Monday, February 22, 2010

Ayam Gajus


Ni pon antara resepi kegemaran sy. Rasa ni makanan cina tapi masa time keje dulu and selalu dijamu makan dek kontraktor kat Restoran Thai, sy selalu order menu ni. Kenapa menu ni ada kat Restoran Thai tu x tau la.

Ini resepinya yg sy cut & paste dr MyResepi:

ahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 400 gram isi ayam (sy guna 2 ketul dada ayam - dihiris nipis)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 cm halia (ditumbuk/dikisar)
  • 2-3 sudu makan cili boh (boleh ditambah/kurang)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)- sy guna cili kering yg dipotong2
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)sy x guna
  • 1/2 cawan gajus (sy beli yg siap digoreng)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam + Kunyit
  • Minyak

Cara-cara

  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit, gaulkan dgn tepung jagung.Goreng 3/4 masak dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, kemudian masukkan cili boh.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan ayam.Kacau sebati
  4. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan gajus. Kacau sebati.

No comments: