Friday, February 11, 2011

Agar2 Santan Pelangi


Hari tu merayau2 kat myresepi, ternampak resepi Agar2 Santan Pelangi. Tertarik betul tgk gambar resepi yg sgt colourful, so terasa nak buat juga. Leceh la jugak buat agar2 ni utk org2 yg kurang sabar cam sy tapi seronok main dgn warna2 yg pelbagai bila menyusun lapisan agar2. Siap ngan cik HB pon turut sama nyibuk nak buat eksperimen colour. Campur warna itu ini, sudahnya jadi ntah apa2 warna.

Tapi hasilnya cantik, nak2 sbb buat dlm bekas agar2 mini yg pelbagai bentuk. Seronok aje tgk.



Utk resepi:

Bahan-bahan ( saiz bekas 25cm x 15cm )

· Bahan A

· 1 paket serbuk agar-agar

· 200 gm gula pasir

· 1000 ml air

· 3-4 helai daun pandan

· Bahan B

· 1 paket serbuk agar-agar

· 200 gm gula pasir

· 1000 ml santan

·

· Pewarna kuning, merah, hijau,oren atau apa pun warna pilihan anda

· Bekas berukuran 25cm x 15cm

Cara-cara

1. Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. (Jangan tutup api hanya perlahankan dan biarkan kedua-dua bahan terus mendidih supaya ia tidak keras).Tuang ke dalam loyang sebanyak 250ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 250ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna pilihan anda.

2. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah.

3. LAPISAN 1 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN, LAPISAN 2 – 250 ML AGAR-AGAR KUNING PLAIN, LAPISAN 3 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN, LAPISAN 4 – 250 ML AGAR-AGAR HIJAU PLAIN LAPISAN 5 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN, LAPISAN 6 – 250 ML AGAR-AGAR MERAH PLAIN, LAPISAN 7 – 250 ML AGAR-AGAR OREN SANTAN, LAPISAN 8 – 250 ML AGAR-AGAR OREN PLAIN

4. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah masukkan dalam peti sejuk. Lebih sedap dihidangkan dalam keadaan sejuk

2 comments:

Ajzie said...

cantik nya acuan agar2 tu.. Neny beli dimana? nak jugaaaaaaa... hehehe

behabella said...

acuan tu hangkut dr mesia tu masa mula2 dtg sini dulu :). Tapi sy ada nampak byk acuan2 cantik dr silicon mould kat sini. Kat frankfurt byk kedai2 jual barangan baking.