Tuesday, February 15, 2011

Gulai Darat Daging Kelantan


Disuatu malam, tetiba "Gordon Ramsay" kata dia mahu makan gulai darat daging. Sebabnya dia baru je telefon mek dan mek kata mak sedara dia baru lepas buat cukur jambul cucu dia. Kat Kelantan bila buat majlis cukur jambul, gulai darat ni menu wajib.

Fine, maka mokcik pon merayau sana-sini kat Internet mencari resepi gulai darat yg hebat. Ada pelbagai versi membuatkan mokcik confused, maka mokcik pon bertanya la di FB dan sorang kwn Kelantan bgtau kalau nak sedap, kena guna rempah khas gulai darat. Lorr...mana la mokcik ada rempah camtu. So kwn ni suggest mokcik guna satu resepi ni kat Myresepi yg x guna rempah gulai darat tu.

Tapi pengakuan jujur "Gordon Ramsay" - kurang sedap ye, tidak seperti rasa gulai daging darat yg sepatutnya. Mmmm...mokcik dah biasa dah komen2 begini, maka takde la mokcik terasa hati ke apa ke. Dgn pengakuan jujur dia la, sy dpt improve masakan sy (eceh, awal2 kawen dulu ckp kurang garam pon aku lari masuk bilik....muahahaha).

Maybe cara mek masak lain kot.

Takpe bang, balik KB nanti I belajar buat gulai darat ngan mek ye!

Kpd sesapa yg nak try, boleh cuba resepi dr Ekieyna Myresepi ni:

Bahan-bahan ( 8 orang )

  • 1 kg daging
  • 1 biji kelapa-ambil santannya
  • Garam secukup rasa
  • Budu (ikut citarasa byk mana)
  • ****BAHAN DIKISAR****
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 10 biji chili kering
  • 1 batang serai
  • 1 inchi lengkuas
  • 1 inchi kunyit @ 1 sudu teh untuk kunyit serbuk
  • ****BAHAN DITUMBUK****
  • 2 sudu besar rempah butir@ketumbar
  • 3 sudu besar kerisik kelapa

Cara-cara

  1. Gaulkan daging bersama bahan-bahan yang dikisar dan ditumbuk tadi itu sehingga sebati.
  2. Selepas itu,masukkan sedikit santan.Masak sehingga daging itu empuk.Kire cam mati rempah or awas la org kltn panggil.
  3. Pastu masukkan santan yang selebihnya.Garam secukup rasa dan budu.Kacau sehingga ia masak.
  4. P/S:- Boleh masukkan 2-3 biji lada hijau or kacang panjang.Ikut suka laa...byk mana..

3 comments:

siti.fizzie.fizz said...

sweetnya baca

"Dgn pengakuan jujur dia la, sy dpt improve masakan sy (eceh, awal2 kawen dulu ckp kurang garam pon aku lari masuk bilik....muahahaha)."

comel la u kak neny

Neny said...

comel ke? hehehe...

Anonymous said...

a ah memang lain gan saya buat, mak saya tak masuk serai..dan kunyit..dan resepi ni nampak ada kurang bahan...tp, jgn bimbang sesetengah tempat memang lain cara membuatnya..