Monday, September 2, 2013

Masak Lemak Cili Api Ikan Senangin dgn Belimbing Buluh


Ini pertama kali saya cuba masak ikan senangin. Tak penah masak ikan senangin sebelum ini, jadi saja nak cuba nak tau cemana rasanya. Dan dah lama teringin nak buat masak lemak ikan bubuh belimbing buluh. Hari Sabtu lepas berkesempatan pegi Pasar Besar Melaka, jumpa pulak belimbing buluh, so beli la. Hajat dihati nak cuba tanam pokok belimbing buluh so that bila2 nak makan, boleh petik terus dr pokok ^_^.

Oh, stok kunyit hidup pon dah senang dapat skrg sbb saya dah tanam pokok kunyit. Tak la lebat lagi pokoknya tapi nak buat masak lemak ni dapat la amik ubi kunyit dalam 1 inci gitu. Daun pon gitu.

Cara masak: 

Tumbuk 4-5 biji cili padi kampung bersama kunyit hidup 1 inci (kalau nak pedas, tambah lagi, saya tak boleh buat pedas2 sbb anak2 nak makan). Kemudian masukkan santan (saya guna santan asli yg dibeli sebungkus RM2) kedalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yg dah ditumbuk lumat tadi. Ketuk sebatang serai dan masukkan kedalam periuk. Masak dgn api sederhana sambil sentiasa kacau kuah santan. Kalau x kacau, nanti pecah minyak. Bila dah mendidih, masukkan ikan senangin 2 ekor yg dipotong dua bersama dgn segenggam belimbing buluh yg dibelah dua memanjang. Tak perlu guna asam keping sbb belimbing buluh akan memberikan rasa masam kepada masak lemak tu. Carik2kan sehelai daun kunyit dan masukkan kedalam kuah. Masukkan garam secukup rasa dan masak seketika sampai ikan masak. Jgn lama sgt nanti ikan hancur.

Dah siap! Sedap makan dgn ikan masin yg bulat2 tu :)




Tuesday, August 27, 2013

Bread Casserole in Ramekin


I've made this quite sometime ago. It's similar to my previous bread casserole before, cuma diubahsuai mengikut bahan2 yg ada dan instead of using big casserole dish, saya guna ramekin sbb buat dalam small scale aje. Tujuan sebenarnya nak abiskan 6 keping roti whole-meal yg dah nak expired.

Resepi sama mcm dulu, which saya cut & paste dibawah ni:

Bahan2:

6 keping roti sandwich (sy guna jenis whole-meal)
2 cwn susu
4 biji telur
1/2 tin cendawan butang - dihiris nipis
1 btg daun bawang (spring onion) - dipotong halus
2 biji tomato - didadu kecil
1/2 pek kepingan sandwich meat - dipotong sederhana besar
sedikit daun thyme atau oregano kering
garam dan lada sulah secukupnya
parutan keju secukupnya.

1. Panaskan oven pada suhu 200C
2. Carikkan kepingan roti sandwich kecil2 dan letak dlm satu mangkuk besar.
3. Pukul telur bersama dgn susu, garam, lada sulah dan daun thyme. Tuangkan kedlm mangkuk berisi roti. Biarkan roti terendam dlm campuran susu utk 5 minit.
4. Kemudian masukkan cendawan butang, salami,spring onion & tomato ke dlm mangkuk roti. Kacau sebati dgn campuran roti, telur & susu
5. Tuangkan kedalam bekas casserole yg disapu dgn sedikit minyak. Kemudian tuangkan campuran tadi kedlm bekas casserole.
6. Taburkan keju parut di bahagian atas casserole dan masukkan kedlm oven.
7. Bakar selama 20 minit atau sehingga golden brown (sy terbakar lama, so bahagian atas hangit)

Friday, August 16, 2013

Sup Ikan Merah


Sup ikan merah is one of the favourite dishes in the house.

Tapi ikan merah kan makin mahal skrg ni...sesekali boleh la beli. Kalau selalu, lari budget belanja dapur...huhuhu.

Cara masak: ikut arahan pek pembungkus Sup Bunjut Ikan Adabi.

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri dgn Peria Katak


Masakan ni dah dimasak quite sometime ago. Dalam bulan puasa. Nak masukkan dalam blog tak masuk2.  Saya tertarik ngan cara masakan Kak Zu dr blog mamatiamia sbb dia suka buat masak lemak cili api ikan (apa2 jenis pon) campur dgn belimbing buluh la, petai la, peria la....

So saya pon try la buat. Selalunya makan peria katak, rebus gitu aje pastu cicah ngan sambal belacan. Buat gini kira ada option lain utk makan peria katak. For info, peria katak banyak khasiatnya especially utk kencing manis. Tapi bila dah buat masak lemak, mcm x sihat la pulak jadinya....hehehe. 

Cara saya masak lemak cili api sgt la simple dan dibuat utk small scale (dalam 3 keping ikan tenggiri saiz sederhana) : Just tumbuk cili api 5-6 biji (tak boleh buat pedas2 sbb anak2 nak makan juga) dgn kunyit hidup dalam 1-2 inci sampai lumat. Masukkan santan dalam periuk (saya selalu guna santan kotak dalam 1 kotak kecil), campurkan bahan tumbuk tadi. Ketuk sebatang serai dan masukkan sekali, guna sekeping asam keping. Guna api sederhana dan kacau santan jangan bagi pecah minyak. Dah mendidih, masukkan kepingan ikan tenggiri, kemudian peria katan yg dah dipotong2. Jangan lupa mengacau kuahnya supaya x pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa. Bila ikan dah nampak masak, masukkan sehelai daun kunyit yg dah disimpul. Masak seketika. Kemudian matikan api dan sedia utk dihidang.



Monday, July 29, 2013

Cheesy Mince Meat Puff Muffin


Ni dah lama dah buat. Tapi dok x sempat nak masukkan dalam blog. A recipe inspired from Pillsbury.Com. Resepi asal is called Breakfast Quiche To Go. Tapi resepi tu guna frozen spinach...kat Mesia mana nak cari frozen spinach? Kalau Cold Storage mungkin ada kot tapi kat Melaka ni I don't know where to find.

So kita pon ubahsuaikan bahan2nya. Yang penting konsep, iaitu guna frozen puff. Saya guna brand Kawan, yg tu aje pon yg jumpa. Untuk filling, saya tumis bawang Holland (yg dicincang halus) guna minyak zaitun, then masukkan daging kisar. Perisakan dengan serbuk lada hitam, sedikit serbuk oregano dan garam. Masukkan cendawan butang (dalam tin) yang dicincang kecil2. Bila dah cukup rasanya, matikan api.

Sebelum tu jangan lupa panaskan oven pada suhu 180C. Kemudiankan sediakan muffin pan yg disapu dengan minyak atau butter supaya tak melekat. Saya guna puff saiz kecil so saya masukkan sekeping kedalam setiap muffin pan. Then isikan filling yg dah dimasak tadi. Dan kemudian taburkan grated cheese (saya guna cheese utk buat pizza). Bakar selama 15-20 minit, berdasarkan kegaringan pada puff.

Sedap dimakan dengan sos cili.

Tuesday, July 16, 2013

Home Made Mango Lassi






Mango Lassi adalah minuman yg diperbuat daripada yogurt dan mangga. Popular di negara2 seperti India dan Pakistan dengarnya. Saya mula belajar minum mango lassi masa tinggal kat Jerman dulu. Ada satu restoran Pakistan yg kami suka makan nasi berianinya dan kat sini la kami kenal mango lassi. 

Kat Malaysia ni pon ada rasanya mango lassi dijual tapi jangan tanya saya kat mana. Sungguh saya tak tahu. Saya cuma terfikir nak buat sendiri aje sbb it's a matter of blending the mango slices and yogurt together with a little bit of water. 


Saya guna 2 biji mangga tempatan dari Sabak Bernam dan juga Nestle low fat yogurt, lebih kurang 1 cawan. Kemudian tambah air dan blend sampai halus. Org kata kalau dpt mangga India lagi sedap tapi rega mangga India boleh juling mata. Tak silap sebiji RM10 kot.

Lepas tu minum terus, kalau nak sejuk boleh la blend sekali ngan ais, buat ala2 smoothies.

Famous Amos Choc Chip Cookies


Suka makan Famous Amos cookies? Sy jaranggggggggggg amat membeli Famous Amos cookies disebabkan pada sy harganya teramat la mahal. Ada la kot sekali dua beli masa zaman dolu2 sbb nak sgt merasa tambahan pulak kalau lalu kat stall dia, bau cookies dibakar semerbak harum. Mmg la sgt sedap tapi nak dijadikan kebiasaan, boleh bankrupt I....hahaha.

Years ago, I remember my ex-officemate circulating this e-mail about Famous Amos charged a person RM250 for a cookies recipe. This person ingat bila cashier ckp 250, it was RM2.50 tapi setelah dpt bil credit card baru tau sebenarnya RM250. Saya agak pelik la jugak kenapa masa dia bayar tu dia x tgk resit? Agaknya jenis org yg main swipe je credit card, pastu x tgk resit dah. Luckily it is my habit always tgk balik my resit selepas selesai membayar. Ye la, mana la tau kalau terlebih charge ke, terkurang ke kan.....

For years I kept the recipe tapi tak penah try buat. Skrg bila I google this recipe, ramai yg dah try this recipe reviewed this recipe is very good. Memandangkan kita pon buat kuih raya, so kita pon cuba la. 

Resepi saya cut & paste dr Oh-My Cookie! Tapi saya cuma buat separuh aje dr resepi asal. Oh, by the way, saya guna Hersey's choc chip sbb masa shopping groceries kat Mydin saya ternampak Hersey's choc chip dan teringat kat mana tah ckp guna high quality choc chip mmg akan buat cookies jadi sgt sedap. Mahal la sikit tapi rasanya mmg puas hati. Utk chopped nuts, saya guna badam. I guess walnut lebih sedap tapi masa kat Mydin, walnut takde.

Ingredients
2 cups butter 
4 cups flour 
2 tsp. baking soda 
2 cups granulated sugar 
2 cups brown sugar 
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder) 
24 oz. chocolate chips 
1 tsp. salt 
18 oz. Chocolate bar (grated) 
4 eggs 
2 tsp. baking powder 
3 cups chopped nuts (your choice) 
2 tsp. vanilla 

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10 minutes at 375 degrees (180C)