Angkat dan celup kedua-dua bahagian dlm telur. Angkat kemudian celup kedua-dua2 bahagian ke dlm breadcrumbs.
4. Masukkan dada ayam kedalam minyak panas. Pastikan minyak betul2 panas, kalau tak, schnitzel tak rangup. Dapur perlu berada dlm kepanasan sederhana.
5. Goreng sehingga garing kedu-dua belah bahagian dada ayam. Angkat.
6. Ulang proses diatas utk kepingan dada ayam selebihnya.

1 comment:

dari~ummie said...

ringkasnya kak..
nampak pun sedap..boleh la cuba..=)