Thursday, August 28, 2014

Masak Lemak Cili Api Ikan Jenahak Dgn Petai



Ini pos tertunda. Masaknya dah lama..baru sekarang nak masuk blog..hehehe

I am a petai lover (banyak tul makanan kegemaran kan?). Dulu2 tak tau pon petai boleh dimasukkan dalam masak lemak. Sampai la tertengok dalam blog Mamatiamia, baru tau rupa2nya petai pon boleh dimasukkan dalam masak lemak. Org Nismilan mmg kreatif, bukan takat petai, kedondong, mempelam muda, binjai pon rupanya boleh dimasukkan dalam masak lemak.

Resepi masak lemak cili api ni sama aje mcm saya dah pernah masak sebelum ni. Boleh tgk di SINI.

Tuesday, August 26, 2014

Kidney Beans Salad with Apple Cider Vinegar & Extra Olive Oil Vinaigrette


Amboi, kemain punya panjang lagi kan tajuk resepi ni? Siap ngan bunyi2 French lagi kan? Hehehe...

Mokcik sekarang baru bermula kembali nak diet. Tu yg mencari resepi2 yg membantu ke arah proses pengurangan berat badan.

So mokcik pon cuba la buat kidney beans salad ni. Kidney beans apa eh dalam Bahasa Melayu? Kacang panggang ke? 

Tapi yg pentingnya, kidney beans salah satu kekacang yg penuh dengan kebaikan. Membantu mengurangkan kolestrol, tinggi kandungan folate dan magnesium dan banyak la lagi. Boleh baca kat SINI.

Vinaigrette pulak adalah merujuk kepada salad dressing yg menggunakan minyak sebagai asasnya. Boleh baca di SINI. In my case, saya guna extra olive oil. 

Extra olive oil dan apple cider vinegar juga merupakan antara makanan yg penuh kebaikan. Sila google sendiri la ye....hehehe. 

So utk kidney beans salad ini, saya google kat internet dan akhirnya decide to do it my own version. Untuk resepi vinaigrette, resepi asalnya di SINI tapi saya ubahsuai sbb x cukup bahan2.

Bahan2nya:

1 tin kidney beans - basuh dan toskan
1/2 biji carrot - buang kulit, basuh dan potong dadu kecil
1/2 biji capsicum hijau - basuh dan potong dadu kecil
4-5 biji tomato ceri - basuh dan potong dua
sedikit romaine salad yg dipotong kasar.

Salad dressing:

Resepi asal:

Apple Cider Vinegar Salad Dressing
Pizzeria Style Vinaigrette
Makes about 1 cup
¼ cup raw unfiltered apple cider vinegar
1 teaspoon dried oregano leaves
½ teaspoon dry granulated garlic
½ teaspoon dry mustard
¾ cup extra virgin olive oil – more or less as you like it
sea salt & freshly ground pepper to taste
In a small mixing bowl whisk together the raw apple cider vinegar, oregano, granulated garlic & dry mustard. Season with sea salt & freshly ground pepper. Then add the olive oil a little at a time and whisk until the dressing is well combined.

Saya tak guna dry granulated garlic sebaliknya ganti dengan 2 ulas bawang putih yg dicincang halus. Dry mustard juga tak guna.

Kacau sebati campuran bahan2 diatas. Sebaiknya guna whisker bagi memastikan minyak dan vinegar dapat bercampur sebati.

Hasilnya dapat banyak ni dan boleh la simpan dalam botol kaca and keep refrigerated. Boleh la digunakan 3-4 kali bergantung kepada banyaknya salad yg kita buat.

Utk sediakan salad tu....campurkan semua bahan2. Saya cuma guna separuh aje dr campuran bahan2 salad diatas utk 1 meal. Tu pon dah banyak. Romaine salad saya cuma campur masa nak makan. Selebihnya simpan kat dalam fridge. Tuangkan dalam 1-2 sudu vinaigrette tadi (atau ikut suka), then taburkan parmesan cheese utk rasa yang lebih mewah (tak letak pon takpe).

Saya ingatkan saya kena paksa diri utk makan sampai habis salad ni tapi surprisingly rasanya agak sedap jugak la. So boleh la buat selalu :)


Wednesday, July 16, 2014

Tri-Color Marble Cake


Kek ni dibuat lama dah sebelum bulan Ramadhan. Masa tu saya gian sangat nak baking something dan asik teringat nak buat butter cake. 

Saya jarang buat butter cake, selalunya kek coklat yg jadi pilihan sbb kek coklat lagi disukai oleh sang ayah dan anak2. But somehow I felt like I had to do butter cake and I chose marble cake recipe from My Kitchen Snippets.

Tapi saya tak follow exactly resepinya dari segi flavouring dan coloring. Saya punya flavours - vanilla, chocolate dan banana flavour. Colour pon guna stok yg ada - hijau, coklat dan orange. Susunan adunan kek pon tak berseni, belasah ikut mana dan ^_^. Cuma saya rasa kek saya terlebih crust, so tak cantik. Maybe next time kena kurangkan waktu membakar.


Untuk resepi:
(Sumber: My Kitchen Snippets: Tri-colour Marble Cake)

Bahan2:

226g mentega
220g gula
6 biji telur
260g tepung serbaguna
4 sudu besar susu
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Pewarna makanan - saya guna warna oren, hijau
Perasa makanan - saya guna vanilla essence, serbuk coklat dan pisang

Cara2:

1. Sediakan pan pembakar. Saya guna bundt pan. Sapukan permukaaannya dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Pukul mentega dan gula sampai kembang (saya guna mixer). Tambahkan telur satu persatu dan pukul lagi sampai sebati.
3. Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam. Perlahankan kelajuan mixer dan perlahan2 masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali tambahkan susu.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu saya masukkan serbuk coklat. Satu lagi pewarna oren dan vanilla essence. Yang ke-3, pewarna hijau dan perisa pisang. Kacau sebati setiap adunan.
5. Tuangkan adunan berselang-seli.Untuk susunan warna, saya cuma letak ikut suka. Boleh rujuk resepi asal utk dapatkan susunan warna yg cantik.
6. Bakar kek pada suhu 180C selama 1 jam atau sampai kek masak (cucuk kek dgn lidi dan bila lidi ditarik dan ianya bersih, maknanya kek dah masak). Sejukkan dulu sebelum keluarkan dari pan pembakar.



Thursday, June 19, 2014

Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk


Untuk org Kelantan, ini adalah masakan common untuk mereka. Kalau kata nak makan nasi berlauk, ini la gulainya, dikawankan dengan sambal belacan ala Kelantan jugak.

Kalau yg tak tau dan tak pernah makan, mesti ingat gulai ni sama ngan masak lemak sebelah pantai barat atau Negeri Sembilan. Rupa mungkin, tapi rasa tak sama langsung. Sebab masakan ni ada lengkuas dan cili kisar yg membezakan dia dari masak lemak N9. Ikan tongkol tu pon kena rebus asing dulu, baru masukkan dalam kuah.

Lagi satu kalau google resepi gulai ikan tongkol, kena pastikan nak resepi gulai utk nasi berlauk ke utk nasi dagang. Sebab kalau gulai ikan tongkol nasi dagang, gulainya pakai rempah gulai Kelantan. Bahan pon ada lain sikit. 

Nak pakai ikan lain pon boleh - ikan kembung ke tenggiri ke...tapi yg pasti ikan merah, ikan pari tu semua x sesuai la ye....hihihi. Kalau suka boleh tambah timun atau cili hijau Kelantan yg warnanya hijau muda pucat tu. Susah nak cari cili tu sebelah pantai barat. Saya cuma masukkan cili merah aje.

Alhamdulilah, cik HB makan bersungguh2...nak puji sedap tu memang tak la kan...dah tau dah dia mmg kedekut pujian sikit, kalau tanya kang mesti jawab "makan amik hati je"...huhuhu. Tapi kalau tengok dia makan nasi bertambah2 tu, maknanya sedap la. Ok la tu :)

Anak2 pulak ckp, ini rasanya mcm makan nasi pagi2 kat Kota Bharu. Memang la nak oi, ni la nasi berlauk namanya!

Utk sambal belacan: blendkan cili merah 3-4 biji(atau ikut bape banyak nak buat), cili api sikit, belacan, sedikit cuka, gula dan garam. 

Notice tak warna kuah sangat kuning? Saya x guna kunyit serbuk pon, tapi guna kunyit tanam sendiri...tak sangka jadi kuning cantik sebegitu :)

Resepi saya rujuk kat blog Azie Kitchen tapi seperti biasa saya x ikut sangat. 

Bahan2:
2 ekor ikan tongkol saiz sederhana - dicuci bersih
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Lengkuas
Sedikit cili kisar 
Cili hidup (cili solok, lagi sedap)
Garam
Sedikit gula
Asam keping
Santan
Timun dan kacang panjang


Cara cara:
Ikan direbus dengan garam dan asam keping. Kalau dibiarkan semalaman, lagi sedap dan mesra. 

Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke dalam santan. Masak atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga menggelegak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali masukkan ikan rebus, cili hidup, timun dan kacang panjang. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan. 

Wednesday, June 18, 2014

Siakap Kukus Ala Thai


Dah lama tak membuat ikan kukus. Sebab ikan kukus agak kurang laku di rumah ini. Tapi selaku tukang masak, saya gunakan kuasa veto saya buat ikan kukus when I feel like I want to....hahahaha

So bila baru2 ni dpt pegi Pasar Besar Melaka, saya beli la seekor ikan siakap yg saiznya agak besar dan masih segar. And I was thinking of recipe steamed fish ala Thai yg lama dah saya simpan. 

Istimewanya resepi ni, sbb ia guna daun kesum yg ditumbuk dengan bawang putih. Saya tak ingat website/blog mana yg saya amik resepi ini. Saya salin dalam buku resepi tapi lupa nak salin web addressnya sekali. Diharap tuan punya resepi asal tak kisah ye saya x creditkan resepi asalnya disini.



Resipinya:

Ikan siakap di siang dan dibasuh bersih2. Saya punya ikan, tukang jual ikan dah belah belakang siap2, kalau x boleh je kelar2kan ikan tu. Lepas tu tumbuk daun kesum yg dileraikan dari 3 tangkainya, bersama 4-5 ulas bawang putih. Lumurkan pada ikan.

Then letakkan ikan dalam loyang pengukus. Letakkan 2 btg serai yg diketuk, halia dalam 2 inci yg dipotong halus dan tomato 2 biji yg dipotong2. Renjis2kan sos ikan, serbuk ikan bilis. Tak perlu dah tambah garam sbb sos ikan dan serbuk ikan bilis dah cukup masin. Perahkan jus dari sebiji limau nipis kedalam mangkuk, tambahkan 2 sudu sos cili thai. Kacau sebati. Lepas tu tuang keatas ikan.

Kukus dalam 10-15 minit. Saya terkukus lama, so bila angkat ikan, dia mcm hancur sikit. Tapi tetap sedap ye!

Monday, June 16, 2014

Asam Pedas Ikan Kembung



Walaupun dah selalu masak asam pedas, kali ni asam pedas saya ada tambahan bahan. Saya tambah buah keras, sebab buah keras ni ada rasanya tersendiri dan bagi kuah pekat. Well, memang jadi pekat pon. 

Kaedahnya sama mcm saya masak asam pedas yg lain (boleh tgk kat SINI), cuma masa kisarkan bawang2 tu semua, masukkan 2 biji buah keras sekali. Itu je yg bezanya.

Kali ini aksesori asam pedas adalah bendi dan tomato.

Padanan lauk-pauk kawan2 asam pedas - ikan kembung bakar dgn air asam, tempe goreng dan taugeh-kucai goreng





Egg Salted Chili Crab


Dah lama tak masak ketam. Saya tak berapa rajin makan ketam...sedap memang sedap tapi part nak keluarkan isi ketam dari kerangkanya tu kadang2 mematahkan selera. Leceh la....

Lagipon harga ketam kan mahal....

Tapi baru2 ni masa ke pasar dan sikembar ikut sekali, si kakak nampak ketam dan tanya "umi, bila umi nak masak ketam?"

Kesian pulak dengar, maka mokcik pon amik la dalam 4 ekor yg harganya RM22 (sekilo RM25).

Sambil fikir best jugak kalau try masak Egg Salted Chili Crab yg merupakan signature food bagi Singapura mcm yg selalu keluar kat AFC channel tu.

Google resepi sana sini, rupanya ada banyak versi. So mokcik just tengok bahan2 asas lepas tu masak je la ikut suka.

Ada yg tumis pakai butter, tapi hari tu pulak butter kat rumah dah abis, so guna minyak masak canola aje la. And then, telur asin pon ada sebiji aje, mana cukup sbb at least kena la ada 2-3 biji telur asin utk diambil kuningnya. Jadi mokcik mencapai keputusan, guna saja the whole telur asin sbb kalau amik kuningnya saja, nak buat apa lak dengan putihnya? Dah la masin kan? Lepas tu tambah lagi sebiji telur biasa.

Lantak la kalau x jadi resepi asli pon...sendiri jugak nak makan kan?

So kisah resepi mokcik:

Bersihkan ketam. Potong 2 setiap seekor ketam. Kemudian goreng secara deep-fry sampai masak.

Tumbuk halia (dalam 2 inci) sama 3-4 ulas bawang putih. Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang putih tumbuk tadi. Lepas tu masukkan daun kari dr 2 tangkai daun kari. Masak sampai naik bau. Masukkan 2-3 sudu cili kisar. Masak sampai cili garing. Tambahkan sikit air kalau kering sgt. Masukkan sedikit sos cili dan tomato. Masukkan ketam yang dah dgoreng tadi. Kacau sebati. Masukkan telur asin yg dah dipecah terlebih dahulu dalam mangkuk (bahagian kuning dia agak keras, so lenyekkan dulu). Tambah lagi sebiji telur biasa (kalau ada telur asin yg banyak, guna 2-3 biji telur asin bahagian kuning saja, jgn letak putihnya sekali, dikhuatiri terlebih masin kang masakan korang).

Kacau rata. Mokcik tak tambah garam dah sbb telur asin tu dah cukup masinnya dah. Lepas tu makan la panas2...

Wuuuuuuuuuuuuuu...sedap!!! Walaupun tension bab nak kopek cengkerangnya.