Thursday, April 1, 2010

Trifle


Oh, dah 3 minggu rupanya blog ni x update. Sebabnya sy pegi bercuti selama seminggu di minggu kedua March di beberapa tempat around Europe. Bila balik lak, sibuk ngan mcm2 perkara termasuk blogging tentang percutian itu di blog sy yg lain (masih x abis2!).

Anyway, come see my trifle that I made before I went off for holiday. Made it for my brother-in-law and his wife. Sy dapat resepi dr blog Model 80-an. Tapi sy x follow exactly resepi dia, sy ubah here and there mengikut kesesuaian. Tapi trifle pon mmg pelbagai. If u look up on the internet, mcm2 resepi trifle boleh dijumpai.

Sy punya sy buat begini:

Lapis 1:

Menggunakan kek sponge ready made (sy guna biskutboden yg sy guna buat fruit-topping cake aritu), sy potong kecil2 dan susun dlm bekas casserole. Sapu seluruh permukaan kek dgn jem strawberi (sy guna 1 botol jem)

Lapis 2:

Masak 1 peket jelly mengikut arahan yg diberikan pd pek. Kemudian tuang separuh keatas lapisan jem. Simpan lagi separuh.

Lapis 3:

Tuangkan buah2an dlm tin ke atas lapisan jelly. Tuangkan kuah kastard (sy guna ready made vanilla pudding). Tapi jika tiada vanilla pudding, cara buat kuah kastard adalah begini:

Didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.

Lapis 4:

Tuangkan whipping cream ke atas kastard. Cara buat whipping cream: Pukul double cream sehingga kembang dan pekat. Taburkan kepingan kacang almond (resepi asal guna kacang macadamia. I think any nuts will do).

Lapis 5:
Tuangkan baki jelly keatas cream. Susun potongan buah peach dlm tin diatasnya. Kemudian sejukkan semalaman di dlm peti sejuk.



2 comments:

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site whatihavecooked.blogspot.com
Is this possible?

Neny said...

i dont have any problem with that...just how can we exchange when you appear as an anonymous?