This blog is meant to record down all the food that I have cooked, whether it's the new recipe taken from Internet or from friends. Whether the food cooked well or not, or how ugly does the final result would be, or how disastrous the taste is, I'm determined to put it here just to see how much things that I have cooked. And would be my reference in the future.
Tuesday, May 21, 2013
Cantonese Yee Mee
Dalam seminggu, for dinner kalau bosan makan nasi, we would have noodles instead. I would be happy kalau the kids and the father x kisah what sort of noodles yg nak dimasak - pasta, mee goreng, mee sup, guna mee kuning ka, kuewtiaw ka, bihun ka pon xpe.
So being me, mmg suka introduce new thing and give variety to them. Bila groceries shopping, I would buy new noodles to try out. Hari tu try mee soya, then yee mee. Yee mee selalu je makan kat foodcourt tapi x penah masak.
So I tried out Cantonese Yee Mee. Sangat senang nak buat. Sy amik resepi dari SINI. Tapi saya tak ikut exactly. Sy ubah suai ikut bahan yg ada. Dan saya tak masukkan kiub Maggi.
Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan)
20 ekor udang sederhana besarnya ( saya tak letak sebanyak ni)
isi daging ayam yang telah dihiris (tak guna - ganti dgn sotong, fish cake and fish ball)
sedikit hirisan daging lembu (yang telah direbus) - tak guna
sedikit lada sulah
2 biji putih telur (saya guna the whole egg)
2 buku pati ayam Maggi - tak guna
100 ml Air rebusan kulit udang - tak guna
Garam & serbuk perasa
200 gm kobis cina (dipotong kecil)
100 gm sawi hijau (dipotong kecil)
2 ulas bawang kecil (untuk menumis) - tak guna
3 ulas bawang putih (untuk menumis)
2 sudu makan minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air
sedikit minyak zaitun untuk menumis
3 batang daun bawang - tak guna
sedikit bawang goreng untuk hiasan - tak guna
Cara penyediaan:
Masukkan bahan-bahan untuk menumis. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang.
Biarkan mendidih.Masukkan Udang, isi ayam dan hirisan daging. Biarkan mendidih selama 10 minit.Kemudian masukkan Kobis Cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit.
Masukkan larutan tepung jagung. Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya. Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidangkan ketika masih panas kerana jika sejuk kuahnya akan membeku.
Tambahan:
Hendaklah sentiasa mengacau kuah ketika memasukkan larutan tepung jagung kerana jika tidak dikacaukan kuahnya akan berketul ketul.
Thursday, May 16, 2013
Seafood Fettucine
Sebenarnya saya tak tau nak namakan apa ngan resepi ni. Sebab ni resepi olahan saya sendiri. Saya teringin nak makan pasta. Then ada pulak leftover mushroom gravy yg sy buat utk gravy Spiced Orange Roasted Chicken. Saya punya perangai, saya x suka simpan leftover lama2. Mesti nak recycle secepat mungkin.
Hence, sy terfikir la resepi ini!.
Mudah aje, saya rebus fettuccine macam biasa. Toskan. Kemudian sy cincang halus 2 biji bawang putih. Tumis dalam sedikit minyak zaitun, then masukkan bawang putih cincang tadi. Goreng sampai naik bau. Masukkan sotong dan udang (yg dah dikupas kulit). Tuangkan sos leftover gravy tadi dan kacau. Kalau kering, sy tambahkan sedikit air. Then masukkan capsicum merah dan hijau yg dah didadukan. Akhir sekali masukkan fettucine yg dah direbus. Gaul sebati. Kalau tawar, tambahkan garam. tapi saya tak tambah pon sbb gravy tu dah cukup rasa.
Hidangkan panas2.
I tell you, anak kembar saya makan sampai habis pasta ni :).
Spiced Orange Roasted Chicken
Few days ago I tried a new recipe of roasted chicken taken from Taste.com.au.
It's a nice recipe. Senang dan rasanya sedap. I made mushroom gravy from the roasted chicken's dripping fat and ate it along with cassava(ubi kayu) hash brown (beli frozen from Tesco) dan juga salad romaine.
Utk resepi ayam panggang yg saya ubahsuai sikit dari resepi asal:
1 ekor ayam (potong 4)
1/3 cawan jus oren segar
1/3 cawan madu
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih (resepi asal guna 2ulas, sy tambahkan lagi sbb saya suka bwg putih)
3 sudu kecil ketumbar biji (resepi asal guna serbuk ketumbar, saya xde serbuk ketumbar, jadi guna biji aje)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil kunyit
1 biji oren, di potong bulat nipis
1. Tumbuk bawang putih dan biji ketumbar sederhana halus.
2.Perapkan semua bahan2 dengan ayam (kecuali hirisan oren). Saya perap waktu pagi dan masak utk dinner. Boleh juga perap semalaman.
3. Letakkan ayam dalam roasting pan dan susun hirisan oren atas ayam. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
Utk mushroom gravy:
Tuangkan lebihan minyak/lemak yg ada pada roasting pan ke dalam periuk. Bancuh 1 sudu kecil tepung jagung dgn sedikit air dan kacau supaya menjadi paste. Panaskan minyak tadi dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau supaya tak berketul2. Masukkan susu rendah lemak sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg disukai. Masukkan cendawan butang yg dihiris nipis dan serbuk lada hitam, juga garam secukup rasa.
Utk salad:
Not much in the making. Just guna salad romaine, timun jepun, capsicum merah, jus limau nipis dan gajus. Just mix everything and you have your salad :)
Sunday, May 5, 2013
Sup Mee Soya
Few days ago pegi Jusco and tgk2 kat bahagian 'Items to Clear', saya jumpa Mi Lidi Soya dijual pada separuh harga. Sepeket cuma RM1.80 kot kalau x silap. Cuma tarikh luput dia dah dekat la which is 30 June 2013. Tak kisah la asal belum expired. Tapi kena masak cepat sbb simpan2 kang tak teringat nak masak, tau2 nanti dah expired..nangesss
Saya belum penah try lagi mee soya. Green tea noodles penah la. But no harm in trying kan...tagline dia pon -your key to better health.
So what I did with this noodles, masak ikut arahan kat peket pembungkus which is didihkan air kemudian masukkan mee ni dan masak lagi selama 5-6 minit. Saya tak ikut time pon sebenarnya. Saya ikut cara masak spaghetti, bila rasa mee tu dah lembut, matikan api dan tos airnya. Lepastu rendam balik dgn air sejuk so ianya x melekat2. Mee ni mmg agak melekat2. Rasa dia mcm kenyal2 sikit. Ada rasa mcm mee telur jugak.
Untuk makan mee ni, saya buat sup sayur2an campur seafood balls dan crab sarimi. Nak bagi pedas, boleh hiris cili api. Alhamdulilah anak2 suka.
Cara saya buat sup boleh tgk kat SINI
Tuesday, April 16, 2013
Grilled Lamb Menu
Sesekali saya akan beli lamb slices frozen yg dijual di Mydin. Lepas tu saya akan marinate guna resepi INI dan simpan dalam fridge utk semalaman. Then grill atas grill pan sampai masak.
Utk gravy, saya buat simple black pepper sauce. Just panaskan 1 sudu besar butter, then dah cair masukkan 2 sudu besar tepung whole meal, kemudian tambahkan air dan kacau sampai sekata, jangan biar berketul2. Letak banyak2 serbuk lada hitam dan kiub ayam dan perisakan dgn garam ikut citarasa.
Sementara tunggu kambing masak, sy buat mashed potato segera sbb sy masih ada lagi stok mashed potato segera yg diimport dr Jerman...hehehe. Pemberian kawan sy Kak Liza, yg berkunjung ke sini tahun lepas. Sgt senang buat mashed segera, cuma didihkan air ikut sukatan yg diberikan, masukkan susu segar, kemudian tuang serbuk kentang. Kacau bagi sekata, tambahkan butter jika suka.
To make a well-balanced menu, kena la buat salad. Salad saya sgt2 simple juga. Cuma guna romaine salad, carrot yg dipotong halus, timun jepun dan celery. Kemudian sy taburkan sunflower seed dan sedikit extra virgin olive oil.
Setengah jam dinner sy sudah siap!
Thursday, April 11, 2013
Aglio Olio -Versi Angel Hair
Masak pasta ni bape minggu sudah tapi baru la ni nak masukkan dalam blog. Sesuka hati je kan bagi nama resepi? Sy sebenarnya terpengaruh ngan Kak Lemongrass dr blog Salam Dua Benua tu. Dia pon selalu masak pasta camni yg dia ubahsuai ikut citarasa dia. Aglio Olio selalunya refer pada pasta yg dimasak guna olive oil dan bawang putih dan sometimes dgn red chili flakes.
Saya pon basically masak camtu jugak tapi sy tambah celery, tomato ceri dan shredded fried chicken. Shredded fried chicken tu recycle item sbb the previous night sy buat ayam goreng tepung ala KFC tapi berbaki lagi 2 ketul. Kalau nak panas balik pon tetap x laku jadi sy shred kan dan masuk dalam pasta. Ok kan?
Cara saya masak:
Bahan2:
250g pasta angel hair
4-5 ulas bawang putih - di dadu halus
3 sudu besar extra virgin olive oil
red chili flakes (sy kisar kering cili merah kering) - amount ikut suka. Nak pedas letak byk.
4-5 biji tomato ceri
1 batang celery - dipotong kecil2
Isi ayam yg dicarik (boleh guna lebihan isi ayam bakar atau ayam goreng)
Cara2:
1. Isikan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan minyak dan tunggu sampai mendidih. Masukkan pasta dan rebus sampai ala-dente. Tapis airnya tapi jgn buang dulu air rebusannya sbb akan digunakan dalam proses memasak.
2. Panaskan extra virgin olive oil dan masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau.
3. Masukkan pasta dan gaul sebati. Tambahkan air rebusan pasta sedikit-sedikit utk bagi moist.
4. Masukkan tomato ceri, celery dan isi ayam. Taburkan red chili flakes. Kacau rata. Tambahkan garam ikut citarasa. Tambahkan juga air rebusan kalau pasta nampak kering. Tak payah masak lama2. Bila tomato ceri dah nampak layu sikit, dah boleh matikan api.
Hidangkan panas2.
Wednesday, April 10, 2013
Savory Breakfast Muffin
One of the missions this year - makan secara sihat dgn bahan2 yg sihat. Secara beransur2, sy dah beralih kepada whole-meal ingredients. Selain beras merah, sy guna tepung whole-meal jugak utk buat pancake, cucur dan muffins. Tapi xde la all the time sbb budak2 ni agaknya tau perbezaan rasa antara tepung putih dan whole-meal, jadi x berapa nk mkn sgt. Beras merah tu pon jenuh pujuk suh mkn. So kena la masak selang-seli.
Savory muffins ni sy buat utk breakfast. Rasanya agak bland sikit, maybe sbb garam sikit sgt. Tapi sedap bila dicicah ngan sos cili.
Resepi ni sy amik dari website mana tah, lupa nk take note the link.
2 cawan tepung whole meal
1 cwn tepung gandum serbaguna
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh garam
2 biji telur
1 1/3 cawan buttermilk (boleh guna susu biasa + 1 sudu cuka dan dibiarkan dlm fridge utk semalaman)
3 sudu besar minyak zaitun (extra virgin olive oil)
2 sudu besar mentega - dicairkan
1 cawan daun bawang - porong halus
3/4 cawan sosej yg dipotong dadu
1/2 cawan keju parut
1/2 cawan capsicum merah yang didadu
Cara2:
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Satukan bahan2 kering (tepung2, garam) dan gaul rata.
3. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, minyak zaitun dan mentega.
4. Buat lubang ditengah2 campuran bahan kering, dan tuangkan campuran telur, susu. Gaul sebati.
5. Kemudian masukkan bahan2 lain dan gaul sebati.
6. Letakkan dalam bekas muffin samada guna acu kertas atau kalau nk guna muffin tin terus pon boleh. Tapi sapukan dulu minyak masak terlebih dulu so muffin x melekat bila dah masak. Sy tabur extra cheese on top of muffin nk bagi lagi cantik and cheessy.
7. Bakar selama 20 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)










